Kecurian

Hari ini merupakan satu hari yang malang bagi aku dan keluarga. Tidak seperti hari-hari biasa, aku hanya bangkit dari tidur pada jam 6.30 pagi. Aku terus memasuki bilik air untuk qada hajat. Semasa berada di dalam bilik air, aku terdengar bunyi yang pelik seperti jendela ditutup oleh orang. Aku bergegas keluar dan terkejut apabila mendapati tingkat di bilik dapur terbuka. Aku memeriksanya, kelihatan dengan jelas, jendela itu dikumpil. Sahlah ada pencuri yang telah memasuki rumah aku. Aku memeriksa barang-barang seperti kapak, parang dan dompet. Semuanya elok, tak diusik oleh orang. Aku merasa lega kerana tiada barang yang hilang. Aku mengejutkan isteriku dan menceritakan apa yang telah terjadi. Isteriku terkejut dan kelihatan tidak percaya dengan apa yang terjadi.

Oleh kerana telah lewat, aku terus ke bilik air untuk mandi. Semasa mandi, aku teringatkan notebook anakku. Aku keluar untuk melihat di tempat biasa yang diletaknya. Notebook tiada di situ. Aku memeriksa di dalam bilik tidurnya. Juga tiada. Aku meminta isteriku mengejutkan anakku dan bertanyakan tempat dimana notebooknya disimpan. Ternyata, notebook itu telah hilang.

Setelah selesai bersarapan, aku menuju ke sekolah. Setelah menyelesaikan urusan 'punch card', aku bertemu dengan Pengetua dan menceritakan apa yang telah berlaku. Aku segera ke Balai Polis Kampong Raja setelah memohon kebenaran daripada Pengetua. Aku menemui Koperal Sabri, pegawai yang bertugas dan membuat laporan tentang rumahku yang telah dipecah oleh pencuri. Setelah semuanya selesai, aku dibawa berjumpa dengan Sarjan Zainuddin, Penolong Pegawai Penyiasat. Setelah bertanya beberapa soalan, Sarjan Zainuddin segera ke rumahku untuk menyiasat apa yang berlaku.

Sesampainya, Sarjan Zainuddin dan seorang jurugambar telah menjalankan tugas mereka. Isteriku memberitahu beberapa barang kemasnya juga hilang.

Biar apapun, ini adalah satu ujian daripada Allah SWT untuk menguji aku dan keluargaku. Dalam kesedihan, aku melahirkan rasa syukur kerana semua keluarga selamat. Orang lain menerima "bala" dan "ujian" yang lebih besar dan lebih teruk daripada aku.

Di manakah Silapnya?

Aku telah meminta kerani sekolah menulis satu memo ditujukan kepada semua guru yang meminjam notebook sekolah. Kandunganya ialah supaya guru berkenaan membawa notebook masing-masing ke makmal komputer sekolah pada hari ini, Ahad, 17 Oktober pada jam 9.00 pagi - 12.00 tengahari. Tujuannya ialah untuk pengemaskinian stok. Memo itu ditampal pada papan kenyataan berdekatan dengan mesin "punch card".

Tunggu punya tunggu. Tidak seorang pun guru yang datang dalam selang masa tersebut. Di mana silapnya?

SEHARI DI UPSI (VIDEO)

                  

KURSUS MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN 3 SMA MAHMUDIAH, KUALA BERANG, TERENGGANU

Pada 8 - 10 Julai 2010 (Khamis - Sabtu) yang lalu, aku telah ditugaskan sebagai Fasilitator Kursus Motivasi Pelajar Tingkatan 3 SMA Mahmudiah, Kuala Berang, Terengganu. Seramai 80 orang pelajar lelaki dan perempuan terlibat di dalam kursus yang diadakan di Pusat Latihan Kecemerlangan Pendidikan (PLKP) JHEAT, Batu Rakit, Terengganu.

KESSUMA Ke 11 TAHUN 2010

Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia, Zon Utara dan Timur (KESSUMA) Kali Ke 11 tahun 2010 telah dilangsungkan di Universiti Darul Iman, Kampus KUSZA, Kuala Terengganu. Kejohanan ini telah disertai oleh Terengganu, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Kejohanan kali ini diadakan pada 13 - 17 Jun 2010, sempena cuti persekolahan.

Catatan 17 Mei 2010

Aku merasa sangat gembira apabila menerima satu emel daripada rakan sekelas semasa belajar di dalam tingkatan 5 pada tahun 1978. Berikut adalah emel penuh yang dihantarnya.

Salam Cik Gu Jak, 

Kawe sangat teruja tengok gambar dalam laman web demo. Dah lama kita terputus hubungan. Lepas SPM, terus menghilang. Masih ingatkah demo dengan kawe.  Ingat dalam kelas kita hari tu……. Kawe duduk sebelah Sudin, demo rapat dengan Wan Sulong. Kawe buke budok glamour dalam kelas masa tu. Selalu kena pulas perut oleh Cik Gu Rawi. Malas buat latihan Math tambahan. Huhh… lucu kalu ingat kisah masa di SMIP dulu.

