1 Januari 2022, Sabtu : Majlis sambutan hari lahir aku dan isteri diadakan dengan penuh sederhana pada malam ini di kediaman kami. Turut hadir untuk memeriahkan majlis ini ialah ibu mertua, adik beradik dan anak-anak saudara. Mereka telah memberi beberapa hadiah kepada kami berdua. Kami bersama-sama menikmati jamuan yang juga diadakan secara ala kadar.