Walk4BN

mat nor
Menteri Besar Terengganu,  Dato’ Seri Haji Ahmad Said telah bersetuju untuk menjayakan Walk For BN sebagai manifestasi sokongan kepada seorang penyokong Barisan Nasional (BN) Mohd Noor Mat, 48 tahun, yang berhasrat menunaikan nazar beliau untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Kuala Lumpur jika calon BN menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut. Kini  ternyata BN telah memenangi pilihanraya kecil itu dengan majoriti cemerlang 2,592 menewaskan calon Pas.

Mohd Noor yang juga seorang kakitangan  kerajaan negeri (Yayasan Islam Besut) beberapa hari sebelum berlangsungnya PRK Kuala Besut ada menyatakan bahawa beliau bernazar untuk berjalan kaki sejauh 600 kilometer sebagai tanda kesyukuran jika calon BN berjaya mengekalkan kerusi berkenaan.

Dato’ Seri Haji Ahmad dalam satu pertemuan dengan Mohd Noor di Pejabat Menteri Besar hari ini, 28 Julai 2013 bersetuju Walk For BN sebagai menifestasi kejayaan cemerlang BN dalam PRK Dun Kuala Besut 24 Julai baru-baru ini.

Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman telah dipilih oleh rakyat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, menggantikan Allahyarham Dr.A Rahman Mokhtar yang telah meninggal dunia. Kemenangan itu menurut Menteri Besar amat bermakna agar kerajaan BN yang sedang mengurus tadbir negeri untuk faedah rakyat Terengganu tidak diganggu-gugat oleh pihak pembangkang. Menurut Menteri Besar, ia (berjalan kaki)  bolehlah bermula dari Kuala Besut sampai ke Kuala Lumpur sama ada di Putrajaya ataupun di PWTC.

“Ia boleh merangsangkan lagi ke arah sokongan yang padu kepada BN dan akan berusaha memasukkannya ke dalam Malaysian Book of Record,” katanya kepada Terengganu Today. Berjalan kaki lebih 600 kilometer ini adalah suatu pencapaian yang luar biasa,” katanya. Difahamkan Mohd Noor akan berjalan 60 kilometer sehari dan dijangka memakan masa 12 hari untuk sampai ke Kuala Lumpur dari Kuala Besut.

Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan tarikh yang sesuai daripada Y.A.B Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd.Najib untuk menyambut Walk For BN oleh penyokong BN ,Mohd Noor itu.
Terengganu Today akan menjadi portal rasmi  untuk mempromosikan Walk For BN, malah akan turut menjadi urusetia perlaksanaannya di bawah kelolaan Yang Berbahagia Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda.

Percutian di Cameron Highlands Tahun 2013

Aku dan keluarga berkesempatan untuk bercuti di pusat peranginan Cameron Highlands pada 13 - 15 Jun 2013. Kami bertolak dari rumah pada jam 10.00 pagi. Setelah berhenti untuk mengisi minyak kereta di Stesen Petronas Jerteh, kami meneruskan perjalanan. Kami berhenti rehat sebentar di R&R Gua Musang pada jam 12.00 tengahari. Selepas itu kami meneruskan perjalanan dan sampai di Rumah Peranginan Persekutuan pada jam 3.30 petang. Setelah mendaftar masuk ke Appartment Melor 2, kami menikmati makan tengahari (nasi bungkus berlauk ayam kampung yang kami beli di kedai di Kampong Jawek, Jerteh).

KESSUMA 2013

Pada tahun 2013, aku sekali lagi dilantik sebagai Pengurus Pasukan Sepak Takraw KESSUMA Negeri Terengganu. Kejohanan kali ke-14 ini dilangsungkan pada 2 - 6 Jun 2013 bertempat di UIAM, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Kejohanan kali ini melibatkan semua negeri di Malaysia (13 buah negeri). Hanya Sarawak yang tidak menghantar peserta.

K'Teh Ke Matrikulasi Kedah

Anakku yang keempat, Nor Hazwani (panggilan mesra, K'Teh) telah mendapat tawaran belajar di Kolej Matrikulasi Kedah, Changloon. Tarikh pendaftaran ialah pada 27 Mei 2013. Aku dan keluarga bertolak ke Kedah pada 26 Mei 2013. Jalan yang kami lalui adalah Jerteh - Jeli - Grik - Sungai Petani - Alor Setar.