Dalam gambar kelas tu, kawe duduk berdiri barisan tengah, no 4 dari kiri, sebelah kanan Hasbi. Ingat tak nama kawe?.

Jika kelapangan, sila hubungi kawe 013-9304156.

Wassalam.


Setelah membaca emelnya, aku segera menghubunginya. Kami berbual panjang, maklumlah telah lama tidak bersua muka.  Beliau memberitahu tentang beberapa orang rakan sekelas yang sempat ditemuinya. Antaranya, Mahadi (Duduk ketiga dari kanan) yang bertugas sebagai Pegawai Pertanian di Kelantan, Dr Nik Azmi (Ketua Kelas - Duduk keenam dari kanan) - yang mengusahakan klinik sendiri di Kelantan, Dr Hanapi (Duduk paling kiri) -yang bertugas di HUSM Kubang Kerian dan Mohd Azri yang bertugas sebagai Pegawai Tadbir di negeri Kelantan. Rakan-rakan yang lain, tak dapat dikesan. Harap-harap dapatlah bertemu dan berhubung dengan semua rakan yang lain.

Catatan Hari Ini - Isnin, 3 Mei 2010

Seperti biasa, aku memandu kereta untuk menghantar anak ke SMK Tengku Mahmud 2. Dalam perjalanan, aku dapat melihat dengan jelas, dua orang pelajar lelaki menunggang motosikal. Seorang pun tidak memakai topi keledar. Melihat kepada saiz tubuh, aku agak pelajar ini berumur 13-15 tahun. Maknanya, mereka menaiki motosikal tanpa memiliki lesen memandu. Yang menyedihkan lagi ialah pelajar yang dibelakang menghisap rokok tanpa berselindung.

Ternyata bahawa mereka telah melakukan beberapa kesalahan

1. Menunggang motosikal tanpa lesen memandu
2. Tidak memakai topi keledar
3. Tidak mempunyai lesen memandu
4. Menghisap rokok semasa memakai uniform sekolah
5. Ibu-bapa bersalah kerana membenarkan anak yang tidak mempunyai lesen memandu, menunggang motosikal.
6. Pekedai runcit bersalah kerana menjual rokok kepada pelajar yang berumur kurang daripada 18 tahun.

Undang-undang yang ditentukan oleh pihak berkuasa tidak memberi makna tanpa penguatkuasaan.

Peristiwa 29 April 2010 (Khamis)

Hari ini, Khamis, 29 April 2010, aku didatangi oleh Muhammad Hafiz Khairunnajmi, seorang pelajar Tingkatan 5 tahun 2009. Selepas memberi salam, dia menghulurkan tangan untuk bersalam dan mencium tangan aku. Dia kelihatan ceria dan gembira. Dia memaklumkan bahawa telah mendapat tawaran untuk mengikuti Program Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Perlis. Pendaftaran akan diadakan pada 10 Mei 2010. Dia memaklumkan bahawa beberapa orang rakannya juga mendapat tawaran yang sama. Aku mengucapkan tahniah dan menasihatkan dia belajar dengan bersungguh-sungguh. Dia memohon diri setelah menghulurkan tangan dan mencium tangan aku sekali lagi.

9.15 Pagi:  Seorang lagi pelajar, Mohd Khairie bin Jusoh datang menemui aku. Dia memohon pertolongan untuk mencetak beberapa helai maklumat yang diperlukan untuk dibawa ke temuduga di IPG Sultan Mizan, Besut.

Bagi seorang guru, ucapan terima kasih daripada pelajar-pelajarnya sudah memadai. Bukan meminta dibalas dengan wang ringgit. Cukuplah sekadar dihormati. Sejuk rasa hati dengan akhlak yang ditunjukkan oleh pelajar tadi.

LAWATAN KE VIETNAM (21 - 24 April 2010)

Hari Pertama, 21 April 2010 (Rabu)

7.30 Pagi : Rombongan kami berjumlah 56 orang berkumpul di Lapangan Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan. Rombongan kami diketuai oleh YB Nawi bin Mohammad, ADUN Kawasan Hulu Besut, Pengerusi Majlis Belia Daerah Besut, Terengganu. Antara personaliti utama yang bersama dalam rombongan ini ialah bekas Pegawai Daerah Besut (kini Pegawai Daerah Hulu Terengganu), Yang Dipertua, Majlis Daerah Besut, Pegawai Pelajaran Daerah, Besut, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Besut dan Pengetua, SMK Tengku Mahmud, Besut.

Dari kiri ke kanan : Tuan Yusof, Cg. Razak Abd Rahman, Cg. Zainuddin Salleh dan Cg. Mohd Zaiki Ismail

SAHABAT RASULULLAH SAW

Terdapat ramai sahabat Rasulullah SAW yang semuanya adalah tergolong sebagai ahli syurga. Sesorang yang mempunyai 4 sifat berikut adalah tergolong di dalam sahabat Rasulullah SAW:

1. Hidup semasa dengan Rasulullah SAW
2. Bertemu dengan Rasulullah SAW
3. Beriman dengan Rasulullah SAW
4. Mati dalam Islam

Walau bagaimana pun, terdapat 10 orang sahabat yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW sebagai ahli syurga. Mereka ialah

1.  Abu Bakar As Siddiq
2.  Umar Al Khatab
3.  Osman Ibnu Affan
4.  Ali bin Abi Thalib
5.  Talhah
6.  Zubair
7.  Abdul Rahman
8.  Saad
9.  Said
10.  Abu Ubaidah

Apakah keistemewaan dan kelebihan yang terdapat pada 10 sahabat di atas, yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan dengan lidahNya sebagai ahli syurga.

