Perjalanan ke UPSI (Urusan Nor Farihah)

15 FEBRUARI 2014 (SABTU)

09.00 Pagi
: Bertolak dari rumah
09.15 Pagi
: Tiba di Stesen Petronas Jerteh

: Tambah petrol RM62.29
: Buat pemeriksaan angin tayar
09.35 pagi
: meneruskan perjalanan ke Perak. Melalui Machang,
  Kuala Kerai.
11.35 pagi
: Kami selamat sampai di R&R Gua Musang untuk rehat
  dan mengurus diri.
02.30 Petang
: Selamat tiba di Rumah Leha, Gopeng.
: Berehat
04.00 Petang
: Bertolak ke UPSI, Tanjong Malim
05.30 Petang
: Sampai di rumah sewa Kak Chik
07.00 Malam
: Bertolak balik ke rumah Leha

: Bermalam di sini.

16 FEBRUARI 2014 (AHAD)

11.40 Pagi
: Bertolak dari rumah Leha untuk pulang
03.20 Petang
: Tiba di Masjid Keputeraan Paloh 02, Daerah Ciku,
  Gua Musang. Masjid baru.

: Berehat
: Solat Jamak Takdim
06.20 Petang
: Selamat sampai di rumah.





Kursus Wasit Juri SMA Terengganu 2014

Kursus Wasit Juri SMA Terengganu telah diadakan pada 7 - 8 Februari 2014 bertempat di Pusat Latihan Kecemerlangan Pendidikan, Batu Rakit, Terengganu. Setiap sekolah telah menghantar 4 orang peserta untuk mengikuti kursus ini. SMA Maarif telah diwakili oleh Ustaz Kamal Ariffin bin Jusoh, Cikgu Razak bin Abd Rahman, Ustazah Nor Fadhlaine bt Mohd Salleh dan Cikgu Wan Ruslina bt Wan Abdullah.

Kunjungan Murid

Seramai 4 orang bekas murid sekolah ini telah mengunjungi sekolah ini pada hari Khamis, 6 Februari 2014. Mereka terdiri daripada Wan Mardhiah Wahidah, Nurul Alwani bt Mohd Afifi, Che Nor Hasyimah bt Mohd Khalid dan Nor Ayuni bt Che Rahim. Mereka merupakan murid tingkatan 5Bestari tahun 2012. Tujuan mereka bertandang ialah untuk mengunjungi guru-guru dan menyelesaikan beberapa urusan dengan pihak sekolah. Mereka kelihatan gembira dan cukup ceria.