TEMPAT REKREASI


Di daerah Besut, terdapat beberapa tempat menarik untuk dikunjungi. Antaranya ialah Lata Belatan, Lata Tembakah, LA Hot Spring, Pulau Perhentian, Bukit Keluang dan Bukit Dendong.

LATA BELATAN





Lata Belatan terletak di Daerah Besut, Terengganu. Ia merupakan satu tempat rekrasi yang semakin popular di kalangan penduduk Pantai Timur, khususnya dan Malaysia, amnya. Di sini terdapat satu aliran air terjun yang sungguh menarik dan sesuai untuk mandi manda. Airnya yang cetek adalah selamat untuk kanak-kanak. Setiap hari, ramai pengunjung yang datang untuk menikmati keindahan dan kenyamanan alam ciptaan Allah SWT ini. Hari yang paling ramai pengunjung ialah hari Sabtu. Ini diikuti pada hari Jumaat. Kita boleh melihat ramai keluarga yang datang. Ayah, ibu dan anak-anak datang dengan membawa bekal makanan masing-masing. Mereka berkumpul di tepi sungai, di bawah pokok-pokok yang besar yang merupakan hutan simpanan kekal. Kawasan perkelahan ini dibawah penyeliaan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.



Di sini, terdapat puncak yang gunung yang saban hari didaki oleh pencinta alam dan gunung, Gunung Tebu. Puncaknya adalah 3401 kaki di atas permukaan laut. Setiap orang pendaki perlu berjalan sejauh 7088 meter dari Lata Belatan ke puncak Gunung Tebu. Setelah berjalan di sepanjang sungai sejauh 1350 meter, pendaki akan sampai di Sungai Cakah Dua, tempat permulaan untuk mendaki gunung ini. Setelah mendaki sejauh 4160 meter, pendaki akan sampai di Batu Mat Hassan, tempat rehat yang pertama. Pada jarak 4750 meter, pendaki akan sampai di Jendela Pandang, tempat rehat kedua. Setelah mendaki sejauh 4950 meter, pendaki akan berada di Punca Air. Bagi pendaki yang mempunyai kekuatan, mereka boleh meneruskan pendakian dan sampai ke puncak gunung yang beberapa kali telah ditakluki oleh Dato' Khalid Junus dan pasukan yang pernah mendaki Gunung Everest.



LATA TEMBAKAH


Lata tembakah terletak di kawasan Hulu Besut, lebih kurang 24 km dari Bandar Jerteh. Ia merupakan kawasan air terjun setinggi tujuh tingkat.




LA HOT SPRING



Satu lagi tempat rekrasi yang popular di daerah Besut ialah Air Panas LA atau lebih dikenali dengan panggilan LA Hot Spring. Ianya terletak di kawasan Hulu Besut, 40 km dari bandar Jerteh. Di sini, terdapat satu sumber air panas, yang dipercayai boleh menyembuhkan beberapa jenis penyakit.


Keunikan La Hot Spring ialah terletak air panas suam semulajadi yang keluar dari celah-celah batu. Terdapat kolam semulajadi dan beberapa kolam buatan manusia untuk menakung air bagi menampung jumlah pengunjung yang ramai pada satu-satu masa.