KURSUS PSS DI MELAKA

Pada 17-20 Disember 2009, guru-guru Pusat Sumber Sekolah, daripada 10 buah SMA Terengganu telah menghadiri Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah di Hotel Orkid, Melaka Bandaraya Bersejarah. Pagi-pagi lagi, kami berkumpul di Hadapan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Kuala Terengganu. Lebih kurang jam 9.30 pagi, bas jabatan yang kami naiki bertolak menuju ke Melaka. Tuan Haji Sabri bin Mohamad, dari SMA Mahmudiah, Kuala Berang telah diberi amanah untuk menjadi ketua rombongan.

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Pada 28 - 30 Oktober 2009, aku bersama-sama Cikgu Mohd Azami bin Abd. Ghani, Cikgu Wan Zaki bin Mahmod dan Encik Makhtar bin Salleh telah menghadiri Seminar Pengukuhan Nilai bagi Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bertempat di Hotel Oriental Crystal, Kajang, Selangor.

Peperiksaan SPM Tahun 2009

Pada tahun 2009, aku telah dilantik sebagai Ketua Pengawas Peperiksaan SPM di Pusat TG021 - SMKA Wataniah, Alor Keladi, 22000 Jerteh, Terengganu. Aku dibantu oleh Ustaz Hasbullah bin Seman sebagai Timbalan Ketua Pengawas dan 9 orang pengawas. Semuanya, 4 orang pengawas lelaki dan 7 orang pengawas perempuan.

Pengawas lelaki terdiri daripada Ahmad Hasnullah bin Hasan dari SMKA Nurul Ittifaq, Kuala Besut dan Mohd Khairi Anuar bin Haji Awang dari SM Teknik, Besut. Pengawas perempuan pula ialah Puan Hanan bt Ab Rahman (SMA Maarif, Besut), Puan Hazwani bt A Kadir (SK Kuala Besut 2), Puan Noriha bt Abd Ghani (MRSM Kota Putra, Besut), Puan Rohana bt Endut (SMK Tengku Mahmud 2), YM Tuan Mariyah bt Tuan Yacob (SMK Tembila), Puan Zaharah @ Norlida bt Deraman (SK Kuala Besut 2) dan Puan Zaila bt Mat (SMA Maarif, Besut).

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009

Pada 14 November 2009 pula, aku telah menghadiri Sambutan Hari Q, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Pendidikan) 2009 bertempat di Dewan Besar, Sekolah Menengah Agama Marang, Marang, Terengganu. Aku telah diberi penghargaan untuk menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang oleh Yang Berhormat Encik Ahmad Razif bin Abd Rahman, EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu. Seramai 60 orang guru dan kakitangan telah dipilih untuk menerima APC bagi tahun 2009.

SMS PILIHAN - Oktober 2009

Ass'kum.. Dijemput semua AJK MAYC kawasan Besut ke Mesyuarat Agong X-1 Persatuan Belia Tok Saboh 29/10/09 mlm ini jam 9.00 mlm di Balairaya Lay out Tok Saboh. Pakaian baju koprat MAYC Besut. Tq.
Laili bin Ismail, Pengerusi MAYC Kawasan Besut, 29.10.09, 11:37 am

Ass'mualaikum,, Dengan hormatnya Saudara/i [J/K Penaja Koperasi Belia Glokal Besut Berhad] dijemput menyertai DIALOG PELABURAN DAN PERDAGANGAN SERTA SEMINAR SEKTOR PEMBUATAN DAN PERKHIDMATAN Wilayah Timur di Hotel Primula Beach pad 9hb November 2009. Anjuran: MIDA, K'jaan T'gganu, MITI, SME Corp Malaysia & SME Bank. Penyertaan adalah PERCUMA. Pendaftaran melalui melayari Laman Web www.mida.gov.my. SEBELUM 30 hb Okt 2009. Wassalam [PIN] - S/U Penaja Koperasi Belia Glokal Besut Berhad. "MAKLUMAT Adalah Kuasa." - YAB Dato' Seri Najid Tun Razak.
Ariffin bin Jusoh, 27.10.2009, 11:57 am

