Melancong ke Hatyai, Thailand

Pada 24-26 November 2017, aku dan isteri menyertai rombongan ke Hatyai, Thailand.

Hari Pertama - 24 November 2017 (Jumaat)

8.00 Pagi : Bertolak dari Besut dengan menaiki bas De Travel.



9.30 Pagi : Sampai di Sungai Golok.
3.30 Petang : Makan tengahari di restoran di Danok.
5.30 Petang : Daftar masuk ke Hatyai Central Hotel, tempat penginapan.
7.00 Malam : Berkunjung ke Pasar Terapung

 
9.30 Malam : Makan malam di Muslim Halal Food 
Hari Kedua - 25 November 2017 (Sabtu)
8.00 Pagi : Sarapan pagi
9.00 Pagi : Membeli belah di Nora Plaza
11.00 Pagi : Berkunjung ke Pantai Semilan.
Hujan turun dengan lebat. Air laut melimpah ke daratan. Aktiviti untuk bergambar di pantai dibatalkan. Kami pulang ke Hatyai.

12.30 Tengahari : Makan tengahari

1.30 Petang : Berehat di hotel penginapan. Aktiviti bebas.

4.00 Petang : Berkunjung ke Central Market.
Aku, isteri, Che Daud dan isteri menaiki Tut-Tut (kenderaan yang popular di bandar ini.
9.00 Malam : Makan malam di Restoran Tamrab Muslim Hatyai.
10.30 Malam : Berkunjung ke pasar malam. Kami berjalan kaki kerana tempatnya lebih kurang 200m dari hotel penginapan.
Hari Ketiga - 26 November 2017 (Ahad)

8.00 Pagi : Sarapan pagi.
10.00 Pagi : Daftar keluar dari hotel penginapan.
10.30 Pagi : Membeli belah di Central Plaza Hatyai.
12.00 Tengahari : Bertolak pulang.

1.00 Petang : Makan tengahari di restoran di Pekan Danok.

4.00 Petang : Berhenti rehat di "R&R" . Menjamu selera dan minum kopi panas.
6.30 Petang : Selamat tiba di Kompleks Imigresen Pekan Golok.

7.30 Malam : Solat fardhu maghrib di Masjid Beijing, Rantau Panjang.

10.00 Malam : Selamat tiba di Besut.