ABU BAKAR AS SIDDIQ

Merupakan lelaki yang pertama memeluk agama Islam.  Umurnya 2 tahun lebih muda daripada Rasulullah SAW. Seorang ahli perniagaan yang berjaya. Merupakan sahabat Rasulullah SAW yang paling karib. Mempunyai peribadi dan akhlak yang sangat mulia. Seorang yang pengasih, penyayang, tegas, tabah menghadapi dugaan, pembela kebenaran, benci kepada kejahatan, pemurah dan lain-lain sifat yang mulia.

Abu Bakar telah mendermakan semua hartanya untuk dibelanjakan untuk menghadapi Peperangan Tabuk. Rasulullah SAW bertanya " apa lagi yang kamu ada?" Abu Bakar menjawab " Aku ada 2 perkara. 1. Allah  2. Rasulullah".

SMS PILIHAN - MAC 2010

Cadangan tarikh baru lawatan ke Vietnam: 5 - 8 Mei 2010 (Rabu - Sabtu). Pohon respond segera.
Azizul Jasmi bin Mohamad, Pengerusi MBD Besut, 23-Mac-2010, 12:31 pm

Assalamualaikum. DUKACITA dimaklumkan bhw Lawatan ke Vietnam yg dijadualkan pd 24 - 27 Mac 2010 ini akan ditunda ke suatu tarikh lain atas sebab yg tak dpt dielakkan. Cadangan tarikh baru akan dimaklumkan kemudian dlm tempoh terdekat. Tarikh BARU  tidak lebih dr 16 April 2010. Pihak Majlis memohon berbanyak kemaafan di atas kesulitan yang berlaku. Sesiapa yg dah mengemas kain baju, harap BERSABAR.  Kita hanya mampu merancang, tuhan sahaja yg menentukan. Janji tetap akan dikotakan. Tk. Daripada Azizul Jasmi Mohamad. s.k. YB Hj Nawi b. Mohd.
Azizul Jasmi bin Mohamad, Pengerusi MBD Besut, 22-Mac-2010, 11:57 pm

Saya na' ke KB -  bagaiman LWTN KE VIETNAM - bila pergi & balik. Deposit berapa & bila byr. tk. HIS.
Haji Ismail bin Shafie, Timbalan Pengerusi MBDB, 22-Mac-2010, 10:33 am

Tahukah apa kedudukan LWTN KE VIETNAM - bila pergi & balik. Persi. Taklimat peserta, kos dll. Esok 22/3 - sehari lagi. tk. HIS.
Haji Ismail bin Shafie, Timbalan Pengerusi MBDB, 21-Mac-2010, 02:46 pm

SALAM... Kpd semua ahli keluarga & bakal ahli keluarga program taawon.. jemputan ke majlis penerangan terkini PROGRAM TA'AWON pada malam ini 17.3.2010, rabu  jam 9.00 mlm tmpt - kedai amin muslim sbrang jerteh jalan tok has. tlg hebohkan pd rakan2. timo kasih. drpd p'sudeq (kubest).
Zaharin bin Idris, Usahawan Taawon, 17-Mac-2010, 01:54 pm

Mesy. khas perlaksanaan MBD Besut  akn diadakan pada 15/3/2010 (isnin)  di kem sri keluang jam 9 mlm. Agenda:  mesyuarat agung MBDB. sekian, hrp maklum.
Tg Nur Zaidan, SUK MBDB, 13-Mac-2010, 09:27 pm.

Jemputan ke progrm - SMN NANO CAN pd 5 mac jumaat 3.15 pm d Hotel Juita Inn kb. Masuk Percuma.
Mohd Jurik, IKBN Bachok, 05-Mac-2010, 12:08 pm

Mesyuarat aJK MBDB akn diadakan pada 7 Mac 2010 jam 9 mlm di anjung bahtera. Agenda mesyuarat: a) pengesahan minit mesy.  b) laporan kewangan  c) laporan kem sri keluang d) hal2 lain. sekian, hrp maklum. sk. yb pengerusi.
Tg Nur Zaidan, SUK MBDB, 05-Mac-2010, 11:41 am. 

