Kursus Kejurulatihan KESSUMA Tahun 2011

Kursus ini telah diadakan pada 6 - 8 Oktober 2011 bertempat di Sun Beach Resort, Pulau Tioman, Pahang Darul Makmur. Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JaHEAT). Pesertanya terdiri daripada Pengurusan, Pengurus dan Jurulatih sukan KESSUMA tahun 2011. Seramai 30 orang peserta telah dipanggil untuk menghadiri kursus ini. Atas sebab-sebab masing-masing, hanya 18 orang peserta sahaja yang dapat menghadirkan diri. Aku adalah salah seorang daripada yang dipanggil, dapat hadir dan mengikuti semua program yang diatur.

Majlis Konvokesyen UUM Tahun 2011

Pada 4 Oktober 2011, aku dan keluarga ke Universiti Utara Malaysia, sintok, Kedah Darul Aman untuk menghadiri Majlis Konvokesyen anak kedua kami. Rombongan kami terdiri daripada aku, isteri, anak kedua, anak keempat dan anak saudara.
Dari Kanan : Nor Hafizah, isteriku, aku, Nor Hazwani, Muhammad Hafizuddin

Kursus Pembinaan ABM & Penggunaan I-Pintar

23 September 2011 - Aku dan dua orang guru dari SMA Maarif, Besut telah dipilih untuk menghadiri kursus ini. Mereka ialah Cikgu Zanirariyah bt Mat Junus yang merupakan Ketua Unit Bilik Tayang dan Ustazah Suziati bt Ibrahim (Ketua Unit Bilik Tayang2). Kursus selama 4 hari 3 malam ini diadakan di Hotel Grand Continenal, Kuala Terengganu. Yayasan Diraja Sultan Mizan telah bersetuju untuk menyumbangkan sebuah Papan Putih Interaktif (Interactive White Board (IWB)) untuk sepuluh buah SMA Terengganu. Aku ditempatkan di Bilik 620 bersama Ustaz Abd Rahman bin Mat dari SMA Setiu dan Ustaz Mohamad bin Yaakub dari SMA Ittifakiah, Jerteh.

Fasilitator Kem Pengurusan Organisasi Jawatankuasa Asrama SMA Setiu Tahun 2011

Kem ini telah diadakan pada 15 - 17 September 2011 bertempat di D'Pinggiran Gunung Tebu, Besut. Seramai 65 orang pelajar tingkatan 4 dan 2 dipilih untuk  menghadiri kem ini. Mereka terdiri daripada 40 orang pelajar perempuan dan 25 orang lelaki. Pihak penganjur, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Pendidikan)  (JaHEAT) telah melantik 4 orang fasilitator untuk memimpin kem ini. Mereka ialah Cikgu Hamdan bin Hasbullah (SMA Maarif, Besut), Cikgu Razak bin Abd Rahman (SMA Maarif, Besut), Cikgu Roslan bin Muda (SMA Ittifakiah, Jerteh) dan Haji Rozlan bin Ahmad (PLKP, Batu Rakit).

KESSUMA 2011 - UUM, Sintok, Kedah Darul Aman

Kejohanan pada tahun 2011 telah diadakan pada 5 - 9 Jun 2011 bertempat di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah Darul Aman. Kejohanan kali ke 12 ini telah disertai oleh 7 buah negeri iaitu Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Terengganu. Tahun ini, Terengganu dan Kelantan diumumkan sebagai Johan Bersama setelah berjaya mengutip 3 emas, 2 perak dan 2 gangsa. Terengganu menjadi juara kali kelapan daripada 12 penyertaan. Negeri Terengganu muncul sebagai juara dalam permainan Bola Jaring, Ping Pong (perempuan) dan Badminton (perempuan). Pasukan Bola Tampar (lelaki) dan Bola Sepak berjaya menggondol pingat perak. Pasukan Bola Sepak Terengganu kalah kepada Kelantan 1-2 dalam perlawanan akhir yang cukup sengit di Stadium UUM. Manakala pasukan Bola Tampar kalah kepada Perlis dengan kiraan 0-2. Pasukan Badminton(Lelaki) dan Bola Tampar(perempuan) berjaya mengutip pingat gangsa. Pasukan Sepak Takraw menduduki tempat keempat setelah kalah 0-2 kepada Kedah dalam perlawanan menentukan tempat ketiga dan keempat. Manakala Pasukan Ping Pong (lelaki) kalah diperingkat awal.

Kursus Direct Admin dan Pembangunan Portal Menggunakan JOOMLA (Zon Timur)

24 - 26 Mei 2011 - Aku menghadiri Kursus Direct Admin dan Pembangunan Portal Menggunakan JOOMLA (Zon Timur) yang diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan. 













