22 Disember 2019 (Ahad) : Aku dan Cikgu Che Daud Salleh berkunjung ke Drawbridge, Kuala Terengganu pada jam 9.00 malam. Kami menaiki aras dua dengan menggunakan lif. Setiap orang pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM5.00. Dari sini, pengunjung dapat menikmati pemandangan menarik Bandaraya Kuala Terengganu, muara sungai dan kampung Seberang Takir.