Kisah Benar

Terkunci Di Dalam Surau


Kisah ini terjadi pada pagi Hari Raya Aidil Adha Tahun 1431H (2010M). Biasanya, aku dan keluarga akan pulang ke rumah ibu mertuaku selepas solat sunat hari raya. Pada tahun ini, aku dan keluarga pulang pada malam hari raya. Aku bersama beberapa orang ahli keluarga pergi menunaikan solat sunat hari raya di surau kampung kami. Kami hanya berjalan kaki ke sana. Selepas selesai solat sunat hari raya, aku bersalam-salaman dengan semua ahli jemaah yang hadir.

Terkunci di dalam tandas.

Kisah Benar.

Terkunci di dalam tandas.

Kisah ini berlaku di dalam tandas kakitangan, di Blok B, SMA Maarif, Besut pada hari Selasa, 4 September 2012. Setelah menghantar pulang anak-anakku, aku terus menuju ke sekolah tanpa naik ke atas rumah. Aku perlu menghadiri kelas petang yang bermula pada jam 3.00 petang. Setelah meletak kereta, aku terus menuju ke tandas untuk qada hajat. Seperti biasa, aku menutup pintu tandas dan menguncinya. Setelah selesai qada hajat, aku menuju ke pintu. Alangkah terkejutnya aku, pemegang pintu telah patah. Aku tidak dapat membuka pintu dari dalam. Aku cuba beberapa kali untuk membukanya, tetapi gagal dan memang aku akan gagal membukanya.  Pintu hanya dapat dibuka dari luar sahaja.