Menginap di Hotel Grand Puteri Kuala Terengganu

25 - 29 Disember 2017, aku dan isteri menginap di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu. Hotel ini menjadi pilihan kerana lokasinya yang berdekatan dengan Masjid Zainal Abidin (Masjid Puteh).



Melawat Che Johan di Hospital Sultanah Nur Zahirah

27 Disember 2017 (Rabu) - Aku dan isteri berkunjung ke Wad 7CD, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk melawat Che Johan Che Mat yang dirawat di sini.

Majlis Sambut Menantu Mohd Adib dan Nadia Arina

25 Disember 2017 (Isnin) 11.00 pagi - Majlis Menyambut Menantu di Kampong Gong Resam, Pasir Akar, Jerteh, Terengganu.

Majlis Pernikahan Mohd Adib

22 Disember 2017 : Majlis pernikahan Mohd Adib dan Nadia Arina telah dilansungkan di rumah pengantin perempuan di alamat No.68, Kampong Seberang Kastam, 22200 Besut, Terengganu.

Menginap di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu

3 - 6 Disember 2017, aku menginap di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu. Pemandangan dari hotel ini indah dan menarik.

Bertemu Sahabat

4 Disember 2017 (Isnin) : Bertemu sahabat di Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu, Pasir Panjang, Terengganu.

Melancong ke Hatyai, Thailand

Pada 24-26 November 2017, aku dan isteri menyertai rombongan ke Hatyai, Thailand.

Hari Pertama - 24 November 2017 (Jumaat)

8.00 Pagi : Bertolak dari Besut dengan menaiki bas De Travel.

Berkunjung ke Rumah Yaakub Abd Ghani

21 Oktober 2017 (Sabtu) : Aku dan keluarga berkunjung ke rumah Yaakub Abd Ghani di Sungai Petani, Kedah. Yaakub adalah rakan sepermainan di kampong. Kini, beliau menetap di sini. Isterinya berasal dari Sungai Petani.

Lawatan ke Selangor dan Negeri Sembilan

Aku dan 30 orang orang ahli rombongan menyertai lawatan yang diadakan pada 14 - 17 September 2017. Rombongan kami diketuai oleh Tuan Haji Akram @ Amir bin Abdul Majid, Ketua Unit, UPSP, BTPN Terengganu.

Istiadat Pentauliahan Diraja

12 Ogos 2017 : Majlis ini diadakan di UiTM, Shah Alam, Selangor.

Sambutan Hari Lahir Haji Amir

9 Ogos 2017 : Pusat Sumber Dato' Haji Abbas, SMA Maarif, Besut telah mengadakan majlis ringkas sambutan hari lahir Haji Amir yang jatuh pada 5 Ogos tiap-tiap tahun.

Perkongsian Ilmu PSS Cemerlang

25 Julai 2017 (Selasa) : Aku telah dijemput untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai Pusat Sumber Sekolah di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Marang, Terengganu.

Perkongsian Ilmu PSS Cemerlang

19 Julai 2017 (Rabu) : Aku telah dijemput untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai Pusat Sumber Sekolah di SMKA Nurul Ittifaq, Kuala Besut, Terengganu.

Program Trans Spirit Leader Pengawas Pusat Sumber SMA Terengganu 2017

31 Mac 2017, Jumaat - Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah menganjurkan program di atas pada 31 Mac - 1 April 2017 (Jumaat - Sabtu). Program ini diadakan di Sungai Kelemin, Hulu Dungun, Terengganu. Seramai 10 orang guru pengiring dan 30 orang pengawas pusat sumber dari 10 buah sekolah menengah agama Terengganu telah menghadiri program ini.

Majlis Perkahwinan Anak Cikgu Kamal Shah

25 Mac 2017, Sabtu - Aku dan isteri menghadiri majlis perkahwinan dua orang anak Cikgu Kamal Shah dan Cikgu Zawiah Dollah di Kampung Pok Jin, Terengganu.

Majlis Perkahwinan Anak Cikgu Mohd Azami

25 Mac 2017, Sabtu - Aku dan isteri menghadiri majlis perkahwinan anak sulong Cikgu Mohd Azami bin Abd Ghani, Penolong Kanan Pentadbiran, SMA Maarif, Besut.

Bertemu Kawan Lama

25 Mac 2017, Sabtu - Pada hari ini, tanpa dirancang, aku dapat bertemu dengan kawan lama, Mohd Zaid bin Ali. Kami bersekolah di SK Bukit Kenak, Jerteh dari 1968-1973. Selepas itu hubungan kami terputus kerana beliau meneruskan persekolahan di peringkat menengah di Dungun kerana mengikut kakaknya yang bertugas sebagai guru di sana. Aku hanya mendengar berita tentang dirinya melalui rakan-rakan. Beliau sekarang bertugas sebagai Jurutera di Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur. Pertemuan kami berlaku di majlis perkahwinan anak Cikgu Kamal Shah di Kampung Pok Jin, Terengganu. Beliau terlebih dahulu menyapa aku. Aku memang sudah tidak mengenalinya. Setelah dia memperkenalkan diri, barulah aku mengenalinya.

Majlis Penyerahan CD MBMMBI 2017

8 Februari 2017, Rabu - Satu majlis ringkas penyerahan CD MBMMBI 2017, English For Young Learners diadakan pagi ini di Bilik Tayang. Cikgu Razak bin Abd Rahman, Guru Perpustakaan dan Media telah menyerahkan CD berkenaan kepada Puan Hajjah Hayati binti Mohamad, GKMP Bahasa. Puan Hayati kemudiannya menyerahkan CD berkenaan kepada Puan Zaila binti Mat, Ketua Panitia Bahasa Inggeris.

Anugerah Pembestarian Sekolah 2016 Peringkat Negeri Terengganu

23 Januari 2017 (Isnin) : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu telah mengadakan Anugerah Pembestarian Sekolah 2016 Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Dewan Besar, BTPN Terengganu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Haji A Latiff bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri Terengganu. Dalam majlis ini, seorang murid SMA Maarif, Qathrun Nada binti Ahmad Jasni telah mendapat anugerah Pengacara TV PPS Terbaik (Kategori Sekolah Menengah).