Kursus Direct Admin dan Pembangunan Portal Menggunakan JOOMLA (Zon Timur)

24 - 26 Mei 2011 - Aku menghadiri Kursus Direct Admin dan Pembangunan Portal Menggunakan JOOMLA (Zon Timur) yang diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan. 













PERCUTIAN DI CAMERON HIGHLANDS 2011

Pada 19 - 21 Mei 2011, aku, isteri dan empat orang anak bercuti di Cameron Highlands - Percutian Keluarga. InsyaAllah, aku akan jadikan acara tahunan dalam kalendar keluargaku. Kami menginap di Rumah Peranginan Persekutuan yang terletak di atas sebuah bukit di Tanah Rata. Lokasinya amat sesuai sebagai tempat untuk berehat setelah penat bekerja. 

Oleh kerana anakku yang keempat menduduki peperiksaan pertengahan tahun pada hari Khamis, 19 Mei, kami bertolak pada jam 3.00 petang. Memang, perancangan awal, kami akan bertolak pada jam 9.00 pagi. Kami berhenti untuk solat asar dan berehat di Hentian R&R Gua Musang pada jam 5.45 petang. Di sini, kami bertemu dengan pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Kota, Kota Bharu, yang juga dalam perjalanan ke destinasi yang sama. Kami sekeluarga merasa geli hati melihat telatah anak-anak yang masih kecil. Mereka juga berhenti untuk solat fardu asar. Mereka menaiki dua buah bas yang tertera "Rakyat Travel". Terkenang peristiwa pada 21 - 24 April 2010, apabila aku, isteri dan rombongan Majlis Belia Daerah Besut melancong ke Ho Chi Minh, Vietnam, yang diuruskan oleh Rakyat Travel.

Kursus Motivasi Tingkatan 3 SMA Mahmudiah Tahun 2011

Kursus ini telah diadakan pada 5 - 7 Mei 2011 di Pusat Kecemerlangan Pendidikan, Wakaf Tengah, Kuala Terengganu. Fasilitator yang terlibat ialah Cikgu Sukeri bin Ibrahim (Ketua Fasilitator - SMA Setiu), Cikgu Kama Azmi bin Nik Kamaruddin (Fasilitator - SMA Setiu), Cikgu Hamdan bin Hasbullah (Fasilitator - SMA Maarif) dan Cikgu Razak bin Abd Rahman (Fasilitator - SMA Maarif).

Kursus Asas Pengurusan PSS Untuk GPM Negeri Terengganu 2011 (KOHOT 2)

Kursus ini diadakan pada 2 - 5 Mei 2011 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Marang.