Kenangan di SMA Maarif

Sedang bersiap sedia untuk menyampaikan lagu nasyid. Dari kiri, Cikgu Wan Zaki Mahmood, Cikgu Razak Abd Rahman, Cikgu Azman Mohamad dan Cikgu Hamdan Hasbullah









Kenduri Kahwin - 5 Februari 2011

Setelah hampir satu jam berada di rumah Rosini, aku sekeluarga terus ke rumah pak saudaraku, Sarjan Bersara Mat San bin Ahmad di Kampong Gerai, Jerteh. Beliau merupakan satu-satunya adik-beradik ibuku yang masih hidup. Beliau mengadakan kenduri untuk menyambut isteri barunya. Isterinya yang pertama telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2009. Kami, anak-anak saudaranya merasa sungguh gembira kerana beliau sudah mendapat seorang isteri yang boleh menemani hidupnya. Walaupun beliau mempunyai 3 orang anak (semuanya lelaki) hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama, tapi mereka tinggal berjauhan kerana tugas masing-masing.


Setelah hampir satu jam berada di rumah pak saudaraku, aku dan keluarga terus ke Kampong Banir Belikung, Kelantan untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu isteriku. Sesat juga dibuatnya kerana telah lama tidak berkunjung ke sana. Setelah bertanya orang kampung, akhirnya kami sampai di rumahnya. Suasana sungguh ceria apatah pasangan pengantin baru. Mereka tentunya sungguh gembira kerana menjadi raja sehari. Kami bertolak pulang pada jam 8.00 malam.

Bersama Pak Nik Salleh

Aku dan keluarga bersama Pak Nik Salleh yang kini tinggal bersama anaknya di Kampong Banggol Peradong, Bukit Payong, Terengganu.

Kursus Pemantapan Fasilitator SMA Terengganu Tahun 2011


 

Bersama rakan sesekolah, Cikgu Hamdan bin Hasbullah
Bersama Cikgu Mohamad Azmi bin Hassan dari SMA Ittifakiah Jerteh

Bos kami, Tuan Haji Razak bin Jusoh, Penolong Pesuruhjaya HEP


















Menyelesaikan tugasan yang diberikan

Penceramah dari JPN Terengganu
Encik Azlan, Pengarah Kursus

Sambutan Maulidur Rasul 1432H

Sek Men Agama Maarif, Besut telah menghantar satu kontijen seramai 40 orang pelajar perempuan menyertai perarakan Maulidur Rasul 1432H yang berlangsung di sekitar Pekan Kampong Raja. Sambutan ini dianjurkan oleh Kelab Belia Kampong Raja dengan kerjasama UMNO Cawang Kampong Raja, Ekspress Perdana dan Lienadia Group. Ia merupakan acara tahunan bagi Kelab Belia Kampong Raja yang dipengerusi oleh Encik Laili bin Ismail yang juga CEO Ekspress Perdana.





Seawal jam 7.30 pagi, semua 15 kontijen telah berkumpul di Perkarangan Masjid Nasiruddin Shah, Kampong Raja. Majlis dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Abd Razak bin Mat Ripin yang merupakan Ahli Majlis Mesyuarat (AMK) KABKR. Kemudian, Ustaz Zulkifli yang juga AMK KABKR telah menyampaikan tazkirah Maulidul Rasul. Encik Laili Ismail mengambil giliran untuk menyampaikan ucapan aluan. Kemuncak Sambutan ialah ucapan perasmian oleh YB Mohamed Pehimi bin Haji Yusof, ADUN Kota Putra. Kemudian diadakan majlis penyampai hadiah dan cenderahati kepada tokoh Maal Hijrah Peringkat Kampong Raja 1432H. Pada tahun ini, Puan Hajjah Wan Rusliah bt Awang, seorang pesara guru telah dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan.