Majlis Perkahwinan Syidah

25 Ogos 2018 (Sabtu) : Aku dan keluarga menghadiri majlis perkahwinan anak saudara, Syidah di Kampong Cheh, Kati, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridhwan.

Bertemu Kawan Sekelas

20 Ogos 2018 (Isnin) - 8.30 malam : Aku berjumpa dengan Mohd Razali bin Mahmood, kawan sekelas 5N1 tahun 1978, Sekolah Menengah Ismail Petra (SMIP), Kompleks Sekolah-Sekolah, Wakaf Mek Zainab, Kota Baharu, Kelantan. Pertemuan yang tak dirancang ini berlaku di Restoran Sala Thai, Kampong Apal, Jerteh, Terengganu. Razali bersama keluarganya dalam perjalanan pulang ke Kota Baharu.

Bersantai di Kolam Ikan Patin Mohd Noji

20 Ogos 2018 (Isnin) : Aku dan keluarga menjalankan aktiviti mengail di kolam ikan patin Mohd Noji bin Hassan di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau, Pahang.

Majlis Perkahwinan Nadeeya & Muhammad Syahir

19 Ogos 2018 (Ahad) : Hari ini, aku dan keluarga menghadiri Majlis Perkahwinan Nur Natasya Nadeeya bt Mohd Rafi (Nadia) dan Muhammad Syahir bin Mohd Shabry telah berlangsung di Dewan Besar, Institut Pertanian Serdang, Selangor. Nadeeya adalah anak sulung kepada anak saudaraku, Noorliha binti Mat Ali.

Kunjungan ke rumah besan di Bandar Selayang Baru

18 Ogos 2018 (Sabtu) : Aku dan isteri berkunjung ke rumah besan di Bandar Selayang Baru, Selangor.

Mesyuarat Kluster PSS PKG Raja Kali Kedua 2018

6 Ogos 2018 (Isnin) : Mesyuarat Kluster PSS PKG Raja Kali Kedua 2018 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Seminar, PKG Raja, Alor Lintang, Besut.