KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI 3

25 Ogos 2022 (Khamis) : Aku dan 13 orang ahli Group SSN'78 telah berkunjung ke rumah Noraini binti Abdullah di Pasir Tumboh, Kelantan untuk menjayakan Program KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI 3.


Menikmati Sarapan Pagi di Cafe D'Depu

16 Ogos 2022, Selasa : Aku dan 20 orang ahli Group SSN'78 berkumpul dan menikmati sarapan pagi di Cafe D'Depu, Kampung Kubang Depu, Jertih. Kami menikmati nasi putih bersama gulai kambing, gulai ayam kampung, ayam kampung goreng, ikan talapia goreng dan puyuh goreng. Terima kasih kepada Wan Abd Razak Hassan yang telah sponsor sarapan pagi kami kali ini.

KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI 2

15 Ogos 2022, Isnin : Aku dan ahli Group SSN'78 berkunjung ke rumah Siti Mariam binti Mokhtar di Cabang Oh, Jabi, Besut untuk menjayakan Program KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI 2.

Menikmati Sarapan Pagi di Restoran Nasi Kerabu Che Awang

14 Ogos 2022, Ahad : Aku dan 4 orang ahli Group 5N1'78 SMIP bertemu dan berbual-bual sambil menikmati hidangan nasi kerabu di Restoran Nasi Kerabu Che Awang, Kampung Salor, Kota Bharu, Kelantan. Terima kasih kepada Mohd Azri bin Abd Rahman, mantan Ketua Jajahan Tumpat, Kelantan kerana belanja makan dan minum pagi ini.

Sarapan Pagi Bersama Mohd Sofi

5 Ogos 2022, Jumaat : Aku dan isteri bersama 19 orang ahli Group SSN'78 menikmati sarapan pagi bersama Mohd Sofi Mahmud di AMEER TOMYAM, Kampung Gong Nering, Jertih, Besut, Terengganu. Mohd Sofi yang menetap di Sungai Petani, Kedah balik dengan menunggang motosikal semata-mata untuk bertemu, berbual dan bersarapan pagi bersama-sama rakan persekolahan. Hari ini, kami memilih tema merah, ceria dan meriah.

Menjamu Selera di Restoran Pozi Catering

1 Ogos 2022, Isnin : Aku dan anak bongsuku menjamu selera di Restoran Pozi Catering. Oleh kerana kami masih kenyang (makan banyak masa sarapan pagi di hotel), kami memilih untuk menikmati Cendol Ais Krim dan Keropok Cheese. Enaknya hingga tak terkata.

Beristirehat di Kuala Terengganu

1 Ogos 2022, (Isnin) : Aku dan anak bongsuku, Muhammad Hafizuddin beristirehat di Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu. Pada hari Ahad, 31 Julai 2022, kami menghadiri Majlis Kenduri Kesyukuran Perkahwinan Anak Perempuan sahabatku di Balok, Kuantan, Pahang. Dalam perjalanan pulang, kami berehat di sini. Aku memilih Bilik Twin dengan bayaran RM150 setelah ditolak diskaun sebanyak RM30 kerana aku seorang pesara kerajaan persekutuan. Kami diberi bilik bernombor 338 yang terletak di paras 2, menghadap ke Hotel Tabung Haji dan Jambatan Sultan Mahmud.

Beriadah di Pulau Warisan, Kuala Terengganu

1 Ogos 2022, (Isnin) : Aku dapat beriadah di Pulau Warisan, Kuala Terengganu. Aku dapat menghirup udara yang segar dan bersih.