Raja tlh mgl dnia jm 4.10 pm, akn spn jm 10 esok.
Arifin bin Latif, 03-Mac-2010, 05:57 pm

SALAM... Jemputan KHAS ke majlis SOLAT HAJAT semoga ALLAH beri hidayah & perlindungan ke atas PROGRAM TA'AWON. Dan pada masa yang sama kita akan kongsikan BERITA TERKINI TA'AWON. pada 4.3.2010, khamis mlm jumaat jam 9.00 tmpt RUMAH  ABE YIE POS jln tembila kg keluang dekat MRSM kg raja.  TOLONG!!! SEBARKAN KEPADA RAKAN2 TAAWON. T.Q.
Zaharin bin Idris, Usahawan Taawon, 03-Mac-2010, 05:37 pm

Salam belia 1 Malaysia. Pd 4 & 5 mac, tuan dijemput mengikuti prgram pnubuhan n prasmian kelab belia samudera pulau prhntian, bestu. Sgala pengangkutan, pnginapan n mkn mnum di sdiakan. Jam 10 pg, brkumpul d jeti k. bst. mntak jwpan segera dr saudara/i smaada  blh srtai @ tidak.
Wan Adilah bt Awang, Pengerusi MAYC Kawasan Besut, 01-Mac-2010, 02:06 am

SMS PILIHAN - FEBRUARI 2010

RAULULLAH s.a.w. b'mmpi b'temu abu lahab, stelah ia mati, baginda  bertanya bagaimnkah k'adanya kini?  Maka b'kata abu lahab: " aku sedang diseksa di' dlm api neraka kcuali stiap ari isnin, aku d'rengankn seksa'n, krna aku tlah m'bbaskn suwaibah (hamba abu lahab) krna aku gmbira d'ats k'lhiran engkau whai muhammad." (slmat menyambut shahrul maulidul habibullah").. bnyk2lah m'ingati bginda.. SELAWAT.
Zaharin bin Idris, Usahawan Program Ta'awon, 26-Feb-2010, 07:32 am
Asskum... Tuanpuan dijemput ke Majlis Perarakan Sambutan Maulidul Rasul  peringakt kg Raja yg akan diadakan pada 26/2/2010 Jumaat , jam 7.30 pagi bertempat di Masjid Besar Kg. Raja ( masjid Nasiruddin Shah). Pakaian Kebangsaan. Anjuran Kerjsama Kelab Belia Kg. Raja, UMNO Cawangan Kg. Raja, JKKK kg Raja. Semuga dapat menghadiri. tq. Ikhlas Drp. Laili Ismail.
Laili bin Ismail, Presiden Kelab Belia Kg. Raja, 25-Feb-2010, 09:41 am

Asskum... Kepada tuan2 yg dihormati, Dijemput ke mesyuarat kelab Belia Kg. Raja pada mlm ini 23/2/2010 ahad, jam 9.30 mlm dibalairaya kg raja depan balai bomba. Agenda mesyuarat  Majlis Sambutan Maulidul Rasul 1431H. Semuga usaha tuan akan mendapat rahmat & berkat dari Allah swt. tq. Drp. Laili Ismail.
Laili bin Ismail, Presiden Kelab Belia Kg. Raja, 23-Feb-2010, 03:56 pm

SALAM.  Jemputan  ke PROGRAM TA'AWON pada SETIAP MINGGU hari ISNIN malam SELASA JAM 9.00 mlm tempat KEDAI AMIN MUSLIM sbrg jerteh jln kg TOKHAS. bawa rakan 5 org dpat wang pos percuma!
Zaharin bin Idris, Usahawan Program Ta'awon, 22-Feb-2010, 12:09 pm

Asskum... tuanpuan dijemput ke mesyuarat kelab Belia Kg. Raja pada 21/2/2010 ahad, jam 9.15 mlm dibalairaya kg raja depan balai bomba utk perbincangan Majlis Sambutan Maulidul Rasul. tq. Drp. Laili Ismail.
Laili bin Ismail, Presiden Kelab Belia Kg. Raja, 20-Feb-2010, 05:56 pm

SALAM.. Anda sangat bertuah krn dipilih oleh Allah untuk hadir dalm 1 majlis ilmu ekonomi ummah & program menambah pendapatan melalui program TA'AWON yang berkonsep bantu membantu utk hidup lebih selesa pada 20.02.2010 sabtu jam 9.00 mlm tempat di kompleks rakan muda besut kg raja. Sebarkan kpd rakan2 kita semua. trm kasih, daripada Zaharin KUBEST.
Zaharin bin Idris, Usahawan TA'AWON, 20-Feb-2010, 11:07 am.

Asskum.. Tuanpuan dijemput ke majlis minum pagi masyarakat dan penduduk kg raja bersama YB Tn Hj Pehimi Hj Yusof Adun Kota Putera pada esok 19/2/2010 jam 8.00 pagi bertempat di Desa Ukiran Kayu (DUK) sebelah masjid lama kg raja utara.. Kehadiran tuanpuan sangat dialu-alukan. Drp. Laili Ismail.
Laili bin Ismail, Ketua Cawangan UMNO Kg Raja, 18-Feb-201, 07:46 pm.

