Berkunjung ke Rumah Rohana Latif

 1 Disember 2021 (Rabu) : Aku dan isteri berkunjung ke rumah kawan sekelas, Rohana bt Latif yang terletak di Kampung Saujana, Setiu, Terengganu.

Sejenak di Langgar Rindu

 1 Disember 2021 (Rabu) : Aku dan isteri bergambar kenangan berlatarbelakangkan Langgar Rindu yang terletak di Kampung Rhu Tapai, Setiu, Terengganu.

Berkunjung ke Rumah Che Hasbi

1 Disember 2021 (Rabu) : Aku dan isteri berkunjung ke rumah kawan sekelas, Che Hasbi bin Ramli yang terletak di Pangsapuri Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu. Aku menyampaikan sedikit sumbangan wang dari rakan-rakan sekelas.

Sejenak di Terengganu Drawbridge

1 Disember 2021 (Rabu) : Aku dan isteri bergambar kenangan berlatarbelakangkan Terengganu Drawbridge.

Berkunjung ke Rumah Cikgu Rusdi

23 November 2021 (Selasa) : Aku dan isteri berkunjung ke rumah Cikgu Rusdi bin Hassan di Machang, Kelantan. Cikgu Rusdi adalah seorang Guru Besar. Beliau adalah rakan sekelas Matrikulasi UKM, di SM Sains Terengganu Sesi 1979/1980.

Berkunjung ke Masjid Beijing di Rantau Panjang.

23 November 2021 (Selasa) : Aku dan isteri menjejakkan kaki di masjid yang unik di Pekan Rantau Panjang, Kelantan.

Berkunjung Ke Gua Kelam, Perlis.

19 November 2021 (Jumaat) : Aku dan keluarga berkunjung ke Gua Kelam, Perlis. Disebabkan arus air yang deras, semua pengunjung tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkelahan.

Makan Malam di Menara Alor Setar, Kedah.

18 November 2021 (Khamis) : Makan malam di Menara Alor Setar.

Menerima Kunjungan Dr Mohd Zain dan Keluarga

4 November 2021 (Khamis) : Dr Mohd Zain dan keluarga telah berkunjung ke rumah aku. Setelah berbual secara ringkas dan minum air teh O panas dan pisang goreng,  aku dan isteri membawa mereka ke beberapa tempat menarik. Antaranya ialah Masjid Lapan Kubah dan Pantai Peranginan Bukit Keluang.

Beriadah Bersama Keluarga

 27 September 2021 (Isnin)

Majlis Pernikahan Nur Zarith Sofea

11 September 2021 (Sabtu) : Alhamdulillah, majlis pernikahan cucu saudara Nur Zarith Sofea binti Mohd Rafi dan Muhammad Haziq Hairur Hazam telah berlangsung dengan selamatnya di rumah arwah ibu bapanya di Cheras, Selangor.

GELAGAT CUCU 10 OGOS 2021

10 OGOS 2021 (SELASA)

GELAGAT CUCU HARI INI

9 Ogos 2021 (Isnin)

GELAGAT CUCU

29 Julai 2021 (Khamis)

GELAGAT CUCU 14 JULAI 2021

14 Julai 2021 (Rabu)

KEBUN DURIAN 14 JULAI 2021

14 Julai 2021 (Rabu) : Aku menjalankan kerja-kerja membersih kebun durian. Alhamdulillah, sebuah bangsal dapat didirikan dengan bantuan Saudara Nawang Hussin.

GELAGAT LUTFAN

13 Julai 2021 (Selasa)

RAHIM KAHWIN LAGI

13 Julai 2021 (Selasa) : Rahim Mohamad telah sah menjadi suami kepada Cikgu Nor dalam majlis akad nikah yang dijalankan di Pejabat Agama Daerah Besut. Isteri pertama Rahim telah meninggal manakala suami Cikgu Nor juga telah kembali ke rahmatullah. Semoga Rahim dan Cikgu Nor berbahagia sehingga akhir hayat.

ITALI JUARA EURO 2021

12 Julai 2021 (Isnin) : Itali muncul sebagai Juara EURO 2021 setelah mengalahkan England 3-2 menerusi penentuan penalti. Kedua-dua pasukan seri 1-1 sehingga tamat perlawanan selama 120 minit. Penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma yang berusia 22 tahun pula dianugerahkan Anugerah Pemain Terbaik EURO 2021. Manakala Christian Ronaldo, Kapten Portugal dianugerahkan Kasut Emas selepas menjaring lima gol.

VAKSIN DOS 2

11 Julai 2021 (Ahad) : Alhamdulillah, aku selesai vaksin dos 2 pada jam 2.30 petang ini bertempat di Kota Putera Square, Kampong Raja.

TELATAH CUCU-CUCU

10 Julai 2021 (Sabtu)

KEBUN DURIAN 27 JUN 2021

27 Jun 2021 (Ahad) : Keadaan kebun durian pada hari ini. Usaha akan dilakukan untuk membersih segala semak samun.

VAKSINASI COVID-19 DOS 1

20 Jun 2021 (Ahad) : Aku menerima vaksin dos 1 di Kota Putera Square, Kampong Raja, Besut, Terengganu pada jam 2.30 petang.

Pemasangan Label Arah Qiblat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Tumboh, Besut.

12 April 2021 (Isnin) : Menguruskan pemasangan label arah qiblat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Tumboh, Besut.

Kematian Noor Liha binti Mat Ali

12 April 2021 (Isnin) : Anak saudaraku, Noor Liha binti Mat Ali telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.54 malam.

Berkunjung ke Kediaman Che Hasbi

8 Januari 2021 (Jumaat) : Aku dan isteri berkunjung ke kediaman Che Hasbi. Turut hadir ialah Puan Hajjah Zalikar dan suami. Kami tiba di kediaman Che Hasbi pada jam 5.00 petang.


Sambutan Hari Lahir 2021

1 Januari 2021 : Aku dan keluarga menyambut Hari Lahir di Kampong Mangkok, Setiu, Terengganu.