PERCUTIAN DI CAMERON HIGHLANDS 2011

Pada 19 - 21 Mei 2011, aku, isteri dan empat orang anak bercuti di Cameron Highlands - Percutian Keluarga. InsyaAllah, aku akan jadikan acara tahunan dalam kalendar keluargaku. Kami menginap di Rumah Peranginan Persekutuan yang terletak di atas sebuah bukit di Tanah Rata. Lokasinya amat sesuai sebagai tempat untuk berehat setelah penat bekerja. 

Oleh kerana anakku yang keempat menduduki peperiksaan pertengahan tahun pada hari Khamis, 19 Mei, kami bertolak pada jam 3.00 petang. Memang, perancangan awal, kami akan bertolak pada jam 9.00 pagi. Kami berhenti untuk solat asar dan berehat di Hentian R&R Gua Musang pada jam 5.45 petang. Di sini, kami bertemu dengan pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Kota, Kota Bharu, yang juga dalam perjalanan ke destinasi yang sama. Kami sekeluarga merasa geli hati melihat telatah anak-anak yang masih kecil. Mereka juga berhenti untuk solat fardu asar. Mereka menaiki dua buah bas yang tertera "Rakyat Travel". Terkenang peristiwa pada 21 - 24 April 2010, apabila aku, isteri dan rombongan Majlis Belia Daerah Besut melancong ke Ho Chi Minh, Vietnam, yang diuruskan oleh Rakyat Travel.

Kursus Motivasi Tingkatan 3 SMA Mahmudiah Tahun 2011

Kursus ini telah diadakan pada 5 - 7 Mei 2011 di Pusat Kecemerlangan Pendidikan, Wakaf Tengah, Kuala Terengganu. Fasilitator yang terlibat ialah Cikgu Sukeri bin Ibrahim (Ketua Fasilitator - SMA Setiu), Cikgu Kama Azmi bin Nik Kamaruddin (Fasilitator - SMA Setiu), Cikgu Hamdan bin Hasbullah (Fasilitator - SMA Maarif) dan Cikgu Razak bin Abd Rahman (Fasilitator - SMA Maarif).

Kursus Asas Pengurusan PSS Untuk GPM Negeri Terengganu 2011 (KOHOT 2)

Kursus ini diadakan pada 2 - 5 Mei 2011 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Marang.

KESSUMA 2011

Pemilihan peserta KESSUMA 2011 untuk negeri Terengganu telah diadakan pada 7 - 9 April 2011 bertempat di Sekolah Menengah Agama Setiu, Setiu, Terengganu. Semua 20 orang pegawai (Kem Komandan, Penolong Kem Komandan, Pengurus dan Jurulatih) dan 194 orang pelajar telah melapor diri pada jam 4.00 - 5.30 petang pada 7hb April 2011.

Senarai Pegawai yang dilantik adalah seperti berikut


Aktiviti Tahun 2011

Aktiviti 16
Tajuk      : Menjalankan tugas sebagai Fasilitator
                  Kursus Kempimpinan Pengawas
                  Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Jerteh
Tarikh    : 21 - 23  April  2011 ( Khamis - Sabtu)
Tempat   : D'Pinggiran Gunung Tebu, Besut
Rujukan : JHEAT.03-005/7/Bhg.25- (   )
Tarikh    : 11 April 2011

Aktiviti 15
Tajuk      : Menghadiri BENGKEL PEMANTAPAN IQPSS
Tarikh    : 12 April  2011 ( Selasa )
Tempat   : Pusat Kegiatan Guru, Jerteh
Rujukan : PKG(TRG-JT)8802/4/14(20)
Tarikh    : 07 April 2011

Aktiviti 14
Tajuk      : Menjalankan Tugas sebagai Panel Pemilih Peserta KESSUMA
                  Tahun 2011
Tarikh    : 07 - 09 April  2011 ( Khamis - Sabtu )
Tempat   : SMA Setiu, Setiu.
Rujukan : JHEAT.03-008/4/8/Bhg.3-(56)
Tarikh    : 03 April 2011

Aktiviti 13
Tajuk      : Menghadiri Bengkel Penyelarasan Modul Email Jabatan
                 (Bahagian Pendidikan) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
Tarikh    : 03 - 05 April  2011 ( Ahad - Selasa )
Tempat   : Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu.
Rujukan : JHEAT.03-005/25/Bhg.2-(50)
Tarikh    : 30 Mac 2011

Aktiviti 12
Tajuk    : Menjalankan Tugas sebagai Pengadil  Kejohanan Sepak Takraw MSST
                Tahun 2011
Tarikh  : 31 Mac - 2 April  2011 ( Khamis - Sabtu )
Tempat : SMK Bukit Nenas, Setiu. (Sekolah Sukan Negeri Terengganu)

Aktiviti 11

Tajuk    : Fasilitator Kursus Kepimpinan Pengawas
                Sekolah Menengah Agama Setiu Tahun 2011
Tarikh  : 24 - 26 Mac 2011 (Khamis - Sabtu)
Tempat : Dewan Besar, Sekolah Menengah Agama Setiu, Setiu.

