Majlis Perkahwinan Cikgu Farini

8 Disember 2018 (Sabtu) - Aku dan isteri menghadiri majlis perkahwinan Cikgu Farini (anak saudara kepada Cikgu Che Daud) di rumah ibunya di Kampung Air Terjun, Jertih, Besut, Terengganu. Secara kebetulan, kami bertemu dengan Cikgu Muhammad Azmi bin Hassan dan isteri barunya.

Majlis Perkahwinan Hamidah

8 Disember 2018 (Sabtu) - Majlis perkahwinan anak saudaraku, Hamidah binti Mohamed Nor telah diadakan pada hari ini bertempat di rumah ibunya di Kampung Kerandang, Jertih, Besut, Terengganu. Majlis akad nikah telah selamat dijalankan pada jam 9.30 malam hari Jumaat, 7 Disember 2018. Hamidah bertemu jodoh dengan Ahmad Rafie bin Mohd Eusoff yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Majlis Pertunangan Tuan Muiz

24 November 2018 : Aku dan keluarga menghadiri majlis pertunangan anak saudara, Tuan Muiz di rumah bakal isterinya di Melor, Kelantan.

Jamuan Akhir Tahun Kelab Warga SMA Maarif 2018

8 November 2018 (Khamis) - Jamuan Akhir Tahun Kelab Warga Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut telah diadakan pada jam 1.00 tengahari bertempat di Isma Cafe, Alor Keli, Besut, Terengganu.

Majlis Konvokesyen Nor Hazwani

27 Oktober 2018 (Sabtu) - Jam 3.00 petang hari ini, majlis konvokesyen untuk Kak Teh dan suami, Nik Azri telah berlangsung di Dewan Ilmu, UNIMAP, Perlis.

Majlis Perkahwinan Syidah

25 Ogos 2018 (Sabtu) : Aku dan keluarga menghadiri majlis perkahwinan anak saudara, Syidah di Kampong Cheh, Kati, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridhwan.

Bertemu Kawan Sekelas

20 Ogos 2018 (Isnin) - 8.30 malam : Aku berjumpa dengan Mohd Razali bin Mahmood, kawan sekelas 5N1 tahun 1978, Sekolah Menengah Ismail Petra (SMIP), Kompleks Sekolah-Sekolah, Wakaf Mek Zainab, Kota Baharu, Kelantan. Pertemuan yang tak dirancang ini berlaku di Restoran Sala Thai, Kampong Apal, Jerteh, Terengganu. Razali bersama keluarganya dalam perjalanan pulang ke Kota Baharu.

Bersantai di Kolam Ikan Patin Mohd Noji

20 Ogos 2018 (Isnin) : Aku dan keluarga menjalankan aktiviti mengail di kolam ikan patin Mohd Noji bin Hassan di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau, Pahang.

Majlis Perkahwinan Nadeeya & Muhammad Syahir

19 Ogos 2018 (Ahad) : Hari ini, aku dan keluarga menghadiri Majlis Perkahwinan Nur Natasya Nadeeya bt Mohd Rafi (Nadia) dan Muhammad Syahir bin Mohd Shabry telah berlangsung di Dewan Besar, Institut Pertanian Serdang, Selangor. Nadeeya adalah anak sulung kepada anak saudaraku, Noorliha binti Mat Ali.

Kunjungan ke rumah besan di Bandar Selayang Baru

18 Ogos 2018 (Sabtu) : Aku dan isteri berkunjung ke rumah besan di Bandar Selayang Baru, Selangor.

Mesyuarat Kluster PSS PKG Raja Kali Kedua 2018

6 Ogos 2018 (Isnin) : Mesyuarat Kluster PSS PKG Raja Kali Kedua 2018 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Seminar, PKG Raja, Alor Lintang, Besut.

Kematian Nor Laila binti Mat Ali

14 Mei 2018 (Isnin) - Norlaila binti Mat Ali, anak saudara aku telah meninggal dunia disebabkan kemalangan pada jam 11.45 pagi hari ini. Kemalangan berlaku di hadapan rumah ibunya, Fatimah binti Abd Rahman. Beliau yang menunggang motosikal dilanggar oleh sebuah kereta Produa Viva dari arah belakang. Beliau meninggal di tempat kejadian. Beliau, motosikal dan kereta telah jatuh ke dalam parit. Mayat beliau telah dihantar ke Hospital Daerah Besut, Jerteh pada jam 1.00 petang. Post mortem telah dijalankan oleh Dr Ahmad Kamaluddin bin Rusli pada jam 4.30 petang. Jenazah telah disembahyangkan di Masjid Al Falah, Kampong Gerai pada jam 10.00 malam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampong Gong Bukit Kenak pada jam 10.30 malam. Arwah pernah berkahwin tetapi telah bercerai dan tidak mempunyai anak.

