27 Februari 2022, Ahad : Aku dan ramai pemandu kenderaan yang menuju ke Jertih dan Kelantan, terkandas banjir akibat air yang melimpah jalan di Sungai Tarom, Setiu. Aku dan berpuluh pemandu kenderaan mengambil keputusan untuk berehat di Hentian Rahmat, Kampung Rahmat, Setiu. Berpuluh-puluh pemandu lagi mengambil keputusan untuk menunggu di kawasan yang dinaiki air. Kami berehat di sini kerana terdapat kemudahan tandas, surau dan kedai makan. Oleh kerana air masih tidak surut, kami mengambil keputusan untuk tidur di dalam kereta masing-masing. Kami meneruskan perjalanan selepas solat subuh keesokan harinya.