Program Trans Spirit Leader Pengawas Pusat Sumber SMA Terengganu 2017

31 Mac 2017, Jumaat - Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah menganjurkan program di atas pada 31 Mac - 1 April 2017 (Jumaat - Sabtu). Program ini diadakan di Sungai Kelemin, Hulu Dungun, Terengganu. Seramai 10 orang guru pengiring dan 30 orang pengawas pusat sumber dari 10 buah sekolah menengah agama Terengganu telah menghadiri program ini.

Majlis Perkahwinan Anak Cikgu Kamal Shah

25 Mac 2017, Sabtu - Aku dan isteri menghadiri majlis perkahwinan dua orang anak Cikgu Kamal Shah dan Cikgu Zawiah Dollah di Kampung Pok Jin, Terengganu.

Majlis Perkahwinan Anak Cikgu Mohd Azami

25 Mac 2017, Sabtu - Aku dan isteri menghadiri majlis perkahwinan anak sulong Cikgu Mohd Azami bin Abd Ghani, Penolong Kanan Pentadbiran, SMA Maarif, Besut.

Bertemu Kawan Lama

25 Mac 2017, Sabtu - Pada hari ini, tanpa dirancang, aku dapat bertemu dengan kawan lama, Mohd Zaid bin Ali. Kami bersekolah di SK Bukit Kenak, Jerteh dari 1968-1973. Selepas itu hubungan kami terputus kerana beliau meneruskan persekolahan di peringkat menengah di Dungun kerana mengikut kakaknya yang bertugas sebagai guru di sana. Aku hanya mendengar berita tentang dirinya melalui rakan-rakan. Beliau sekarang bertugas sebagai Jurutera di Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur. Pertemuan kami berlaku di majlis perkahwinan anak Cikgu Kamal Shah di Kampung Pok Jin, Terengganu. Beliau terlebih dahulu menyapa aku. Aku memang sudah tidak mengenalinya. Setelah dia memperkenalkan diri, barulah aku mengenalinya.