Dijemput ke taklimat  penubuhan rukun tetangga pd mlm ini bertempat di rumah hj din jam 9.30 mlm.
Cikgu Razmi bin Abd Hamid, Desa Harmoni, Besut, 17-Feb-2010, 09:30 am

Ass'kum... Dengan segala hormatnya dijemput tuan2 ke jamuan makan tengahari esok 13/2/2010 sabtu jam 1.30 pm - 3.00 pm dirumah saya dikg Amer sempena majlis sembahyang hajat bas Perdana Ekspress yang baru. Terima kasih. Drp Laili Ismail.
Laili bin Ismail, Pengarah Urusan, Perdana Ekspress, 12-Feb-201, 05:27 pm

Asskum.. Dijemput tuan2 ke mesyuarat Kelab Belia Kg Raja pd malam ini 9/2/2010 jam 9.15 mlm bertempat di balairaya depan bomba.  Agenda utama program Maulidul Rasul. Sila  balas msg ini buleh atau tak boleh hadir. drp Laili Ismail. sk.- SU KBKR.
Laili bin Ismail, Pengerusi KBKR, 09-Feb-201, 06:26 pm.

SMS PILIHAN - JANUARI 2010

Ass'mualaikum.. Qaulu inna lillahi raujiun. * "CIKGU MAT BOM" Seb Jertih, kembali ke Rahmatullah jam 3 pagi tadi, Semoga Roh Arwah dicucuri Rahmat & ditempatkan disyurga Allah bersama roh org2 yg beriman & beramal soleh.  AL-FATIHAH.  Wassallam* [PIN  Berjuang]
Ariffin bin Jusoh, 31-Jan-2010, 07:37 am.

Asalam.. Tn Hj Mohd Yaakob (Sbrg  Jerteh) MENINGGAL @ 3.30 pg  ni Ahad 31/1/10. Al Fatihah - HIS.
Haji Ismail bin Shafie, 31-Jan-2010, 06:42 am

Jemputan ke majlis anugerah azam baru 2010 sarana mitra niaga, pd 22 jan 3 ptg d hotel raudah, jln maju kota bharu. Cabutan bertuah d sediakan dgn nilai semua rm 10000.00 lebih.
Mohd Jurik, 20-Jan-2010, 02:51 pm.

Pohon kerjasama ajk mbdb utk sms nama dan no ic pasangan yg ingin mengikuti lawatan ke vietnam hari ini.tq.
Tg Mohd Zaidan, SUK MBDB, 17-Jan-2010, 10:33 am.

TAKLIMAT KEARAH HIDUP LEBIH SIHAT N BEBAS MASALAH KEWANGAN BSAMA SMN GLOBAL NANO CAN d  Juita Inn, jln pintu pong KB 15 JAN  jumaat 3pm ada lucky draw n minuman. Penceramah Pengurus Produk Mr James Wong, sila jemput ramai kawan, Tkasih - Mohd Jurij.
Mohd Jurik, 15-Jan-2010, 08:29 am.

GEGAR & TERUS GEGAR.. !! G4G AKAN MGADAKN BP PADA TARIKH: 15/1/2010(Jumaat) JAM 9.00 MALAM TEMPAT: Bersebelahan Mi-G Welding dan car wash, Kg Pdg Luas, Jertih, Trgnu. Jom kita sama2 merubah kehidupan, disamping produk yg fantastic, BIODISC,  sambil berbakti kpd masyarakat dan memperolehi USD pd setiap minggu. Bawa semua rakan dan keluarga bersama2. Mari sama2 kita gegarkan Jertih dgn Quesnet. Ambil peluang ini. Tq. Rasul.
Cikgu Rasul, 14-Jan-2010, 04:22 pm

Sbgai hmba allah yg brkhdupan brklurga, msti brpndukn pncpaian kcmerlangan bukn skdr kjyaan duniawi, bahkn jug yg brtraskn khdupan msa dpan di AKHIRAT. .. 'SLMAT THUN BRU 2010'.
Zalekha bt Ahmad, 01-Jan-2010, 12:08 am

Smkn jauh prjlnn, smkin dkt kematian. Smkin brtmbh bebann, smkin kurang keupayaan.. Hanya iman & kyakinn mmpu mengayuh perahu kehidupn, pnuh ktenangn menempuh ujian.. Tuluslh dgn TUHAN, teluslh ssama INSAN ... Brhijrhlh kite ke daerah kebaikn.. Selmat mymbut th 2010.
Rosnah bt Ahmad, 01-Jan-2010, 07:58 am.

Yg paling bahagia adalah org yg mempunyai hati yg alim, mempunyai kesabaran dlm diri dan mempunyai sifat yg sentiasa berasa cukup dgn rezeki yg ada d tgn.
Mek Baru Bt Ahmad, 01-Jan-2010, 01:58 pm

Kesihatan

Hari ini, Selasa, 9hb Mac 2010, aku ke Klinik Kesihatan Sri Medang, Besut. Tujuannya untuk mendapatkan rawatan kerana sakit perut. Kelmarin dan semalam, aku hanya mampu untuk tidur sahaja. Bahagian sebelah kanan perut aku, terasa sakit. Setelah diurut oleh ibu mertua aku, yang kebetulan datang ke rumah, sakitnya reda sedikit. 

