Mini Re-Union Group SSN 1978

25 Disember 2019 (Rabu) : Group SSN 1978 berkumpul di Satay Lanang, Jabi, Besut, Terengganu untuk meraikan Saudara Baharum bin Jaafar yang telah menerima kenaikan pangkat sebagai Pegawai Hutan Daerah Setiu.

Menikmati Makanan Laut di Pantai Penarek, Setiu, Terengganu.

25 Disember 2019 (Rabu)

Hari Keluarga 2019 di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu

24 - 25 Disember 2019 : Aku dan keluarga berkumpul di Duyong Marina Resort.

Hari Pertama : 24 Disember 2019 (Selasa)

Berkunjung ke Drawbridge Kuala Terengganu

22 Disember 2019 (Ahad) : Aku dan Cikgu Che Daud Salleh berkunjung ke Drawbridge, Kuala Terengganu pada jam 9.00 malam. Kami menaiki aras dua dengan menggunakan lif. Setiap orang pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM5.00. Dari sini, pengunjung dapat menikmati pemandangan menarik Bandaraya Kuala Terengganu, muara sungai dan kampung Seberang Takir.

Percutian di Kuala Terengganu

21 - 24 Disember 2019 : Aku dan isteri menikmati hari-hari cuti di KualaTerengganu. Kami menginap di Bilik 628, Hotel Grand Puteri yang terletak berdekatan dengan Masjid Puteh.

Hari Pertama, 21 Disember 2019 (Sabtu) : Check-in di Bilik 628 di tingkat enam.

Berkunjung ke Kedai Keropok Pozi Catering

21 Disember 2019 (Sabtu) : Aku dan Cikgu Che Daud Salleh berkunjung ke Kedai Pozi Catering untuk bertemu dan beramah mesra dengan pemiliknya, Pozi Hassan yang merupakan bekas murid kami di SMA Maarif, Besut. Perbualan kami berlangsung dengan penuh ceria dan mesra. Apatah lagi dapat menikmati ABC dan Satar Bakar dengan percuma.