SMS PILIHAN

T kasi bnyk atas doa cgu razak kpd sy n keluarga smoga allah makbulkan n slmt ari raya maaf zahir batin.
Cg. Abd Ghani, Pusat Tuisyen Anggun, Jerteh, 21-09-2009, 04:55 pm

HiDP iNi iNDH JKa SGALANya KRN 'w'. SELamAT HaRi RAYa AiDiLfiTri muliA... DisUSun 10 jARI MohoN Kemaafan.. mGE BRgembra dlm meNYmbt hri keMENangan ini. dr DA, SUAMI N NADIAH HANAN.
+60129596706, 21-09-2009, 04:28 pm

GAMBAR DAN PERISTIWA - SMIP Kota Bharu, Kelantan

GAMBAR DAN PERISTIWA - Matrikulasi UKM Sesi 1979-1980



































































Gambar kenangan rakan-rakan matrikulasi UKM sesi 1979-1980





                                     










Suasana di dalam kelas semasa sesi persekolahan di waktu pagi.















Gambar ini dirakam pada hari keberangkatan DYMM Sultan Terengganu ke Sekolah Menengah Sains, Terengganu.
Kami, pelajar-pelajar matrikulasi ditugaskan untuk membantu guru-guru dan pihak sekolah untuk melancarkan program yang dijalankan.
Berdiri dari kiri: Mat Dol, Goyo, Hassan Mat (Sekarang: Doktor Perubatan), Aku, Latif, Mohd Norizan, Cikgu Aziz, ?, Amrah, ?, dan Anuar.

















Gambar kenangan semasa menunggu bas untuk ke masjid pada hari jumaat.
Biasanya kami bersolat jumaat di Masjid Kampung Buluh Gading atau Masjid Seberang Takir.
Duduk dari kiri: Zawawi dan Mohd Hamdan bin Abdullah.
Berdiri dari kiri: Mohd Hashim bin Yaakub, Aku, Mohd Sofi bin Mahmud, Mohd Kamal (Sekarang: Pensyarah di UKM Bangi), Roslan (Anak saudara Dato' Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan, (sekarang: Doktor Perubatan) dan Mohd Nasir.


















Gambar kenangan di dalam dorm sebelum ke masjid untuk solat jumaat.
Duduk di atas lantai: Roslan, Aku dan Mahasan.
Duduk di atas katil kiri: Mohd Yusof dan Zulkifli bin Salleh (dari Bachok, Kelantan, sekarang: Ahli Geologi Petronas).
Duduk di atas katil kanan : ?
Berdiri dari kiri: Mohd Kamal, Mohd Azmi dan Razali bin Omar.

 










Gambar yang dirakam semasa pulang dari sekolah.
Dari kiri: Mohd Hamdan bin Abdullah, Mohd Sofi bin Mahmud, Aku, Mahasan, Mustafa, Mohd Hashim bin Yaakub, Mutufaruddin dan Mohd Azmi (Dr)


























GAMBAR DAN PERISTIWA 1

























































































































Perjalanan Hidupku

Keterangan gambar atas:
Berdiri belakang dari kiri: Abd Aziz (Sekarang: ?), Abd Aziz bin Pilus (Sekarang: Pegawai Penyelidik Pertanian, di Kuantan, Pahang), L1, Adnan (Sekarang: ?), Aku la tu, Zawawi (Sekarang: Doktor Perubatan), Fong (Sekarang: ?), Rashidi (Sekarang: Guru di Machang, Kelantan).
Berdiri tengah dari kiri: Kamaruddin bin Mat Ali (Sekarang: Guru di SMA Sultan Ismail, Dungun, Terengganu), P1 - P7 dan Anuar (Sekarang: ?)
Duduk dari kiri: Nik Nor Hashimah (Sekarang: Doktor Perubatan di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu), P1, P2, Mr Tan (Guru Fizik), P3, P4 dan P5.

Gambar atas adalah pelajar kumpulan 2, Matrikulasi UKM, Sesi 1979 - 1980, di Sekolah Menengah Sains, Kuala Terengganu. Pelajar berasal dari negeri pantai timur iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang. Kami adalah pengambilan kedua Matrikulasi Sains UKM. Kepada sesiapa yang mengetahui tentang pelajar-pelajar yang terdapat di dalam kedua-dua gambar ini, sila hubungi saya dengan segera. Kerjasama dari tuan puan amat dihargai.