Dalam perjalanan, kami berhenti rehat di Stesen Petronas Jeli. Pastinya masuk tandas untuk qada hajat. Lepas tu membeli makanan ringan.  Hentian Titiwangsa adalah tempat rehat yang kedua. Ramai orang berehat di sini. Kemudahan yang disediakan adalah memuaskan. Kami mengambil peluang untuk bergambar kenangan berlatarbelakangkan bukit-bukit. Pemandangannya indah sekali. Suhu juga boleh tahan. Terasa macam berada di Cameron Highlands.

Aktiviti Harian Bulan Mei 2013

AHAD, 5 MEI 2013
  • Ke Pejabat Daerah Besut untuk mengambil peti undi. 
  • Bersama Tuan Ismail (Kerani Pengundian) dan Koperal Basir ke SMK Nasiruddin Shah (Pusat Mengundi).
  • Menjalankan tugas sebagai Ketua Tempat Mengundi (KTM) di saluran 1.
  • Pengundian dimulakan pada jam 8.00 pagi.
  • Undian ditutup pada jam 5.00 petang.
  • Pengiraan undi dijalankan pada jam 5.15 petang.
  • Bergerak ke Dewan MDB Gong Kemuntong (Tempat Penjumlahan Undi) bersama Tuan Ismail dan Koperal Basir.
  • Menyerahkan Sampul 7 yang mengandungi Borang 14 kepada Pegawai Penolong Pengurus SPR.
  • Kembali ke rumah dan berehat.

Aktiviti Harian Bulan April 2013

SELASA, 30 APRIL 2013.
  • 10.30 pagi : Bertolak ke Pusat Latihan Kecemerlangan Pendidikan (PLKP) untuk menjalankan tugas sebagai pemilih pemain Sepak Takraw KESSUMA Terengganu Tahun 2013. (Hari Pertama)
  • 12.00 tengahari : Melapor diri di PLKP. Berehat di bilik penginapan.
  • 2.00 petang : Menghadiri taklimat kepada semua pelajar yang hadir sesi pemilihan oleh Tuan Haji Mohamad Rani bin Mohamad, Kem Komandan.
  • 2.30 petang : Mendaftar pemain sepak takraw yang hadir (24 orang) dan memberi taklimat kepada mereka.
  • 5.00 petang : Sesi pemilihan dijalankan bersama Ustaz Mohd Nasir bin Tahir (Jurulatih Sepak Takraw).
  • 7.00 malam : Berehat di bilik penginapan.

Kursus Pemantapan Fasilitator SMA Terengganu 2013

Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu telah mengadakan kursus ini pada 14 - 16 Mac 2013. Kursus yang dihadiri oleh 40 orang kauselor dan fasilitator ini telah diadakan di Dewan Sumai Murni, Sumai Hotel Apartment, Kuala Terengganu. Aku adalah salah seorang fasilitator yang turut dipilih untuk menyertainya. 

Kenapa Melayu Masih dihormati?

Kenapa Melayu Masih dihormati?

Pada 3 Mac 2013, parlimen telah dibubarkan. Pada hari Rabu, 10 April 2013, SPR telah mengumumkan bahawa PRU13 akan berlangsung pada hari Ahad, 5 Mei 2013. Manakala hari penamaan calon telah ditetapkan pada hari Sabtu, 20 April 2013. Tanda tanya terjawab. Sama ada BN akan kekal berkuasa atau tidak, hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.  Semua parti yang mahu bertanding, besar atau kecil, lama atau baharu, yakin akan menang. Perasan, sedangkan kajian tidak dilakukan.

Beri Undi Kepada PAS haram?

TUMPAT 12 Feb. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan bahawa memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah haram.

Bahaya Kanta Lekap


LAMBAKAN kanta lekap murah di pasaran mahupun dalam talian (online) nyata membuatkan mereka yang ‘gila’ fesyen berpusu-pusu memilikinya tanpa menyedari kesan sampingan yang amat berbahaya terhadap mata mereka.

