Aku dan keluarga sekali lagi berpeluang bercuti di Cameron Highland. Percutian yang tidak menyenangkan bagi aku bermula pada 19 Januari 2012 dan berakhir pada 21 Januari. Sebaik sahaja tiba di Apartment Rumah Peranginan Persekutuan, tempat kami menginap, aku mengalami demam serta batuk. Aku merasa susah untuk bernafas. Keadaan seperti ini tidak pernah aku alami sebelum ini. Jadi, aku banyak menghabiskan masa di atas katil sahaja. Makan pun tak berselera. Walau bagaimanapun aku tetap bersabar. Aku masih ingat pesan Tuan Guru Haji Mohamad bin Abd Rahman. Setiap penyakit atau musibah bertujuan untuk Allah SWT menghapuskan dosa kita dengan syarat kita REDHA dan SABAR.