Keterangan gambar atas:
Berdiri belakang dari Kiri: Mohd Kamarul Amin bin Ismail (Sekarang: Pengarah Yayasan Terengganu), Hassan bin Mat (Sekarang: Doktor perubatan di Kuala Lumpur), Mohd Azmi bin Hassan (Sekarang: Doktor Perubatan di Kuala Terengganu), Razali bin Omar (Sekarang: ?), Mohd Hamdan bin Abdullah (Sekarang: Guru di SMK Putra, Besut), Goyo, ? , dan Mohd Nazir (Sekarang: ?)
Berdiri tengah dari kiri: MI Mustafa bin Ismail (Sekarang: ?), P1, P2, P3, P4, P5, P6 dan Amrah (Sekarang: ?).
Duduk dari kiri: P1, P2, P3, Mr Tan (Guru Fizik), Jayanthi (Sekarang: ?), P4 dan P5.
Gambar atas adalah pelajar kumpulan 1, Matrikulasi UKM, sesi 1979-1980 di Sekolah Menengah Sains, Kuala Terengganu. Pelajar-pelajar adalah berasal dari negeri pantai timur iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang. Kami adalah pengambilan kedua bagi Matrikulasi Sains UKM.

Keterangan gambar atas:
Duduk dari kiri: Hanapi (Sekarang: Doktor Perubatan di HUSM Kubang Kerian), P1,P2, Nik Azmi bin Nik Yusof (Sekarang: Doktor Perubatan), Cikgu Abd Hamid (Guru Tingkatan), Izani (Sekarang: ?), Mahadi (Sekarang: ?), P3 dan Azri (Sekarang: ?).
Berdiri barisan depan dari kiri:
Berdiri barisan tengah dari kiri: Mohd Zain (Sekarang: ?), L1, L2, Aziz (Sekarang: ?), Mohd Hasbi (Sekarang: ?), Mokhtar (Sekarang: Doktor Perubatan), ?, Rosdi (Sekarang: ?), ?, Zamri (Sekarang: ?).
Berdiri barisan belakang dari kiri:L1, Aziz (Siswazah UKM), Mohamad, Shamsuddin (Siswazah UKM), Wan Sulong (Siswazah UKM), L2 dan Aku

Gambar di atas adalah pelajar Tingkatan 5N1, tahun 1978,Sekolah Menengah Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. Kami adalah kelas pertama daripada 13 kelas aliran sains di sekolah ini.

