Kunjungan Keluarga ke Rumah Puan Roshaliza

30 Disember 2015 (Rabu) - Pada jam 6.00 petang hari ini, aku, isteri dan anak berkunjung ke rumah Puan Roshaliza bt Abd Wahab di Kampong Rawai, Bukit Payong, Terengganu. Kedatangan kami sekeluarga disambut mesra oleh Puan Roshaliza dan suaminya, Encik Mohammad Yusof.

Kunjungan Keluarga ke Rumah Haji Akram @ Amir

29 Disember 2015 (Selasa) - Aku, isteri dan anak telah berkunjung ke rumah Haji Akram @ Amir bin Abd Majid, Ketua Unit, Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. Kedatangan kami pada jam 6.00 petang telah disambut oleh tuan haji.

Mohd Hamdan Berkunjung ke SMA Maarif

29 Oktober 2015, Khamis - Mohd Hamdan bin Abdullah berkunjung ke SMA Maarif untuk menghadiri Mesyuarat Pengawas Peperiksaan STPM 2015. Beliau sekarang bertugas sebagai guru di SMK Putra, Jerteh, Terengganu.

Penilaian APSSK 2015

06 Ogos 2015 (Khamis) : Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan.

Rombongan Perkahwinan ke Alor Setar, Kedah.

18 Julai 2015 (Sabtu) - Pada hari ini, aku dan isteri menyertai rombongan perkahwinan cucu saudara ke Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Rombongan kami telah menginap di sebuah homestay yang diperbuat daripada kayu. Binaannya agak menarik. Homestay yang mengandungi 1 bilik besar dan 2 bilik kecil sesuai untuk 20 orang. Terletak berhampiran dengan sawah padi dengan pemandangan yang sungguh menarik. Dari sini, kami dapat melihat dengan jelas Menara Jam Besar Alor Setar.

Majlis akad nikah telah diadakan selepas solat isyak di masjid kampung berkenaan. Selepas itu, rombongan kami dijemput ke rumah pengantin perempuan untuk menikmati makan malam. 
Aku dan isteri bergambar di hadapan homestay

Rombongan Ke UNIMAP

JUMAAT, 29 Mei 2015 - Jam 10.30 pagi - Bertolak dari rumah. Mengerjakan solat fardhu Jumaat di Masjid Gemang, Jeli. Berehat sekejap di R&R Sungai Perak untuk solat asar.

Bengkel APPS MAARIF di UMT

19 Mac 2015 (Khamis) : Aku, Cikgu Rohani Hussain dan Ustazah Nurzielah Mat Aroff menghadiri Bengkel APPS MAARIF di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Gong Badak, Terengganu.