Aktiviti 10
Tajuk    : Menguruskan Pemain Sepak Takraw MSSDB Tahun 2011
Tarikh  : 23 Mac 2011 ( Rabu )
Tempat : Sekolah Menengah Teknik, Besut.

Aktiviti 9
Perkara  : Kursus Pemantapan Fasilitator Guru-Guru  SMA Terengganu 2011
Tarikh    : 13 - 15  Mac 2011 (Ahad - Selasa)
Tempat  : Hotel Felda Residence, Kuala Terengganu.

Aktiviti 8
Tajuk    : Pemilihan Pemain Sepak Takraw KESSUMA Tahun 2011
Tarikh  : 8 - 10 Mac 2011 ( Selasa - Khamis )
Tempat : Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut.

Aktiviti 7

Tajuk    : Fasilitator Kursus Kepimpinan Pengawas
                Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Jerteh Tahun 2011
Tarikh  : 3 - 5 Mac 2011 (Khamis - Sabtu)
Tempat : Dewan Haji Wan Latif, Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Jerteh.

Aktiviti 6
Tajuk    : Fasilitator  Kemahiran Belajar Pelajar Tingkatan Satu
                Sekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala Terengganu.
Tarikh  : 28 Februari - 1 Mac 2011 (Isnin - Selasa)
Tempat : Dewan Besar, Sekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala Terengganu.

Aktiviti 5
Perkara  : Kursus Pemantapan Fasilitator Guru-Guru  SMA Terengganu 2011
Tarikh    : 12 - 14  Febuari 2011 (Sabtu - Isnin)
Tempat  : Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu.

Aktiviti 4
Perkara  : Mesyuarat Pengurusan PSS SMA Terengganu 2011
Tarikh    : 20 Januari 2011 (Khamis)
Tempat  : Bilik Mesyuarat, SMA Sultan Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu.

Aktiviti 3
Perkara  : Mesyuarat Rumah Sukan Kali Pertama
Tarikh    : 18 Januari 2011 (Selasa)
Tempat  : Musolla Perempuan, SMA Maarif.

Aktiviti 2
Perkara  : Mesyuarat Panitia Matematik Kali Pertama
Tarikh    : 12 Januari 2011 (Rabu)
Tempat  : Bilik Seminar, SMA Maarif.

Aktiviti 1
Perkara  : Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kali Pertama
Tarikh    : 10 Januari 2011 (Isnin)
Tempat  : Bilik Mesyuarat, SMA Maarif.

BENGKEL PENYELARASAN MODUL EMAIL JABATAN

Bengkel Penyelarasan Modul Email Jabatan (Bahagian Pendidikan) Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu telah diadakan pada 3 - 5 April 2011. Bengkel selama 3 hari 2 malam ini telah diadakan di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu.

Seramai 30 orang guru dari 10 buah sekolah menengah agama negeri Terengganu telah menghadirinya. Setiap sekolah menghantar Penyelaras PSS dan 2 orang guru ICT. Tujuan utama ialah untuk membina satu modul email yang akan digunakan untuk kursus dikalangan pengurusan semua 10 buah sekolah menengah agama negeri. 

Aku telah ditempatkan di bilik 604 bersama Ustaz Mohd Rani bin Mohamad dari  SMA Sultan Zainal Abidin Ladang, Kuala Terengganu. Kumpulan aku diberi tugas untuk menyediakan modul untuk FORWARD FILE, ATTACH FILE, DOWNLOAD FILE, OPEN FILE dan PRINT FILE bagi jheat.terengganu.gov.my.

Tugasan Fasilitator Tahun 2011

TUGASAN 1
Tajuk    : Kursus Kemahiran Belajar Pelajar Tingkatan Satu
                Sekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala Terengganu.
Tarikh  : 28 Februari - 1 Mac 2011 (Isnin - Selasa)
Tempat : Dewan Besar, Sekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala Terengganu.

TUGASAN 2
Tajuk    : Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah Menengah Agama Ittifakiah,
               Jerteh Tahun 2011
Tarikh  : 3 - 5 Mac 2011 (Khamis - Sabtu)
Tempat : Dewan Haji Wan Latif, Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Jerteh.

TUGASAN 3
Tajuk    : Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah Menengah Agama Setiu
               Tahun 2011
Tarikh  : 24 - 26 Mac 2011 (Khamis - Sabtu)
Tempat : Dewan Besar, Sekolah Menengah Agama Setiu, Setiu.