SMS PILIHAN

Asskm kpd semua AMM KBKR... Tuan puan dijemput ke majlis berbuka puasa anjuran KBKR dan JKKK Kg. Raja pada 15/9/09 bertempat di balairaya kg raja (depan balaibomba). Di harap tuanpuan dapat hadir seawal jam 5.00 ptg utk membantu persiapan apa2 yg patut. Pakaian baju Melayu KBKR. Tq.
Laili bin Ismail , Presiden KBKR, 13-09-2009, 10:41 pm
Kpd semua AMM KBKR... Pada petang ini selepas Ansar, di minta tuan2 hadir ke balairaya depan bomba utk gotong royong bagi persiapan majlis berbuka puasa. Harap dapat menghadirkan diri dgn peralatan yg seuai. Tq..
Laili bin Ismail, Presiden KABKAR, 11-09-2009, 02:39 pm
MSRT KHAS AMM KABKAR MJLS BERBUKA PUASA 1430 H PERINGKAT KG. RAJA ANJURAN KABKAR DGN KERJASAMA UMNO CAW KG. RAJA & JKKK KG. RAJA JAM 9.45 MLM INI 7.9.09 BTMPT DIBALAI SERBAGUNA JKKK KG. RAJA HDPN BALAI BOMBA & PENYELAMAT KG. RAJA. KEHADIRAN WAJIB KESULITAN AMTLAH DKESALI. HRP MKLM. SEDIA MENURUT PERINTAH DR SU KHRMT SK- PRSDN KABKAR.. KG KITATGJWB KITA.,. 10Q.. SLMT MENJALANI IBADAH PUASA & SLM LEMBARAN AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.
Zulkarnain bin Mohd Zain, 07-09-09, 01:47 pm
Saya temui 1 vitamin yg trbaik d dunia - ranking no 1 dr 500 sykt MLM (catatan kualiti 96.1 pratus) - ssuai utk elak pnykt kronik, mgekal kshatan,elak stres, kekang wbak H1N1. http://www.usana.com/
+60139393500, 03-09-2009, 06:15 pm
Silp, k.lin br oyk exm form3 start kul 10.45 td.
Noor Fadhlaine binti Mohd Salleh, SMA Maarif, Besut, 2 Sept. 2009, 11:15 am.
Slm ayah. Bleh msuk duit, nk byr tket bas.
Nor Farihah binti Razak, Kolej Matrikulasi Johor, 2 Sept. 2009, 10:20 am.
Kita tengok giliran hantar juadah ke msjd tu sj tk perasan pula tentang ada lg notis lain. T.ksih kalu sdh mklum awal2lg...
Wan Abdullah bin Yusof (OKU) ~ 1 September 2009, 08:33 am
<+++++>
Salam... Kenapa ajk msjd bt tumboh tk sudi jemput org miskis hina, pekak bisu ke mjlis berbuka puasa d bln yg mulia ini. seingat saya, saya tiada musuh dgn org di kg bt tumboh. jkkk pk harun dn bekas polis dpn rmh saya tdk mklum apa2 kpd kluarga saya.
Wan Abdullah bin Yusof (OKU) ~ 1 September 2009, 08:14 am
<+++++>
Ass'kum.. Tuan2 & Puan di jemput dan di persilakan ke Program Sahur Rakyat Sempena Sambutan Ambang Merdeka 2009 yg akan di adakan pada 30/8/09 jam 11.30mlm di Dewan Terbuka Pej Penyelaras UMNO DUN k/putra. Program ini adalah anjuran UMNO DUN K/putra dan akan diresmikan oleh YB Pehimi Bin Yusof. Tq.
Encik Laili bin Ismail, ~ 29 Ogos 2009, 01:46 pm.
<%%%%%>
Taklimat vitamin trbaik d dunia [ranking no 1 dr 45 sykt] jam 10pg ini d dpan smk nur zahirahbsut, tngok keajaibannya
+60139393500, 08:26 am
<#####>
Jadilah seorang bapa yg cemerlang utk anak2, jadilah seorng suami yg gemilang utk isteri dan keluarga serta jadilah seorang hamba yg terbilang pada Allah yg maha esa. Selamat Hari Bapa. Moga panjang umur n murah rezeki.
Puan Mek Baru binti Ahmad, Desa Harmoni, Besut, Terengganu.
21 Jun 2009. 09:32 pm


Selamat Hari Bapa.. Terima kasih ats sgala pg0rbnan mndidik kami adk brdik.. M0ga sihat2 sllu.
Nor Farihah binti Razak, Kolej Matrikulasi Johor, Johor.
21 Jun 2009. 12:57 pm


YG MGHAFAZ ITU GURU SEJARAH, YG CAKAP BERBUNGA ITU GURU SASTRA, TERATUR AYATNYA GURU BM, GELAP KULITNYA GURU PJ, SOPAN ORGNYA GURU SIVIK, WARAK ORGNYA GURU AGAMA, PELIK ORGNYA GURU PS, POWER CAKAPNYA GURU BSAR, X PERNAH MARAH GURU KAUNSELING, HEBAT BHSANYA GURU ETEMS, BYK TUSENNYA GURU BI, BYK KLIMNYA GURU SBT, WALAU SIAPA PUN ANDA... SeLaMaT HaRi GURU.
Cikgu Rosli bin Salim, Sek Men Sains, Pekan, Pahang.
16 Mei 2009. 03:00 pm.


SELAMAT HARI GURU... TERUSKAN KECEMERLANGAN.. JASAMU TATAP DIKENANG.
TQ.
YB Haji Mohd Pehimi bin Mohd Yusof, ADUN Kota Putera, Besut.
16 Mei 2009.09:49 am

SEPAK TAKRAW

Dalam sukan sepak takraw, aku telah mendapat lesen sebagai pengadil peringkat Negeri Terengganu pada tahun 1996. Mulai dari tarikh itu, aku telah menjalankan tugas sebagai pengadil di beberapa kejohanan sepak takraw yang dianjurkan di Daerah Besut.

