Kematian Nor Laila binti Mat Ali

14 Mei 2018 (Isnin) - Norlaila binti Mat Ali, anak saudara aku telah meninggal dunia disebabkan kemalangan pada jam 11.45 pagi hari ini. Kemalangan berlaku di hadapan rumah ibunya, Fatimah binti Abd Rahman. Beliau yang menunggang motosikal dilanggar oleh sebuah kereta Produa Viva dari arah belakang. Beliau meninggal di tempat kejadian. Beliau, motosikal dan kereta telah jatuh ke dalam parit. Mayat beliau telah dihantar ke Hospital Daerah Besut, Jerteh pada jam 1.00 petang. Post mortem telah dijalankan oleh Dr Ahmad Kamaluddin bin Rusli pada jam 4.30 petang. Jenazah telah disembahyangkan di Masjid Al Falah, Kampong Gerai pada jam 10.00 malam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampong Gong Bukit Kenak pada jam 10.30 malam. Arwah pernah berkahwin tetapi telah bercerai dan tidak mempunyai anak.

PRU14

9 Mei 2018 (Rabu) - Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) diadakan hari ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang di seluruh negara.

Khidmat Bantu PSS Di SK Pasir Akar

6 - 7 Mei 2018 : Aku dan tujuh orang GPM sekolah-sekolah Daerah Besut mengadakan Khidmat Bantu PSS di SK Pasir Akar. Kumpulan kami diketuai oleh seorang Pegawai dari PKG Durian Burung, Terengganu.