Percutian di Cameron Highlands 2022 (Hari Kedua)

Aku dan empat orang ahli keluarga dari Kampung Gerai, Jertih berkunjung ke Cameron Highlands selama tiga hari dua malam (3D2N) pada 28 - 30 Jun 2022

29 Jun 2022, Rabu

Percutian di Cameron Highlands 2022 (Hari Pertama)

Aku dan empat orang ahli keluarga dari Kampung Gerai, Jertih berkunjung ke Cameron Highlands selama tiga hari dua malam (3D2N) pada 28 - 30 Jun 2022

28 Jun 2022, Selasa

8.00 Pagi : Memulakan perjalanan.
8.15 Pagi : Sarapan pagi di Padang Luas, Jertih.
11.30 Pagi : Berhenti rehat di R&R Gua Musang, Kelantan.
12.00 Tgh : Bertolak ke Cameron Highlands.
01.30 Petang : Tiba di Brinchang. Makan tengahari.
02.30 Petang : Check in di Rumah Peranginan Persekutuan, Cameron Highlands. Kami menginap di Appartment Melor 2.

Menikmati Sarapan Pagi di Restoran Leiniey Nasi Kerabu Tumis

 26 Jun 2022, Ahad : Aku dan Ahli Group 5N1 SMIP 1978 bertemu dan menikmati nasi kerabu tumis di Restoran Lieniey Nasi Kerabu Tumis, Cabang 3, Pengkalan Chepa, Kelantan. Selepas bersarapan, kami berkunjung ke rumah Cikgu Muhd Rusdi untuk menikmati pulut durian. Durian dibawa khas dari Besut, Terengganu.


Menikmati Sarapan Pagi di Kedai Makan Gulai Ayam Kampung

18 Jun 2022 (Sabtu) : Aku dan ahli Group SSN'78 Lelaki bertemu mesra dan bersarapan pagi bersama di Kedai Makan Gulai Ayam Kampung, Jalan Empangan Jajar, Kampung Gong Duek, Jertih, Besut. Satu kejutan berlaku apabila Adnan bin Mohamad datang bersama ahli keluarganya untuk menikmati nasi dagang dan gulai ayam kampung di sini. Pertemuan yang tidak dirancang ini menambahkan lagi suasana gembira dan mesra yang diselang seli dengan hilai ketawa. Terima kasih kepada Adnan yang telah membayar semua perbelanjaan pada pagi ini.

Kenduri Kesyukuran Perkahwinan Anak Kamariah

5 Jun 2022 (Ahad) : Aku dan isteri menghadiri kenduri kesyukuran sempena perkahwinan anak perempuan sepupuku, Kamariah Mat Ali di rumahnya di Kampung Panchur, Hulu Besut, Terengganu. Mereka mendapat menantu orang Kudat, Sabah.

Menikmati Sarapan Pagi di Warung Jelira Rasa

3 Jun 2022 (Jumaat) : Aku dan 17 orang ahli Group SSN'78 bertemu untuk menikmati sarapan pagi di Warung Jelira Rasa, Guntung Luar, Setiu, Terengganu. Menu istemewa di warung ini ialah ayam kampung goreng dan kerutuk itik. Kami memilih tema warna merah.

Bekam Untuk Kesihatan

1 Jun 2022 (Rabu) : Aku ke Kampung Teluk Tasek, Setiu, Terengganu untuk menerima rawatan bekam. Bayaran yang dikenakan adalah berpatutan iaitu RM50 untuk 10 cup.