CERITA PENDEK

PAK NGAH DAUD

Al Fatihah dan hadiahkan kepada Allahyarham Daud bin Abas yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2006. Seorang insan biasa yang disenangi oleh ramai orang di Kampong Tasek Mengkuang, Besut dan beberapa kampong di sekitarnya. Sebabnya, ialah kesediaan Allahyarham untuk memberi pertolongan kepada sesiapa sahaja yang datang kepadanya. Beliau adalah seorang petani yang tidak tahu membaca dan menulis.
Sepanjang hayatnya, rumahnya tidak putus-putus dikunjungi oleh orang ramai. Beliau bukan sahaja boleh mengurut, malah boleh "meredakan" berbagai jenis penyakit seperti sakit perut, terseliuh dan gangguan tidur. Kebiasaannya, pesakit yang sama akan datang ke rumahnya beberapa kali kerana berpuas hati dengan "servis" yang diberikan.
Pak Ngah bukan sahaja memberi "servis" di rumahnya, tetapi tidak pernah menolak untuk merawat pesakit di rumah pesakit itu sendiri. Biasanya, Pak Ngah dijemput oleh keluarga pesakit. Sekiranya rumah pesakit dekat, Pak Ngah akan pergi dengan menunggang motosikal buruknya. Pak Ngah tidak pernah menolak apabila dijemput. Inilah kelebihan yang ada Pak Ngah. Malah isterinya, Mak Ngah Sinah, sentiasa membantu untuk mengingatkan Pak Ngah supaya memenuhi setiap jemputan pesakit. Kesediaan suami isteri ini untuk memberi sumbangan kepada pesakit amat dikagumi. Mak Ngah tidak pernah mengeluh dengan kesibukkan Pak Ngah.
Atas kesediaan Pak Ngah menolong orang ramai tanpa mengenal penat lelah, Allah SWT telah memberi rezeki yang banyak kepadanya. Satu demi satu bidang tanah sawah atau kebun (getah, buah-buahan) dapat dibeli oleh Pak Ngah secara tunai. Ke mana Pak Ngah pergi, ada saja orang yang menegurnya. Semasa Pak Ngah dirawat di Hospital USM Kubang Kerian, Kelantan, katilnya tidak putus-putus dikunjungi oleh orang ramai. Ada dikalangan kakitangan wad yang bertanya "pak cik kerja apa" kerana Pak Ngah dikunjungi oleh ramai pelawat pada setiap hari.
Pengajaran yang kita dapati ialah semakin ramai orang yang kita kenali, semakin bahagia dan semakin kayalah kita. Jangan berat tulang. Berilah pertolongan yang kita mampu kepada sesiapa sahaja, samada orang kita kenali atau tidak. Mereka adalah hamba Allah yang memerlukan pertolongan untuk membolehkan mereka hidup bahagia. Janganlah kedekut untuk memberi sumbangan wang, tenaga, atau buah fikiran untuk membahagiakan orang lain. Apabila mereka gembira dan bahagia, InsyaAllah, Allah SWT akan mencampakkan kegembiraan dan kebahagiaan kepada kita.

TEMPAT REKREASI


Di daerah Besut, terdapat beberapa tempat menarik untuk dikunjungi. Antaranya ialah Lata Belatan, Lata Tembakah, LA Hot Spring, Pulau Perhentian, Bukit Keluang dan Bukit Dendong.

LATA BELATAN





Lata Belatan terletak di Daerah Besut, Terengganu. Ia merupakan satu tempat rekrasi yang semakin popular di kalangan penduduk Pantai Timur, khususnya dan Malaysia, amnya. Di sini terdapat satu aliran air terjun yang sungguh menarik dan sesuai untuk mandi manda. Airnya yang cetek adalah selamat untuk kanak-kanak. Setiap hari, ramai pengunjung yang datang untuk menikmati keindahan dan kenyamanan alam ciptaan Allah SWT ini. Hari yang paling ramai pengunjung ialah hari Sabtu. Ini diikuti pada hari Jumaat. Kita boleh melihat ramai keluarga yang datang. Ayah, ibu dan anak-anak datang dengan membawa bekal makanan masing-masing. Mereka berkumpul di tepi sungai, di bawah pokok-pokok yang besar yang merupakan hutan simpanan kekal. Kawasan perkelahan ini dibawah penyeliaan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.