Aku menerima rawatan daripada Mohd Tarmeze bin Mohamad,  Penolong Pegawai Perubatan. Rawatan yang diberikan adalah tekanan darah, suhu badan dan bahagian perut. Selepas itu, beliau meminta aku membuat pemeriksaan darah. Aku berkunjung ke bilik no. 6 dan disambut oleh seorang jururawat dengan penuh senyuman. Beliau menjelaskan bahawa tugasnya untuk mengambil sedikit darah di bahagian tangan kananku. Aku dapat mendengar dengan jelas, ucapan Bismillahirrahmanirrahim diucapkan oleh jururawat sebelum menyuntik jarum ditanganku.  Aku turut mengucapkan perkataan yang sama. Aku merasa amat gembira, kerana beliau mengucapkan Basmallah sebelum menjalankan tugasnya.  Semoga amalannya tergolong dalam kategori ibadat yang akan mendapat pahala yang setimpal daripada Allah SWT.

Selepas itu, aku membawa sampel darah ke makmal untuk dianalisa. Setelah mendapat keputusan, aku membawa analisa itu bertemu dengan Pembantu Perubatan sekali lagi. Setelah diteliti, beliau memberitahu bahawa aku mengalami penyakit Apendik, tapi masih diperingkat awal, belum serius lagi. Beliau bertanya samada aku bersedia untuk mendapat rawatan seterusnya di Hospital Daerah Besut, Jerteh. Aku mengatakan, sekiranya ada kaedah lain, aku tak mahu dimasukkan ke wad. Setelah berbincang, beliau mencadangkan agar aku memakan ubat yang diberikan untuk tempoh satu minggu. Sekiranya, aku merasa sakit secara berterusan, aku dinasihatkan segera mendapat rawatan di hospital. Rawatan yang paling berkesan ialah membuat pembedahan.

Aku sudah mempunyai pengalaman menjalani pembedahan pada tahun 1996 di Hospital USM, Kubang Kerian. Sekiranya boleh dielakkan, aku tak mahu dibedah lagi. Setelah melakukan pembedahan, aku tidak lagi boleh mengangkat barangan yang beratnya melebihi 10 kg. Sekiranya dilakukan jugak, aku akan merasai kesakitan di bahagian pinggang.

SAMBUTAN MAULIDURASUL 1431H

Hari ini, Isnin, 15 Rabiul Awal 1431H bersamaan 1 Mac 2010, SMA Maarif mengadakan Majlis Sambutan Hari Kelahiran Rasulullah SAW. Sambutan dimulai dengan semua pelajar dan guru berhimpun di padang permainan mengikut Unit Uniform. Suasana amat ceria kerana guru dan pelajar-pelajar lelaki memakai pakaian lengkap baju melayu. Guru dan pelajar perempuan pula memakai baju kurung mengikut warna yang telah dipilih untuk Unit masing-masing. Berkumandanglah laungan selawat ke atas junjungan besar Muhammad SAW.
Setelah semuanya bersedia, perarakan dimulakan melalui jalan sekitar sekolah dan kompleks rakan muda dengan laugan selawat. Inilah kali pertama, seingat saya, pihak sekolah ini mengadakan perarakan Malulidul Rasul. Tahniah, diucapkan kepada Pengurusan sekolah yang telah mengambil inisiatif yang amat bermakna ini.
Selepas itu, pelajar-pelajar mengikuti beberapa program yang telah diatur oleh pihak Badan Dakwah. Antaranya ialah forum dan pertandingan pidato. Setelah semua acara dilangsungkan, majlis penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang berjaya diadakan. Akhirnya, pelajar-pelajar menikmati jamuan ringan yang disediakan oleh pihak sekolah.
Semoga sambutan hari ini, mengingatkan pelajar-pelajar tentang kelahiran insan yang mulia di muka bumi ini. Dan memberi sedikit pengetahuan tentang Rasulullah SAW.

GAMBAR DAN KENANGAN




Gambar di atas diambil pada Hari Terbuka Komsis Sains. Berdiri dari kiri, Mohd Sofi bin Mahmud (Jawatan terakhir ialah Timbalan Pendaftar, USM, Pulau Pinang. Sekarang, menceburi bidang keushawanan), Mohd Hashim bin Yaakub (Sekarang: Guru Matematik di salah sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu), 2 orang rakan dari Kedah, Kanan sekali, Mohd Kamal bin Mohamad ( Sekarang : Pensyarah Geologi di UKM, Bangi).

Duduk dari kiri, Shamsuddin bin Mat, Razak bin Abd Rahman (Aku la ni) (Sekarang: Guru Matematik Tambahan di SMA Maarif, Besut).

Gambar ini diambil di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak. Kerja lapangan pelajar Geologi. Berdiri dari kiri: Mohd Hashim bin Yaakub. Palinng kanan ialah Razak bin Abd Rahman (aku la tu). Yang berdiri ditengah-tengah tu adalah pensyarah kami. Namanya, aku pun dah tak ingat.

Kepentingan Blog 1



Pada pendapat saya, semua orang perlu mempunyai blog. Banyak faedahnya. Salah satunya, blog boleh dijadikan tempat untuk simpan gambar-gambar. Kalau simpan dalam album, ada kemungkinan gambar akan rosak. Tapi, bila disimpan dalam blog, sentiasa selamat. Lagi pun, kita boleh tengok gambar simpanan kita, walau di mana kita berada selagi boleh mencapai internet. Album, kita tinggal kat rumah saja. Kita tak bawak album bila kita pergi ke mana-mana.