Kursus Pemantapan Fasilitator 2011

Kursus kali ini diadakan pada 13 - 15 Mac 2011 bertempat di Felda Residence, Kuala Terengganu. Aku ditempatkan dibilik 1408 bersama Cikgu Roslan bin Muda dari SMA Ittifakiah, Jerteh. Kursus kali ini difokuskan kepada pembinaan modul motivasi. Peserta yang berjumlah 40 orang dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan diberi tanggungjawab untuk menyediakan satu modul. Kumpulan 1 dan 2 diberi tugas untuk menyediakan modul kecemerlangan akademik. Kumpulan 3 dan 4 pula ditugaskan untuk menyediakan modul kecemerlangan pelajar. Kumpulan 5 pula diamanahkan untuk menyediakan modul pembangunan sahsiah.

Sukan MASMAT Zon C Tahun 2011

Kejohanan Sukan MASMAT Zon C Tahun 2011 telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Jerteh. Kejohanan yang melibatkan SMA Ittifakiah, SMA Maarif dan SMA Setiu berlangsung selama 3 hari dari 24 - 26 Februari 2011. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku ditugaskan sebagai jurulatih dan pengurus Pasukan Sepak Takraw Menengah Atas. Gambar di bawah menunjukkan aku dan pemain-pemain bergambar kenangan sebelum perlawanan dijalankan.
Duduk dari kiri : Mohd Bakri bin Kassim, Mohd Hafizuddin bin Mat Jak, Mohd Kamil bin Abdullah, 
Zulkifli bin Awang Siman dan Ahmad Syahmie bin Abdullah
 Berdiri dari kiri : Mohd Yusra bin Mohd, Mohd Fadhil bin Kamaruzzaman, Mohd Burhanuddin bin Mohd, 
Cikgu Razak bin Abd Rahman, Mohd Ridhuan bin Teh dan Mohd Zulfadli bin Mat Yunus

Pada kejohanan kali ini, pasukan sepak takraw SMA Maarif  telah muncul sebagai juara. Pasukan kami telah mengalahkan pasukan SMA Ittifakiah 2 -1  dalam perlawanan yang penuh mendebarkan pada petang Khamis, 24 Februari. Kami juga mengalahkan pasukan SMA Setiu dengan 2 - 1 juga pada perlawanan yang dijalakan pada pagi Jumaat, 25 Februari. Sebagai juara, pasukan kami akan mewakili Zon C ke Kejohanan Sukan MASMAT (Peringkat Akhir) yang akan dilangsungkan di sekolah kami dari 8 - 10 Mac 2011.



Kenangan di SMA Maarif

Sedang bersiap sedia untuk menyampaikan lagu nasyid. Dari kiri, Cikgu Wan Zaki Mahmood, Cikgu Razak Abd Rahman, Cikgu Azman Mohamad dan Cikgu Hamdan Hasbullah









Kenduri Kahwin - 5 Februari 2011

Setelah hampir satu jam berada di rumah Rosini, aku sekeluarga terus ke rumah pak saudaraku, Sarjan Bersara Mat San bin Ahmad di Kampong Gerai, Jerteh. Beliau merupakan satu-satunya adik-beradik ibuku yang masih hidup. Beliau mengadakan kenduri untuk menyambut isteri barunya. Isterinya yang pertama telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2009. Kami, anak-anak saudaranya merasa sungguh gembira kerana beliau sudah mendapat seorang isteri yang boleh menemani hidupnya. Walaupun beliau mempunyai 3 orang anak (semuanya lelaki) hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama, tapi mereka tinggal berjauhan kerana tugas masing-masing.


Setelah hampir satu jam berada di rumah pak saudaraku, aku dan keluarga terus ke Kampong Banir Belikung, Kelantan untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu isteriku. Sesat juga dibuatnya kerana telah lama tidak berkunjung ke sana. Setelah bertanya orang kampung, akhirnya kami sampai di rumahnya. Suasana sungguh ceria apatah pasangan pengantin baru. Mereka tentunya sungguh gembira kerana menjadi raja sehari. Kami bertolak pulang pada jam 8.00 malam.

Bersama Pak Nik Salleh

Aku dan keluarga bersama Pak Nik Salleh yang kini tinggal bersama anaknya di Kampong Banggol Peradong, Bukit Payong, Terengganu.

Kursus Pemantapan Fasilitator SMA Terengganu Tahun 2011


 

Bersama rakan sesekolah, Cikgu Hamdan bin Hasbullah
Bersama Cikgu Mohamad Azmi bin Hassan dari SMA Ittifakiah Jerteh

Bos kami, Tuan Haji Razak bin Jusoh, Penolong Pesuruhjaya HEP


















Menyelesaikan tugasan yang diberikan

Penceramah dari JPN Terengganu
Encik Azlan, Pengarah Kursus