Mesyuarat Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Persatuan Alumni EX SSN Tahun 2024

27 April 2024 (Sabtu) : Aku menghadiri mesyuarat di atas yang diadakan di Bilik Gerakan, SMK Seri Nering, Jertih. Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh Haji Wan Rusdi Ismail, Pengerusi Persatuan dan Haji Zahari,Pengetua sekolah. Mesyuarat membuat keputusan untuk mengadakan majlis tersebut pada hari Sabtu, 11 Mei 2024, jam 11.00 pagi hingga 3 petang bertempat di Dewan Besar, SMK Seri Nering.

Mesyuarat juga bersetuju untuk menjemput penyanyi Aming Spring untuk menyampaikan beberapa buah lagu popular beliau sepanjang majlis berjalan. Aming merupakan salah seorang Alumni sekolah ini.

Mesyuarat juga bersetuju untuk menjemput mantan EXCO Negeri Terengganu, Haji Nawi bin Mohamad untuk menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis ini. Haji Nawi adalah Penaung Persatuan Alumni EX SSN.

Mesyuarat Agung Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Daerah Besut

13 Mei 2023 (22 Syawal 1444H)(Sabtu) : Aku menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Daerah Besut dan Sambutan Hari Raya Eidul Fitri 1444H bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kg. Raja, Besut, Terengganu. Mesyuarat kali ke 9 ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Muhammad Pehimi bin Yusof, ADUN Jertih.

Bersama Anak dan Cucu Saudara

7 Mei 2023 (Ahad) : Aku dapat bertemu dan berbual mesra dengan anak-anak dan cucu-cucu saudara di rumah kakakku, Fatimah bt Abd Rahman di Kampong Gerai, Besut, Terengganu. Mereka ialah anak dan cucu kepada abang sulong aku, Muhammad Nor bin Abd Rahman.