Terdapat ramai sahabat Rasulullah SAW yang semuanya adalah tergolong sebagai ahli syurga. Sesorang yang mempunyai 4 sifat berikut adalah tergolong di dalam sahabat Rasulullah SAW:
1. Hidup semasa dengan Rasulullah SAW
2. Bertemu dengan Rasulullah SAW
3. Beriman dengan Rasulullah SAW
4. Mati dalam Islam
Walau bagaimana pun, terdapat 10 orang sahabat yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW sebagai ahli syurga. Mereka ialah
1. Abu Bakar As Siddiq
2. Umar Al Khatab
3. Osman Ibnu Affan
4. Ali bin Abi Thalib
5. Talhah
6. Zubair
7. Abdul Rahman
8. Saad
9. Said
10. Abu Ubaidah
Apakah keistemewaan dan kelebihan yang terdapat pada 10 sahabat di atas, yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan dengan lidahNya sebagai ahli syurga.
ABU BAKAR AS SIDDIQ
Merupakan lelaki yang pertama memeluk agama Islam. Umurnya 2 tahun lebih muda daripada Rasulullah SAW. Seorang ahli perniagaan yang berjaya. Merupakan sahabat Rasulullah SAW yang paling karib. Mempunyai peribadi dan akhlak yang sangat mulia. Seorang yang pengasih, penyayang, tegas, tabah menghadapi dugaan, pembela kebenaran, benci kepada kejahatan, pemurah dan lain-lain sifat yang mulia.
Abu Bakar telah mendermakan semua hartanya untuk dibelanjakan untuk menghadapi Peperangan Tabuk. Rasulullah SAW bertanya " apa lagi yang kamu ada?" Abu Bakar menjawab " Aku ada 2 perkara. 1. Allah 2. Rasulullah".