GAMBAR DAN KENANGAN




Gambar di atas diambil pada Hari Terbuka Komsis Sains. Berdiri dari kiri, Mohd Sofi bin Mahmud (Jawatan terakhir ialah Timbalan Pendaftar, USM, Pulau Pinang. Sekarang, menceburi bidang keushawanan), Mohd Hashim bin Yaakub (Sekarang: Guru Matematik di salah sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu), 2 orang rakan dari Kedah, Kanan sekali, Mohd Kamal bin Mohamad ( Sekarang : Pensyarah Geologi di UKM, Bangi).

Duduk dari kiri, Shamsuddin bin Mat, Razak bin Abd Rahman (Aku la ni) (Sekarang: Guru Matematik Tambahan di SMA Maarif, Besut).

Gambar ini diambil di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak. Kerja lapangan pelajar Geologi. Berdiri dari kiri: Mohd Hashim bin Yaakub. Palinng kanan ialah Razak bin Abd Rahman (aku la tu). Yang berdiri ditengah-tengah tu adalah pensyarah kami. Namanya, aku pun dah tak ingat.

Kepentingan Blog 1



Pada pendapat saya, semua orang perlu mempunyai blog. Banyak faedahnya. Salah satunya, blog boleh dijadikan tempat untuk simpan gambar-gambar. Kalau simpan dalam album, ada kemungkinan gambar akan rosak. Tapi, bila disimpan dalam blog, sentiasa selamat. Lagi pun, kita boleh tengok gambar simpanan kita, walau di mana kita berada selagi boleh mencapai internet. Album, kita tinggal kat rumah saja. Kita tak bawak album bila kita pergi ke mana-mana.








6 sekeluarga rentung langgar treler

SEREMBAN 8 Feb. – Percutian sebuah keluarga di Bukit Merah Lake Town Resort di Taiping, Perak baru-baru ini berakhir dengan tragedi apabila kesemua enam ahli keluarga itu maut dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 252.3 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini, awal pagi ini.

Kejadian menyayat hati itu berlaku kira-kira lima kilometer selepas susur keluar Plaza Tol Senawang pada pukul 1.30 pagi apabila kereta jenis BMW 7 Series yang dinaiki keluarga itu terbabas sebelum merempuh sebuah treler yang rosak di lorong kecemasan.

Lebih memilukan, mangsa Suhaimi Ghazali, 41, dan isterinya, Norfadilah Isenin, 32, serta empat anak mereka, Nurul Natasha Huda, 11; Muhammad Danial Iskandar, 10; Muhammad Hanif Iman, 6, dan Adi Putra, 2, rentung di tempat kejadian.
Kejadian ini memberi beberapa pengajaran kepada orang yang mahu berfikir. Hidup dan mati adalah ketentuan Allah SWT. Setiap orang yang beriman akan menerimanya dengan hati yang tenang. Allah tidak menjadikan sesuatu kejadian itu sia-sia. Ada hikmah dan pengajaran disebaliknya.
Kemalangan ini telah meragut nyawa seorang kontraktor yang masih muda. Melihat kepada kereta yang dipandunya, ianya seorang kontraktor melayu yang berjaya. Kita kehilangan seorang usahawan melayu. Allahyarham tentunya telah memberi peluang pekerjaan kepada segolongan orang. Sudah tentu, semasa hidupnya Allahyarham telah membelanjakan sedikit daripada wangnya untuk pembangunan dan perkembangan agama dan orang Islam.
Kejadian ini berlaku pada jam 1.30 pagi, waktu kita semua nyenyak tidur. Kita tidak tahu keadaan yang sebenar. Cuma kita boleh agak bahawa kemungkinan Allahyarham terlelap.
Apa pun, kita kena yakin bahawa sehebat manapun kenderaan yang kita naiki, kita tidak dapat mengelak daripada terlibat dengan kemalangan. Kita kena yakin, apabila Allah SWT mengkehendakki sesuatu perkara terjadi ke atas kita, tidak ada sesiapa pun yang boleh menghalangnya. Kita kena percaya kepada Qada dan Qadar Allah SWT.
Berdasarkan pengalaman, kemungkinan hanya seorang daripada 4 orang anaknya yang baligh iaitu anak sulungnya yang berusia 11 tahun. Sementara 3 adiknya belum baligh. Ketiga-tiganya telah tergolong dalam Ahli Syurga, kerana belum disabitkan dengan hukum syarak.
Agama kita menyuruh setiap umatnya membaca doa menaiki kenderaan setiap kali kita nak memandu atau menaiki kenderaan. Guru saya memberitahu supaya membaca ayat 58 surah Yaasin sebanyak 28 kali sebelum keluar dari rumah sekiranya kita nak bermusafir atau membuat perjalanan yang jauh.
Semoga kemalangan yang menyayat hati ini akan menginsafkan kita. Maut akan menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Oleh yang demikian, kita mesti sentiasa bersedia untuk menghadapi mati. Semoga kita mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat sebagaimana yang kita doakan setiap kali selesai menunaikan solat. Wallah hua'lam.

Pengawas - Satu Pengiktirafan

Pada pagi ini, satu majlis penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas SMA Maarif, diadakan di Medan Perhimpunan sekolah. Majlis ini disempurnakan oleh Pengawai Perhubungan Sekolah, Yang Setia Chief Inspektor Mohd Rozaimi bin Abd Rahim dari Balai Polis Daerah Besut, Kampong Raja.

Majlis yang disaksikan oleh semua guru dan pelajar, dimulai dengan ucapan aluan oleh Tuan Haji Abdullah Fadhzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua SMA Maarif. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua pengawas yang dilantik setelah melepasi beberapa siri saringan oleh Badan Disiplin sekolah yang diketuai oleh Ustazah Wan Dalilah bt Wan Ahmad. Beliau mengingatkan semua pengawas supaya menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik yang mungkin untuk memastikan Visi Sekolah untuk menjadi sekolah yang cemerlang menjelang tahun 2015.

Dalam ucapannya, Chief Inspektor Mohd Rozaimi menasihatkan semua pengawas agar menjalankan tugas dengan cemerlang. Beliau mengingatkan mereka supaya tidak mengambil kesempatan diatas jawatan yang disandang. Beliau juga menasihatkan mereka agar tidak melakukan perkara-perkara yang melanggar peraturan samada semasa berada di sekolah atau di luar kawasan sekolah. Mereka mesti menunjukkan teladan kepada semua pelajar lain.

Semua pengawas yang dilantik, hendaklah menyedari bahawa setiap orang daripada mereka mempunyai kelebihan dan keistemewaan yang tersendiri. Mereka perlu menyedari bahawa mereka mempunyai kebolehan untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Pihak sekolah telah memberi pengiktirafan bahawa mereka adalah seorang insan yang cemerlang. Justeru itu, mereka hendaklah terus berusaha untuk meningkatkan lagi pencapaian dari segi akademik, akhlak dan sahsiah diri. Mereka perlu berusaha untuk meningkatkan lagi personaliti diri. Mereka mesti sentiasa berpakaian kemas. Mereka mesti berkomunikasi dengan berkesan dengan semua guru dan pelajar. Mereka perlu berfikiran positif pada setiap masa. Mereka mesti membuktikan kepada semua orang bahawa mereka boleh menjadi pelajar yang cemerlang dengan mencapai keputusan yang baik dalam setiap peperiksaan yang diduduki.