Sebagai kejohanan peringkat kebangsaan, Majlis Perasmian Pembukaan telah dilangsungkan dengan penuh warna-warni. Acara ini telah diadakan di Dewan Tertutup, Majlis Sukan Negeri Pahang (SUKPA). Dimulai dengan perarakan masuk semua kontigen yang mengambil bahagian.
Kemuncak kejohanan ialah Majlis Perasmian Penutup oleh EXCO Negeri Pahang, wakil rasmi YAB Menteri Besar Pahang. Majlis telah diadakan pada jam 9.00 malam, hari Rabu, 5 Jun 2013 bertempat di Dewan Jubli Perak, Sultan Ahmad Shah. Turut diadakan ialah jamuan makan malam kepada semua yang terlibat dalam KESSUMA kali ini. Kemuncak majlis ialah penyampain piala pusingan kepada semua pasukan yang muncul sebagai juara bagi setiap acara yang dipertandingkan. Negeri Terengganu telah muncul sebagai Juara Keseluruhan setelah memenangai 3 Pingat Emas, 1 Pingat Perak, 3 Pingat Gangsa dan 2 Tempat Keempat.