Fakri Dapat Kepercayaan 90 Minit

TERHARU, suka dan gembira yang tidak dapat saya gambarkan di sini. Tarikh keramat 13 Januari 2013 menyaksikan saya buat pertama kalinya disenaraikan sebagai pemain dan juga beraksi di bumi Portugal.Bukan 10 minit atau 15 minit yang saya sasarkan... Tetapi diberikan kepercayaan dalam kesebelasan utama dan dapat beraksi untuk sepenuh masa.
Syukur Alhamdulillah tidak terkira... Berkat doa keluarga dan juga rakyat Malaysia yang sentiasa tidak putus-putus memberikan dorongan kepada saya.

Perkembangan Islam di Seluruh Dunia

TERNYATA kini banyaknya buku-buku mengenai Islam dalam bahasa Inggeris. Lalu dicatat oleh Profesor John Esposito: "Ramai percaya bahawa pada peringkat pertengahan pertama abad ke-21 Islam akan menjadi agama kedua terbesar di Amerika. Beliau ialah Ketua Editor Oxford Encylopedia of the Modern Islamic World dan The Oxford History of Islam. Menurutnya kira-kira enam juta warga Islam di Amerika kini lebih ramai dari golongan Episcopalian.
Lebih 2,100 masjid dan pusat-pusat Islam telah dibina di serata tempat di Amerika di pekan-pekan kecil dan perkampungan serta bandar-bandar besar. Ini kerana warga Islam telah berada di Amerika sejak abad ke-19 lagi. Kedatangan mereka dari waktu Columbus termasuk golongan Moriscos (Islam Sepanyol) selain dari hampir 20 peratus hamba abdi Afrika walaupun ada yang kemudian dipaksa masuk agama Kristian. Yang lain ialah warga India dan Arab.
Masyarakat Islam paling ramai kini ialah di New York, Boston, Chicago, Los Angeles, Houston, Detroit dan Toledo. Pelbagai hal mengenai kehadiran mereka kian terserlah berikutan peristiwa-peristiwa termasuk revolusi Iran, Perang Teluk Parsi dan peristiwa-peristiwa di Pakistan. Sementara itu bilangan warga Islam di Eropah Barat telah meningkat daripada 10 hingga 15 juta. Paling ramai ialah di negara Perancis, Jerman dan Britain. Bilangan kecil ialah di negeri Sepanyol, Belanda, Sweden, Denmark, Norway dan Austria. Paling ramai warga Islam di Eropah ialah di negeri Perancis sejumlah lima juta. Masjid-masjid besar telah dibina di Paris dan Lyons.


Jangan Nodai Kesucian Allah dan Islam

Jangan Nodai Kesucian Allah dan Islam
(Prof Madya Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah - UM 12 Jan 2013)

Akhbar dan wartawan ultra kiasu terus menerus memainkan sentimen kalimah Allah. Mereka sanggup lakukan apa sahaja, bagi memastikan isu ini berpihak kepadanya. Cara yang paling mudah mendapat sokongan dan simpati, dengan menelefon dan menemu bual pemimpin-pemimpin bukan Islam dan peguam-peguam ultra kiasu untuk mendapatkan pandangan mereka dan seterusnya mensensikan isu ini. Orang yang tidak pro kepada agenda licik mereka, tidak akan dihubungi. Malang sekali, kita terikut-ikut sama mengikut rentak tari yang dimainkan.
Misalnya, ada yang mencadangkan agar lagu negeri Selangor diubah kerana kalimah Allah ada di situ. Tindakan ini dilakukan, sebagai sindiran tindakan umat Islam yang melarang penggunaan kalimah suci ini. Ternyata, dari segi logiknya, kedua isu ini berbeza. Lagu negeri Selangor mempunyai sejarahnya tersendiri. Kenapa kalimah Allah terdapat lagu tersebut juga ada sebab musababnya? Sejak dahulu lagi bukan Islam tidak selesa menyebutnya, kerana mereka tahu Allah itu adalah Tuhan umat Islam. Mereka terpaksa akur kerana mereka rakyat negeri Selangor. Namun, apabila isu ini timbul, lain pulak ceritanya. Yang tidak selesa menjadi selesa pula. Masihkah kita buta? Perintah raja selaku ketua agama Islam sudah diabaikan. Mereka menjadi semakin kurang ajar.