AKU DAN KELUARGAKU

Aku dilahirkan pada 1 Januari tahun 1961 dikampung Gerai, Jerteh, Besut, Terengganu oleh ibuku, Mek Sum binti Ahmad hasil perkongsian hidup dengan ayahku, Abd Rahman bin Merah. Mengikut kata ibu, aku dilahirkan pada bulan Rejab, lantas aku dinamakan Razak. Aku adalah anak bongsu daripada 5 orang adik-beradik, 4 lelaki dan seorang perempuan. Ayahku meninggal dunia di dalam satu kemalangan jalan raya pada bulan Ramadhan tahun 1990. Kemalangan ngeri yang mengorbankan 3 orang manusia ditempat kejadian di jalan berselekoh di Sungai Tong, Setiu, Terengganu. Ibuku meninggal dunia kerana sakit tua diusia 83 tahun di rumah kakakku, Fatimah binti Abd Rahman di Kampung Gerai.
Sekarang, aku hidup bahagia bersama isteri, Mek Baru binti Ahmad dan 5 orang cahaya mata, 2 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Kami tinggal di dalam sebuah rumah banglo di 2311, Desa Harmoni, Jalan Batu Tumboh, Kampong Raja, Besut, Terengganu. Isteriku adalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Ini adalah pilihanku kerana rumah tangga akan dapat diuruskan dengan lebih baik. Walaupun pendapatanku tak lumayan, tapi aku mampu membeli dua buah kereta "second hand". Kereta Proton Wira bernombor TR 4842 untuk kegunaan isteriku, dibeli dengan pinjaman kerajaan negeri Terengganu. Aku pula memandu kereta Proton Waja yang dibeli melalui syarikat kewangan, AM Bank.