Di sini, terdapat puncak yang gunung yang saban hari didaki oleh pencinta alam dan gunung, Gunung Tebu. Puncaknya adalah 3401 kaki di atas permukaan laut. Setiap orang pendaki perlu berjalan sejauh 7088 meter dari Lata Belatan ke puncak Gunung Tebu. Setelah berjalan di sepanjang sungai sejauh 1350 meter, pendaki akan sampai di Sungai Cakah Dua, tempat permulaan untuk mendaki gunung ini. Setelah mendaki sejauh 4160 meter, pendaki akan sampai di Batu Mat Hassan, tempat rehat yang pertama. Pada jarak 4750 meter, pendaki akan sampai di Jendela Pandang, tempat rehat kedua. Setelah mendaki sejauh 4950 meter, pendaki akan berada di Punca Air. Bagi pendaki yang mempunyai kekuatan, mereka boleh meneruskan pendakian dan sampai ke puncak gunung yang beberapa kali telah ditakluki oleh Dato' Khalid Junus dan pasukan yang pernah mendaki Gunung Everest.



LATA TEMBAKAH


Lata tembakah terletak di kawasan Hulu Besut, lebih kurang 24 km dari Bandar Jerteh. Ia merupakan kawasan air terjun setinggi tujuh tingkat.




LA HOT SPRING



Satu lagi tempat rekrasi yang popular di daerah Besut ialah Air Panas LA atau lebih dikenali dengan panggilan LA Hot Spring. Ianya terletak di kawasan Hulu Besut, 40 km dari bandar Jerteh. Di sini, terdapat satu sumber air panas, yang dipercayai boleh menyembuhkan beberapa jenis penyakit.


Keunikan La Hot Spring ialah terletak air panas suam semulajadi yang keluar dari celah-celah batu. Terdapat kolam semulajadi dan beberapa kolam buatan manusia untuk menakung air bagi menampung jumlah pengunjung yang ramai pada satu-satu masa.

AGAMA

Hati Al-Qur'an ialah Yaasin. Sesiapa yang membaca surah Yaasin besar faedahnya. Sesiapa yang membaca surah Yaasin sekali pada malam hari, Allah SWT akan mengampunkan dosanya (dosa kecil) pada keesokkan harinya. Oleh yang demikian, saya mengajak semua pembaca supaya membaca surah Yaasin pada setiap malam.
Sesiapa yang membaca Bismillahirrahma nirrahim 21 kali sebelum tidur pada waktu malam, InsyaAllah Allah SWT menyelamatkan dia daripada gangguan manusia dan gangguan syaitan.

AKU DAN KELUARGAKU

Aku dilahirkan pada 1 Januari tahun 1961 dikampung Gerai, Jerteh, Besut, Terengganu oleh ibuku, Mek Sum binti Ahmad hasil perkongsian hidup dengan ayahku, Abd Rahman bin Merah. Mengikut kata ibu, aku dilahirkan pada bulan Rejab, lantas aku dinamakan Razak. Aku adalah anak bongsu daripada 5 orang adik-beradik, 4 lelaki dan seorang perempuan. Ayahku meninggal dunia di dalam satu kemalangan jalan raya pada bulan Ramadhan tahun 1990. Kemalangan ngeri yang mengorbankan 3 orang manusia ditempat kejadian di jalan berselekoh di Sungai Tong, Setiu, Terengganu. Ibuku meninggal dunia kerana sakit tua diusia 83 tahun di rumah kakakku, Fatimah binti Abd Rahman di Kampung Gerai.
Sekarang, aku hidup bahagia bersama isteri, Mek Baru binti Ahmad dan 5 orang cahaya mata, 2 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Kami tinggal di dalam sebuah rumah banglo di 2311, Desa Harmoni, Jalan Batu Tumboh, Kampong Raja, Besut, Terengganu. Isteriku adalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Ini adalah pilihanku kerana rumah tangga akan dapat diuruskan dengan lebih baik. Walaupun pendapatanku tak lumayan, tapi aku mampu membeli dua buah kereta "second hand". Kereta Proton Wira bernombor TR 4842 untuk kegunaan isteriku, dibeli dengan pinjaman kerajaan negeri Terengganu. Aku pula memandu kereta Proton Waja yang dibeli melalui syarikat kewangan, AM Bank.

