Halaman
- Home
- Profil Diri
- Isteri
- Mohd Hamdan
- Nor Hafizah
- Nor Farihah
- Nor Hazwani
- Muhammad Hafizuddin
- Cucu
- Album Tahunan
- Album Sekolah
- Hari Raya Eidul Fitri
- Kenduri Kahwin
- Kematian
- Pak Nik Salleh
- Percutian
- Video
- Ziarah
- Perkahwinan
- Kad Perkahwinan
- Album Wajah
- Album PPK
- Album SMAM
- Album Jogjakarta
- Album APSSK 2015
- Surat
- Gambar Passport
- Sijil Penyertaan
- Sijil Penghargaan
- Abang Hamid
- 5N1 SMIP 1978
- Sahabat SM Seri Nering
- Pak Su Hasan
- Sepupu
- Besan
- Album Rakan-Rakan
- Album BTPNT
- video1
- Bil Utiliti
- Video 2022
- Kenderaan
Majlis Perkahwinan Hamidah
8 Disember 2018 (Sabtu) - Majlis perkahwinan anak saudaraku, Hamidah binti Mohamed Nor telah diadakan pada hari ini bertempat di rumah ibunya di Kampung Kerandang, Jertih, Besut, Terengganu. Majlis akad nikah telah selamat dijalankan pada jam 9.30 malam hari Jumaat, 7 Disember 2018. Hamidah bertemu jodoh dengan Ahmad Rafie bin Mohd Eusoff yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.
Majlis Pertunangan Tuan Muiz
24 November 2018 : Aku dan keluarga menghadiri majlis pertunangan anak saudara, Tuan Muiz di rumah bakal isterinya di Melor, Kelantan.
Majlis Perkahwinan Syidah
25 Ogos 2018 (Sabtu) : Aku dan keluarga menghadiri majlis perkahwinan anak saudara, Syidah di Kampong Cheh, Kati, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridhwan.
Bertemu Kawan Sekelas
20 Ogos 2018 (Isnin) - 8.30 malam : Aku berjumpa dengan Mohd Razali bin Mahmood, kawan sekelas 5N1 tahun 1978, Sekolah Menengah Ismail Petra (SMIP), Kompleks Sekolah-Sekolah, Wakaf Mek Zainab, Kota Baharu, Kelantan. Pertemuan yang tak dirancang ini berlaku di Restoran Sala Thai, Kampong Apal, Jerteh, Terengganu. Razali bersama keluarganya dalam perjalanan pulang ke Kota Baharu.
Majlis Perkahwinan Nadeeya & Muhammad Syahir
19 Ogos 2018 (Ahad) : Hari ini, aku dan keluarga menghadiri Majlis Perkahwinan Nur Natasya Nadeeya bt Mohd Rafi (Nadia) dan Muhammad Syahir bin Mohd Shabry telah berlangsung di Dewan Besar, Institut Pertanian Serdang, Selangor. Nadeeya adalah anak sulung kepada anak saudaraku, Noorliha binti Mat Ali.
Kematian Nor Laila binti Mat Ali
14 Mei 2018 (Isnin) - Norlaila binti Mat Ali, anak saudara aku telah meninggal dunia disebabkan kemalangan pada jam 11.45 pagi hari ini. Kemalangan berlaku di hadapan rumah ibunya, Fatimah binti Abd Rahman. Beliau yang menunggang motosikal dilanggar oleh sebuah kereta Produa Viva dari arah belakang. Beliau meninggal di tempat kejadian. Beliau, motosikal dan kereta telah jatuh ke dalam parit. Mayat beliau telah dihantar ke Hospital Daerah Besut, Jerteh pada jam 1.00 petang. Post mortem telah dijalankan oleh Dr Ahmad Kamaluddin bin Rusli pada jam 4.30 petang. Jenazah telah disembahyangkan di Masjid Al Falah, Kampong Gerai pada jam 10.00 malam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampong Gong Bukit Kenak pada jam 10.30 malam. Arwah pernah berkahwin tetapi telah bercerai dan tidak mempunyai anak.
PRU14
9 Mei 2018 (Rabu) - Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) diadakan hari ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang di seluruh negara.
Khidmat Bantu PSS Di SK Pasir Akar
6 - 7 Mei 2018 : Aku dan tujuh orang GPM sekolah-sekolah Daerah Besut mengadakan Khidmat Bantu PSS di SK Pasir Akar. Kumpulan kami diketuai oleh seorang Pegawai dari PKG Durian Burung, Terengganu.
Menziarahi Cikgu Marina di Perdana Medical Centre, Kota Bharu
21 Mac 2018 : Aku dan isteri menziarahi Cikgu Marina binti Muda yang mendapat rawatan di Perdana Medical Centre, Kota Bharu, Kelantan.
Majlis Kenduri Perkahwinan Anak Maimun
22 Februari 2018 (Khamis) - Aku dan isteri menghadiri majlis kenduri perkahwinan anak Maimun bt Muhamad di Kampung Gong Tengah, Kampung Baharu, Jerteh.
Mesyuarat Pengurusan Aktiviti PSS SMA Terengganu Tahun 2018
8 Februari 2018 (Khamis) - Aku telah menghadiri Mesyuarat Pengurusan Aktiviti Pusat Sumber Sekolah SMA Terengganu Tahun 2018 di Bilik Mesyuarat, Bahagian Pendidikan JHEAT, Kuala Terengganu.
Sarapan Pagi di Rumah Che Johan
26 Januari 2018 (Jumaat) - Aku dan isteri menghadiri sarapan pagi di rumah Che Johan Che Mat di Kampong Padang Luas Dalam.
Langgan:
Catatan (Atom)