6 sekeluarga rentung langgar treler

SEREMBAN 8 Feb. – Percutian sebuah keluarga di Bukit Merah Lake Town Resort di Taiping, Perak baru-baru ini berakhir dengan tragedi apabila kesemua enam ahli keluarga itu maut dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 252.3 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini, awal pagi ini.

Kejadian menyayat hati itu berlaku kira-kira lima kilometer selepas susur keluar Plaza Tol Senawang pada pukul 1.30 pagi apabila kereta jenis BMW 7 Series yang dinaiki keluarga itu terbabas sebelum merempuh sebuah treler yang rosak di lorong kecemasan.

Lebih memilukan, mangsa Suhaimi Ghazali, 41, dan isterinya, Norfadilah Isenin, 32, serta empat anak mereka, Nurul Natasha Huda, 11; Muhammad Danial Iskandar, 10; Muhammad Hanif Iman, 6, dan Adi Putra, 2, rentung di tempat kejadian.
Kejadian ini memberi beberapa pengajaran kepada orang yang mahu berfikir. Hidup dan mati adalah ketentuan Allah SWT. Setiap orang yang beriman akan menerimanya dengan hati yang tenang. Allah tidak menjadikan sesuatu kejadian itu sia-sia. Ada hikmah dan pengajaran disebaliknya.
Kemalangan ini telah meragut nyawa seorang kontraktor yang masih muda. Melihat kepada kereta yang dipandunya, ianya seorang kontraktor melayu yang berjaya. Kita kehilangan seorang usahawan melayu. Allahyarham tentunya telah memberi peluang pekerjaan kepada segolongan orang. Sudah tentu, semasa hidupnya Allahyarham telah membelanjakan sedikit daripada wangnya untuk pembangunan dan perkembangan agama dan orang Islam.
Kejadian ini berlaku pada jam 1.30 pagi, waktu kita semua nyenyak tidur. Kita tidak tahu keadaan yang sebenar. Cuma kita boleh agak bahawa kemungkinan Allahyarham terlelap.
Apa pun, kita kena yakin bahawa sehebat manapun kenderaan yang kita naiki, kita tidak dapat mengelak daripada terlibat dengan kemalangan. Kita kena yakin, apabila Allah SWT mengkehendakki sesuatu perkara terjadi ke atas kita, tidak ada sesiapa pun yang boleh menghalangnya. Kita kena percaya kepada Qada dan Qadar Allah SWT.
Berdasarkan pengalaman, kemungkinan hanya seorang daripada 4 orang anaknya yang baligh iaitu anak sulungnya yang berusia 11 tahun. Sementara 3 adiknya belum baligh. Ketiga-tiganya telah tergolong dalam Ahli Syurga, kerana belum disabitkan dengan hukum syarak.
Agama kita menyuruh setiap umatnya membaca doa menaiki kenderaan setiap kali kita nak memandu atau menaiki kenderaan. Guru saya memberitahu supaya membaca ayat 58 surah Yaasin sebanyak 28 kali sebelum keluar dari rumah sekiranya kita nak bermusafir atau membuat perjalanan yang jauh.
Semoga kemalangan yang menyayat hati ini akan menginsafkan kita. Maut akan menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Oleh yang demikian, kita mesti sentiasa bersedia untuk menghadapi mati. Semoga kita mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat sebagaimana yang kita doakan setiap kali selesai menunaikan solat. Wallah hua'lam.

Pengawas - Satu Pengiktirafan

Pada pagi ini, satu majlis penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas SMA Maarif, diadakan di Medan Perhimpunan sekolah. Majlis ini disempurnakan oleh Pengawai Perhubungan Sekolah, Yang Setia Chief Inspektor Mohd Rozaimi bin Abd Rahim dari Balai Polis Daerah Besut, Kampong Raja.

Majlis yang disaksikan oleh semua guru dan pelajar, dimulai dengan ucapan aluan oleh Tuan Haji Abdullah Fadhzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua SMA Maarif. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua pengawas yang dilantik setelah melepasi beberapa siri saringan oleh Badan Disiplin sekolah yang diketuai oleh Ustazah Wan Dalilah bt Wan Ahmad. Beliau mengingatkan semua pengawas supaya menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik yang mungkin untuk memastikan Visi Sekolah untuk menjadi sekolah yang cemerlang menjelang tahun 2015.

Dalam ucapannya, Chief Inspektor Mohd Rozaimi menasihatkan semua pengawas agar menjalankan tugas dengan cemerlang. Beliau mengingatkan mereka supaya tidak mengambil kesempatan diatas jawatan yang disandang. Beliau juga menasihatkan mereka agar tidak melakukan perkara-perkara yang melanggar peraturan samada semasa berada di sekolah atau di luar kawasan sekolah. Mereka mesti menunjukkan teladan kepada semua pelajar lain.