AKU SEKARANG

Sekarang, aku bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Agama Maarif, Kampong Raja, Besut, Terengganu. Aku mula bertugas di sekolah ini pada 1 Jun 1995 setelah ditukarkan dari Sekolah Menengah Agama Wataniah, Alor Keladi, Jerteh, Besut, Terengganu (sekarang dikenali dengan SMKA Wataniah). Aku mengajar mata pelajaran Matematik Tambahan untuk pelajar tingkatan 4 dan 5.

Selain mengajar, aku juga diberi kepercayaan untuk memegang jawatan Setiausaha Jadual Waktu dan Ketua Penasihat Makmal Komputer sekolah. Dalam bidang sukan, aku dilantik sebagai Pengurus dan Jurulatih Sepak Takraw sekolah. Pada tahun 2008, aku telah diberi kepercayaan untuk melatih pasukan sepak takraw SMA Terengganu ke Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia, Peringkat Zon Utara dan Timur (KESSUMA) kali ke-9 yang diadakan pada 1 - 5 Jun 2008 di Universiti Teknologi MARA, Seri Iskandar, Perak.

Negeri-negeri yang terlibat ialah Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu. Acara-acara yang dipertandingkan ialah bola sepak, bola tampar, sepak takraw, badminton dan ping pong bagi kategori lelaki. Sementara bagi kategori perempuan pula terdiri daripada bola jaring, bola tampar, badminton dan ping pong. Kontijen Terengganu telah menghantar 146 orang peserta yang terdiri daripada 30 orang pegawai lelaki, 5 orang pegawai perempuan, 62 orang peserta lelaki dan 42 orang peserta perempuan.

KAMPONG GERAI

Kampong Gerai terletak lebih kurang 5 km dari Bandar Jerteh, Besut, Terengganu. Ianya terletak di pinggir jalan utama Kuala Terengganu - Kota Bharu Kelantan. Sebahagian besar daripada penduduknya adalah petani, terutamanya penanam padi. Sekarang ini, sudah terdapat ramai pelajar dari kampong ini yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Sudah terdapat ramai dari mereka yang telah berjaya menjawat jawatan penting di dalam jabatan atau agensi kerajaan. Sebahagian besar daripada mereka bertugas sebagai guru. Taraf hidup penduduk kampung ini telah meningkat dari setahun ke setahun.
Terdapat dua jabatan kerajaan yang menambahkan populariti kampung ini, Jabatan Pertanian dan Lembaga Kemajuan Terengganu Utara (KETARA). Ramai daripada penduduknya yang mendapat peluang pekerjaan di sini, sama ada sebagai pekerja tetap atau sementara atau kontrak.
Satu lagi mercu tanda kampung ini ialah masjid, yang menjadi salah satu masjid yang dikunjungi oleh penumpang-penumpang bas express dari atau ke Kota Bharu untuk mengerjakan solat terutama solat subuh.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430H.

9 Mei 2009 : Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430H telah diadakan pada hari ini.

Aku adalah seorang Ahli Majlis Mesyuarat, Kelab Belia Kampong Raja, Besut, Terengganu. Terdapat beberapa aktiviti tahunan yang dijalankan oleh kelab kami. Salah satu daripadanya ialah sambutan maulidur rasul. Pada tahun 2009, bersamaan 1430H, sambutan ini telah diadakan pada 9 Mei 2009.

Acara dimulakan dengan perhimpunan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. Majlis dimulai dengan bacaan doa, diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an, ucapan oleh Presiden kelab, ucapan perasmian oleh YB kawasan kami. Setelah semuanya selesai, perarakan dimulakan dengan diiringi dengan bacaan salawat kepada junjungan besar Rasulullah SAW. Jarak perarakan adalah lebih kurang 3 km sahaja di sekitar Pekan Kampong Raja. Sepanjang perarakan, setiap pasukan akan diadili oleh para juri yang dilantik untuk memilih pasukan terbaik.