Abang Hamid

Nama sebenar Abang Hamid ialah Yahaya bin Abd Rahman. Dia adalah anak ketiga dalam keluarga Abd Rahman bin Merah dan Mek Sum binti Ahmad. Dia bekerja sebagai pemandu jentera ringan di Pejabat Daerah Besut. 
Dia mendirikan rumahtangga dengan Zaharah binti Abd Ghani yang berasal  dari Kampung Tasek Mengkuang, Jertih, Besut. Mereka dikurniakan lima orang anak (empat perempuan dan satu lelaki). Anak bongsunya (perempuan) telah kembali ke rahmatullah dua bulan sebelum ibunya. Isterinya telah kembali ke rahmatullah pada 26.09.2019, waktu maghrib hari Jumaat. Abang Hamid kembali ke rahmatullah 15 hari kemudian iaitu pada 11.10.2019, jam 8.30 pagi hari Jumaat semasa menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Kubur Abang Hamid dan isterinya adalah sebelah menyebelah.