PRU14

9 Mei 2018 (Rabu) - Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) diadakan hari ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang di seluruh negara.

Khidmat Bantu PSS Di SK Pasir Akar

6 - 7 Mei 2018 : Aku dan tujuh orang GPM sekolah-sekolah Daerah Besut mengadakan Khidmat Bantu PSS di SK Pasir Akar. Kumpulan kami diketuai oleh seorang Pegawai dari PKG Durian Burung, Terengganu.

Percutian di Sungai Petani, Kedah

26 April 2018 - Aku dan keluarga bercuti ke Sungai Petani, Kedah pada 26 - 28 April 2018.

Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Encik Mohd Senin

31 Mac 2018 (Sabtu) : Aku dan isteri menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Encik Mohd Senin bin Tawaf (besan) di Dewan Sri Murni, SMK Raja Abdullah, Jalan Jambu, Jinjang Selatan, Kuala Lumpur.

Majlis Sambut Menantu Azmah Hasan

23 Mac 2018 (Jumaat) : Aku, isteri dan ahli group SSN 1978 turut memeriahkan Kenduri Kesyukuran Puan Azmah binti Hasan sempena Majlis Menyambut Menantu.

Menziarahi Cikgu Marina di Perdana Medical Centre, Kota Bharu

21 Mac 2018 : Aku dan isteri menziarahi Cikgu Marina binti Muda yang mendapat rawatan di Perdana Medical Centre, Kota Bharu, Kelantan.

Program Santai GPM PKG Raja 2018

9 Mac 2018 (Jumaat) - Program Santai Guru-Guru Perpustakaan dan Media (GPM), Pusat Kegiatan Guru (PKG) Raja telah diadakan pada hari ini bertempat di Pantai Bukit Keluang, Besut. Program yang dihadiri oleh sebahagian besar GPM dimulakan selepas solat fardhu Jumaat.

Percutian Di Cameron Highland Tahun 2018 (Hari Keempat)

1 - 4 Mac 2018 - Aku dan keluarga bercuti di Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur. Kami menginap di Appartment Melor 1, Rumah Peranginan Persekutuan.

HARI KE EMPAT - 4 MAC 2018 (AHAD)

Percutian Di Cameron Highland Tahun 2018 (Hari Ketiga)

1 - 4 Mac 2018 - Aku dan keluarga bercuti di Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur. Kami menginap di Appartment Melor 1, Rumah Peranginan Persekutuan.

HARI KETIGA - 3 MAC 2018 (SABTU)

Percutian Di Cameron Highlands Tahun 2018 (Hari Kedua)

1 - 4 Mac 2018 - Aku dan keluarga bercuti di Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur. Kami menginap di Appartment Melor 1, Rumah Peranginan Persekutuan.

HARI KEDUA - 2 MAC 2018 (JUMAAT)

Percutian Di Cameron Highland Tahun 2018 (Hari Pertama)

1 - 4 Mac 2018 - Aku dan keluarga bercuti di Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur. Kami menginap di Appartment Melor 1, Rumah Peranginan Persekutuan.

HARI PERTAMA - 1 MAC 2018 (KHAMIS)

Majlis Kenduri Perkahwinan Anak Maimun

22 Februari 2018 (Khamis) - Aku dan isteri menghadiri majlis kenduri perkahwinan anak Maimun bt Muhamad di Kampung Gong Tengah, Kampung Baharu, Jerteh.

Mesyuarat Pengurusan Aktiviti PSS SMA Terengganu Tahun 2018

8 Februari 2018 (Khamis) - Aku telah menghadiri Mesyuarat Pengurusan Aktiviti Pusat Sumber Sekolah SMA Terengganu Tahun 2018 di Bilik Mesyuarat, Bahagian Pendidikan JHEAT, Kuala Terengganu.

Sarapan Pagi di Rumah Che Johan

26 Januari 2018 (Jumaat) - Aku dan isteri menghadiri sarapan pagi di rumah Che Johan Che Mat di Kampong Padang Luas Dalam.