14 Februari 2020 (Jumaat) : Petang ini, aku dan isteri telah menghadiri Aktiviti Bersantai Di Muara Kuala Besut yang telah diadakan pada jam 5.30 petang hari ini bertempat di Warung Ombak Biru, Kampung Nail, Kuala Besut. Aktiviti kali ini cukup meriah dengan dihadiri oleh 27 orang ahli group SSN 1978 dan keluarga. Petang ini kami menikmati nasi dagang berlauk udang segar dan pulut gaul nyiur berlauk ikan selayang segar dibakar tawar. Aktiviti telah mengeratkan lagi tali persaudaraan di antara ahli group dan ahli keluarga.