Semua pengawas yang dilantik, hendaklah menyedari bahawa setiap orang daripada mereka mempunyai kelebihan dan keistemewaan yang tersendiri. Mereka perlu menyedari bahawa mereka mempunyai kebolehan untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Pihak sekolah telah memberi pengiktirafan bahawa mereka adalah seorang insan yang cemerlang. Justeru itu, mereka hendaklah terus berusaha untuk meningkatkan lagi pencapaian dari segi akademik, akhlak dan sahsiah diri. Mereka perlu berusaha untuk meningkatkan lagi personaliti diri. Mereka mesti sentiasa berpakaian kemas. Mereka mesti berkomunikasi dengan berkesan dengan semua guru dan pelajar. Mereka perlu berfikiran positif pada setiap masa. Mereka mesti membuktikan kepada semua orang bahawa mereka boleh menjadi pelajar yang cemerlang dengan mencapai keputusan yang baik dalam setiap peperiksaan yang diduduki.

Kes Benggang

Kes Benggang 1.

Dulu, semasa belum menjadi guru, aku ada lah buat kelas tambahan untuk pelajar-pelajar di kampung. Tempatnya di masjid. Ramai jugaklah pelajar yang jadi anak murid aku. Suatu hari, pada hari jumaat, lepas kelas waktu pagi, aku pun masuk lah ke tandas untuk qada hajat. Ada seorang pelajar aku ni, buat satu gurauan yang membuat aku benggang. Ketika aku berada di dalam tandas, dikuncinya pintu tandas daripada luar. Terkurunglah aku di dalamnya. Nak mintak tolong, mana ada orang. Masih awal lagi untuk orang datang solat jumaat. Lama jugak aku terkurung, ada lah lebih kurang 30 minit. Ada lah orang yang datang awal untuk solat jumaat, buka pintu tandas tu. Dah lah penat mengajar mereka, terkurung pulak di dalam bilik tandas. Hajat tu nak berehatlah sebentar selepas qada hajat. Benganggggggggggggg sungguh.

SMS PILIHAN - JANUARI 2010

Salam tuan/puan dijemput ke kampung garam buaya pada hari jumaat 15 januari 2010 jam 3 ptg. program kesihatan biodis n dlm masa yg sama dpt menjana pendapatan lumayan dlm usd 250-usd 4000 seminggu, bukan MLM, SKIM CEPAT KAYA, PELABURAN, luangkan masa utk membuat perubahan dlm hidup, kalu serious bleh jumpa sy di sana. tq. Rasul G4G.
Cg. Rasul, 10 jan 2010, 06:36 pm

Pohon hebahan. TEMUDUGA PENGAMBILAN TERBUKA (walk in) PELAJAR IKBN WAKAF TAPAI TRG. Pengambilan ke 2 kemasukan 12/1/2010. Kelayakan tamat tkt 5. Umur 18 - 30 th. Jurusan dtawarkan, Paip, Binaan & Gaya rambut. Pd/Th. 10.1.2010 (Ahad) jam 9.00 pagi. Tpt PBSD Besut, KRM Kg. Raja, Besut. Tk. Drp Mizan.
Mizan, 05 Jan 2010, 09:02 pm.

SMS PILIHAN - NOVEMBER 2009

Ass'kum kepada semua Ahlijawatankuasa MAYC Kawasan Besut.. Tuan/puan dijemput dan dikehendakki hadir ke mesyuarat Agong Penaja MAYC Kawasan Besut yang akan diadakan pada 4/12/09 (jumaat) jam 2.30 ptg di Pusat Perpaduan Seberang Jerteh (belakang R&R0. Pakaian baju koporat MAYC. Diharap tuan puan tidak menguzurkan diri kerana ia merupakan mesyuarat terakhir bagi JK yang melebihi umur 40th. Sekian, terima kasih. Drp Laili Ismail.
Laili bin Ismail, Pengerusi MAYC Kawasan Besut, 30/11/2009, 07:54 pm

SMS PILIHAN - DISEMBER 2009

Prgm memasak bubur asyura Sempena smbutan maal hijrah akan diadakan pada 26/12/09 jam 9 pg di perkarangan surau taman sri 100 perasmian oleh yb adun k besut. smua ajk dn mantan pemimpin mayc kwsn dan klab dijemput hadir. 1 kawah utk mayc.
Tg Nor Zaidan, SU MAYC Kwsn Besut, 25/12/2009, 12:25 pm

SALAM. BOSS, DUIT PENGAWAS DH MASUK KE? DLM AKAUN KAWE ADA DUIT RM415. TGK AKAUN DEME ADA X?
Mohd Khairi Anuar bin Hj Awang, SM Teknik Besut, 18/12/2009, 09:31 pm

LIVE FOR TODAY BY LEARNING FROM YESTERDAY, BUT AIM FOR TOMORROW BY PLANNING TODAY. WHATEVER LIVE SHALL BRING YOUR WAY. GIVE YOUR LEVEL THE BEST EVERYDAY. MAAL HIJRAH REGARD 1431.
Mek Baru bt Ahmad, 18/12/2009, 12:00 am