Majlis Pembukaan Rasmi Restoran Mom's Kitchen

13 Januari 2019 : Aku menghadiri majlis pembukaan rasmi Restoran Mom's Kitchen yang terletak berhadapan dengan Stesen Minyak Petron Kampong Raja. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB ADUN Kota Putra.

Beristerehat di Bandar Kuala Terengganu Januari 2019

6 - 10 Januari 2019 : Aku dan keluarga menginap di Bilik 811, Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu, Terengganu.

Berkunjung ke Rumah Pak Saudara

5 Januari 2019 : Aku berkunjung ke rumah pak saudara, Latif bin Merah di Kampong Gerai, Jertih. Pak saudara kurang sihat.

Berkunjung ke Rumah Cikgu Mohd Noor

1 Januari 2019 : aku dan isteri berkunjung ke rumah Cikgu Mohd Noor di Kampong Tasek Mengkuang, Jertih. Rumahnya terbakar. Tapi, yang anehnya, al-Quran yang selalu dibaca oleh beliau tidak terbakar.

Hari Pertama Persekolahan Tahun 2019 - Solat Hajat

1 Januari 2019 (Selasa) : Hari pertama persekolahan tahun 2019 telah dimulakan dengan solat sunat dhuha dan solat sunat hajat di Dataran Ilmu.

Hari Lahir ke 58

1 Januari 2019 : Aku menyambut hari lahir yang ke-58. Manakala isteriku, menyambut hari lahir yang ke 54. Syukur kepada Allah swt kerana masih dipanjangkan umur, diberi kesihatan mental dan fizikal dan dimurahkan rezeki. Terima kasih kepada anak-anak yang telah memberi hadiah hari jadi.