4 Jun 2016, Sabtu - Hari ini, aku dan keluarga berkunjung ke rumah Haji Ab Manaf bin Sulong, 432, Jalan Semarak, 1/4 Taman Semarak, 08000 Sungai Petani, Kedah. Tuan Haji Ab Manaf adalah ayah kepada Ahmad Ramzur Nazri, menantu kami yang kedua. Kami selamat sampai di rumahnya pada jam 8.45 malam setelah bertolak pada jam 5.00 petang di Taiping, Perak. Kami melalui Lebuhraya. Perjalanan memakan masa kerana banyak kenderaan yang menggunakan lebuhraya. Malam ini kami bermalam di sini. Ini adalah kali pertama, kami berkunjung ke rumah Haji Ab Manaf.
5 Jun 2016, Ahad - Kami meninggalkan rumah Haji Ab Manaf pada jam 9.00 pagi. Distinasi kami seterusnya adalah Gulatis Silk Store, Sungai Petani. Jam 11.30 pagi kami bertolak pulang. Kami selamat sampai di rumah pada jam 8.00 malam.