Peperiksaan SPM Tahun 2009

Pada tahun 2009, aku telah dilantik sebagai Ketua Pengawas Peperiksaan SPM di Pusat TG021 - SMKA Wataniah, Alor Keladi, 22000 Jerteh, Terengganu. Aku dibantu oleh Ustaz Hasbullah bin Seman sebagai Timbalan Ketua Pengawas dan 9 orang pengawas. Semuanya, 4 orang pengawas lelaki dan 7 orang pengawas perempuan.

Pengawas lelaki terdiri daripada Ahmad Hasnullah bin Hasan dari SMKA Nurul Ittifaq, Kuala Besut dan Mohd Khairi Anuar bin Haji Awang dari SM Teknik, Besut. Pengawas perempuan pula ialah Puan Hanan bt Ab Rahman (SMA Maarif, Besut), Puan Hazwani bt A Kadir (SK Kuala Besut 2), Puan Noriha bt Abd Ghani (MRSM Kota Putra, Besut), Puan Rohana bt Endut (SMK Tengku Mahmud 2), YM Tuan Mariyah bt Tuan Yacob (SMK Tembila), Puan Zaharah @ Norlida bt Deraman (SK Kuala Besut 2) dan Puan Zaila bt Mat (SMA Maarif, Besut).

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009

Pada 14 November 2009 pula, aku telah menghadiri Sambutan Hari Q, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Pendidikan) 2009 bertempat di Dewan Besar, Sekolah Menengah Agama Marang, Marang, Terengganu. Aku telah diberi penghargaan untuk menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang oleh Yang Berhormat Encik Ahmad Razif bin Abd Rahman, EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu. Seramai 60 orang guru dan kakitangan telah dipilih untuk menerima APC bagi tahun 2009.