Hari ini, Khamis, 29 April 2010, aku didatangi oleh Muhammad Hafiz Khairunnajmi, seorang pelajar Tingkatan 5 tahun 2009. Selepas memberi salam, dia menghulurkan tangan untuk bersalam dan mencium tangan aku. Dia kelihatan ceria dan gembira. Dia memaklumkan bahawa telah mendapat tawaran untuk mengikuti Program Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Perlis. Pendaftaran akan diadakan pada 10 Mei 2010. Dia memaklumkan bahawa beberapa orang rakannya juga mendapat tawaran yang sama. Aku mengucapkan tahniah dan menasihatkan dia belajar dengan bersungguh-sungguh. Dia memohon diri setelah menghulurkan tangan dan mencium tangan aku sekali lagi.
9.15 Pagi: Seorang lagi pelajar, Mohd Khairie bin Jusoh datang menemui aku. Dia memohon pertolongan untuk mencetak beberapa helai maklumat yang diperlukan untuk dibawa ke temuduga di IPG Sultan Mizan, Besut.

Bagi seorang guru, ucapan terima kasih daripada pelajar-pelajarnya sudah memadai. Bukan meminta dibalas dengan wang ringgit. Cukuplah sekadar dihormati. Sejuk rasa hati dengan akhlak yang ditunjukkan oleh pelajar tadi.