14 Disember 2020 (Isnin) : Kelab Warga, Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut, Terengganu telah mengadakan Majlis Persaraan aku bermula pada jam 11.30 pagi hari ini. Majlis yang disertai oleh sebahagian besar guru dan kakitangan sekolah telah diadakan di Primula Cafe, Besut, Terengganu.
Halaman
- Home
- Profil Diri
- Isteri
- Mohd Hamdan
- Nor Hafizah
- Nor Farihah
- Nor Hazwani
- Muhammad Hafizuddin
- Cucu
- Album Tahunan
- Album Sekolah
- Hari Raya Eidul Fitri
- Kenduri Kahwin
- Kematian
- Pak Nik Salleh
- Percutian
- Video
- Ziarah
- Perkahwinan
- Kad Perkahwinan
- Album Wajah
- Album PPK
- Album SMAM
- Album Jogjakarta
- Album APSSK 2015
- Surat
- Gambar Passport
- Sijil Penyertaan
- Sijil Penghargaan
- Abang Hamid
- 5N1 SMIP 1978
- Sahabat SM Seri Nering
- Pak Su Hasan
- Sepupu
- Besan
- Album Rakan-Rakan
- Album BTPNT
- video1
- Bil Utiliti
- Video 2022
- Kenderaan
Mengunjungi Rakan Sekelas
7 November 2020 (Sabtu) : Aku dan isteri telah mengunjungi Che Hasbi bin Ramli di No 22/08, Pangsapuri Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Kunjungan ini adalah untuk bertemu dengan Che Hasbi dan anak sulongnya, Hazwan. Che Hasbi mengalami penyakit strok sejak 11 tahun yang lalu. Aku mewakili rakan-rakan sekelas yang lain yang tidak dapat hadir bersama akibat Pandemik COVID-19. Dalam kunjungan ini, aku telah menyampaikan sumbangan wang tunai yang telah disumbangkan oleh rakan-rakan sekelas. Ini adalah pertemuan kali pertama aku dan Che Hasbi setelah berpisah pada tahun 1978. Kami belajar di Tingkatan 5N1, Sekolah Menengah Ismail Petra (SMIP), Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Berkunjung ke Rumah Sofi
25 September 2020 (Jumaat) : Aku dan isteri telah berkunjung ke rumah Mohd Sofi di Sungai Petani, Kedah. Setelah berbual tentang pelbagai perkara, Mohd Sofi telah membawa aku dan isteri berkunjung ke kedai nasi kandar untuk menikmati makan malam. Turut hadir ialah isteri Mohd Sofi.
Minum Malam Bersama Ahli Group SSN'78
16 September 2020 (Rabu) : Aku dan beberapa orang rakan group SSN'78 telah keluar minum malam bertempat di ISMA CAFE, Alor Lintah, Jertih. Rakan-rakan yang hadir ialah Adnan Ali, Muhamad Saufi Abd Rahman dan Wan Abd Razak Wan Hassan.
Jom Baca Bersama Selama 10 Minit Tahun 2020
23 April 2020 (Khamis) : Program Jom Baca Bersama Selama 10 Minit dijalankan secara serentak di seluruh negara pada hari ini pada jam 11.00 - 11.10 pagi.
Majlis Tautan kasih - ReUnion 5N1 2020
15 Mac 2020 (Ahad) : Majlis Tautan Kasih - ReUnion Kelas 5N1 SMIP 1978 telah diadakan di Dewan Rebana 2, Hotel BlueWave, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Aku, isteri, anak perempuan, menantu dan cucu menghadiri majlis tersebut. Majlis berlangsung dalam suasana ceria dan meriah. Kami bertemu setelah berpisah selama 42 tahun.
Kejohanan Sukan MASMAT 2020
12 Mac 2020 : Kejohanan Sukan MASMAT (Sepak Takraw) diadakan di SMA Ittifakiah, Jerteh. Kejohanan ini terpaksa ditangguhkan kerana COVID-19.
SAMBUTAN HARI LAHIR TAHUN 2020
16 Februari 2020 (Ahad) : Pihak SMA Maarif mengadakan Sambutan Hari Lahir kepada guru-guru dan murid-murid yang lahir pada bulan Januari.
Bersantai Di Muara Kuala Besut
14 Februari 2020 (Jumaat) : Petang ini, aku dan isteri telah menghadiri Aktiviti Bersantai Di Muara Kuala Besut yang telah diadakan pada jam 5.30 petang hari ini bertempat di Warung Ombak Biru, Kampung Nail, Kuala Besut. Aktiviti kali ini cukup meriah dengan dihadiri oleh 27 orang ahli group SSN 1978 dan keluarga. Petang ini kami menikmati nasi dagang berlauk udang segar dan pulut gaul nyiur berlauk ikan selayang segar dibakar tawar. Aktiviti telah mengeratkan lagi tali persaudaraan di antara ahli group dan ahli keluarga.
Menziarahi Mangsa Kebakaran
4 Februari 2020 (Isnin) : Aku dan tiga orang rakan group SSN'78 telah menziarahi mangsa kebakaran di Kampung Gerong, Apal, Jertih, Besut, Terengganu untuk menyampaikan sedikit sumbangan wang, pingang mangkuk dan pakaian.
Majlis Hi-Tea Bersama Datin Shamsiah Salleh
31 Januari 2020 (Jumaat) : Datin Shamsiah binti Salleh telah menjemput ahli group untuk menghadiri Majlis Hi-Tea yang diadakan pada jam 5.30 petang bertempat di Isma Cafe, Alor Lintah, Jertih.
Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Azam Ahmad
25 Januari 2020 (Sabtu) : Aku menghadiri Majlis Kenduri Perkahwinan Anak Perempuan Azam Ahmad telah diadakan pada hari ini di rumah beliau di Kampong Gong Kepas Dalam, Kampong Raja.
Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Mat Yazid
25 Januari 2020 (Sabtu) : Aku menghadiri Majlis Kenduri Perkahwinan Anak Perempuan Mat Yazid telah diadakan pada hari ini di rumah beliau di Kampong Bukit Kenak, Jerteh.
Menziarahi Abangku
24 Januari 2019 : Aku berkunjung ke rumah abangku, Yahaya bin Abd Rahman di Kampong Gerai, Jertih. Beliau menghadapi masalah kesihatan selepas beberapa kali terlibat dalam kemalangan.
Minum Petang Bersama Mat Daud Majid
18 Januari 2020 (Sabtu) : Satu majlis minum petang bersama Mat Daud Majid telah diadakan jam 5.30 petang hari ini bertempat di Isma Cafe, Alor Lintah, Jertih, Terengganu. Majlis yang dihadiri 22 orang rakan-rakan berlangsung dalam suasana ceria dan mesra. Pelbagai cerita menarik dan lucu terutama diwaktu persekolahan diulang kembali menyebabkan suasana perjumpaan dipenuhi dengan hilai ketawa.
Langgan:
Catatan (Atom)