KESSUMA 2011 - UUM, Sintok, Kedah Darul Aman

Kejohanan pada tahun 2011 telah diadakan pada 5 - 9 Jun 2011 bertempat di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah Darul Aman. Kejohanan kali ke 12 ini telah disertai oleh 7 buah negeri iaitu Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Terengganu. Tahun ini, Terengganu dan Kelantan diumumkan sebagai Johan Bersama setelah berjaya mengutip 3 emas, 2 perak dan 2 gangsa. Terengganu menjadi juara kali kelapan daripada 12 penyertaan. Negeri Terengganu muncul sebagai juara dalam permainan Bola Jaring, Ping Pong (perempuan) dan Badminton (perempuan). Pasukan Bola Tampar (lelaki) dan Bola Sepak berjaya menggondol pingat perak. Pasukan Bola Sepak Terengganu kalah kepada Kelantan 1-2 dalam perlawanan akhir yang cukup sengit di Stadium UUM. Manakala pasukan Bola Tampar kalah kepada Perlis dengan kiraan 0-2. Pasukan Badminton(Lelaki) dan Bola Tampar(perempuan) berjaya mengutip pingat gangsa. Pasukan Sepak Takraw menduduki tempat keempat setelah kalah 0-2 kepada Kedah dalam perlawanan menentukan tempat ketiga dan keempat. Manakala Pasukan Ping Pong (lelaki) kalah diperingkat awal.