Hari ini, Selasa, 9hb Mac 2010, aku ke Klinik Kesihatan Sri Medang, Besut. Tujuannya untuk mendapatkan rawatan kerana sakit perut. Kelmarin dan semalam, aku hanya mampu untuk tidur sahaja. Bahagian sebelah kanan perut aku, terasa sakit. Setelah diurut oleh ibu mertua aku, yang kebetulan datang ke rumah, sakitnya reda sedikit.
Aku menerima rawatan daripada Mohd Tarmeze bin Mohamad, Penolong Pegawai Perubatan. Rawatan yang diberikan adalah tekanan darah, suhu badan dan bahagian perut. Selepas itu, beliau meminta aku membuat pemeriksaan darah. Aku berkunjung ke bilik no. 6 dan disambut oleh seorang jururawat dengan penuh senyuman. Beliau menjelaskan bahawa tugasnya untuk mengambil sedikit darah di bahagian tangan kananku. Aku dapat mendengar dengan jelas, ucapan Bismillahirrahmanirrahim diucapkan oleh jururawat sebelum menyuntik jarum ditanganku. Aku turut mengucapkan perkataan yang sama. Aku merasa amat gembira, kerana beliau mengucapkan Basmallah sebelum menjalankan tugasnya. Semoga amalannya tergolong dalam kategori ibadat yang akan mendapat pahala yang setimpal daripada Allah SWT.
Selepas itu, aku membawa sampel darah ke makmal untuk dianalisa. Setelah mendapat keputusan, aku membawa analisa itu bertemu dengan Pembantu Perubatan sekali lagi. Setelah diteliti, beliau memberitahu bahawa aku mengalami penyakit Apendik, tapi masih diperingkat awal, belum serius lagi. Beliau bertanya samada aku bersedia untuk mendapat rawatan seterusnya di Hospital Daerah Besut, Jerteh. Aku mengatakan, sekiranya ada kaedah lain, aku tak mahu dimasukkan ke wad. Setelah berbincang, beliau mencadangkan agar aku memakan ubat yang diberikan untuk tempoh satu minggu. Sekiranya, aku merasa sakit secara berterusan, aku dinasihatkan segera mendapat rawatan di hospital. Rawatan yang paling berkesan ialah membuat pembedahan.

Aku sudah mempunyai pengalaman menjalani pembedahan pada tahun 1996 di Hospital USM, Kubang Kerian. Sekiranya boleh dielakkan, aku tak mahu dibedah lagi. Setelah melakukan pembedahan, aku tidak lagi boleh mengangkat barangan yang beratnya melebihi 10 kg. Sekiranya dilakukan jugak, aku akan merasai kesakitan di bahagian pinggang.