Majlis Persaraan

14 Disember 2020 (Isnin) : Kelab Warga, Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut, Terengganu telah mengadakan Majlis Persaraan aku bermula pada jam 11.30 pagi hari ini. Majlis yang disertai oleh sebahagian besar guru dan kakitangan sekolah telah diadakan di Primula Cafe, Besut, Terengganu.


Mengunjungi Rakan Sekelas

7 November 2020 (Sabtu) : Aku dan isteri telah mengunjungi Che Hasbi bin Ramli di No 22/08, Pangsapuri Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Kunjungan ini adalah untuk bertemu dengan Che Hasbi dan anak sulongnya, Hazwan. Che Hasbi mengalami penyakit strok sejak 11 tahun yang lalu. Aku mewakili rakan-rakan sekelas yang lain yang tidak dapat hadir bersama akibat Pandemik COVID-19. Dalam kunjungan ini, aku telah menyampaikan sumbangan wang tunai yang telah disumbangkan oleh rakan-rakan sekelas. Ini adalah pertemuan kali pertama aku dan Che Hasbi setelah berpisah pada tahun 1978. Kami belajar di Tingkatan 5N1, Sekolah Menengah Ismail Petra (SMIP), Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Program Anak Angkat 2020

 27 September 2020 (Ahad)

Berkunjung ke Rumah Sofi

25 September 2020 (Jumaat) : Aku dan isteri telah berkunjung ke rumah Mohd Sofi di Sungai Petani, Kedah. Setelah berbual tentang pelbagai perkara, Mohd Sofi telah membawa aku dan isteri berkunjung ke kedai nasi kandar untuk menikmati makan malam. Turut hadir ialah isteri Mohd Sofi.

Minum Malam Bersama Ahli Group SSN'78

16 September 2020 (Rabu) : Aku dan beberapa orang rakan group SSN'78 telah keluar minum malam bertempat di ISMA CAFE, Alor Lintah, Jertih. Rakan-rakan yang hadir ialah Adnan Ali, Muhamad Saufi Abd Rahman dan Wan Abd Razak Wan Hassan.

Hari Raya Aidil Fitri 1441H

24 Mei 2020 (Ahad) : Hari Raya Aidil Fitri 1441H/2020M disambut dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan oleh Pandemik COVID-19.

Jom Baca Bersama Selama 10 Minit Tahun 2020

23 April 2020 (Khamis) : Program Jom Baca Bersama Selama 10 Minit dijalankan secara serentak di seluruh negara pada hari ini pada jam 11.00 - 11.10 pagi.

Berkunjung ke Rumah Anak

16 Mac 2020 (Isnin) : Aku dan isteri berkunjung ke rumah anak di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Majlis Tautan kasih - ReUnion 5N1 2020

15 Mac 2020 (Ahad) : Majlis Tautan Kasih - ReUnion Kelas 5N1 SMIP 1978 telah diadakan di Dewan Rebana 2, Hotel BlueWave, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Aku, isteri, anak perempuan, menantu dan cucu menghadiri majlis tersebut. Majlis berlangsung dalam suasana ceria dan meriah. Kami bertemu setelah berpisah selama 42 tahun.
Duduk dari kanan : Rapiah, Rohana, Wan Azizah, Zalikar, Nooreha, Aminah
Barisan tengah dari kanan : Aziz, S
heikh Ezani, Tengku Aziz, Maktar, Samsuddin, Mohd Zain
Barisan belakang dari kanan : Razali, Razak, Nik Azmi, Mohd Asri, Mohd Azri

Kejohanan Sukan MASMAT 2020

12 Mac 2020 : Kejohanan Sukan MASMAT (Sepak Takraw) diadakan di SMA Ittifakiah, Jerteh. Kejohanan ini terpaksa ditangguhkan kerana COVID-19.

Program Santai Di Pantai Bukit Keluang

29 Februari 2020 (Sabtu) : Mantan PTP PKG Raja dan GPM PKG Raja telah menyertai Program ini yang diadakan di Pantai Bukit Keluang.

SAMBUTAN HARI LAHIR TAHUN 2020

16 Februari 2020 (Ahad) : Pihak SMA Maarif mengadakan Sambutan Hari Lahir kepada guru-guru dan murid-murid yang lahir pada bulan Januari.

Bersantai Di Muara Kuala Besut

14 Februari 2020 (Jumaat) : Petang ini, aku dan isteri telah menghadiri Aktiviti Bersantai Di Muara Kuala Besut yang telah diadakan pada jam 5.30 petang hari ini bertempat di Warung Ombak Biru, Kampung Nail, Kuala Besut. Aktiviti kali ini cukup meriah dengan dihadiri oleh 27 orang ahli group SSN 1978 dan keluarga. Petang ini kami menikmati nasi dagang berlauk udang segar dan pulut gaul nyiur berlauk ikan selayang segar dibakar tawar. Aktiviti telah mengeratkan lagi tali persaudaraan di antara ahli group dan ahli keluarga.

Menziarahi Mangsa Kebakaran

4 Februari 2020 (Isnin) : Aku dan tiga orang rakan group SSN'78 telah menziarahi mangsa kebakaran di Kampung Gerong, Apal, Jertih, Besut, Terengganu untuk menyampaikan sedikit sumbangan wang, pingang mangkuk dan pakaian.

Pesta Buku PPAT 2020

2 Februari 2020 (Ahad) : Seluruh GPM sekolah-sekolah Negeri Terengganu berkumpul di Dewan Besar, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu untuk majlis taklimat pesta buku 2020.

Majlis Hi-Tea Bersama Datin Shamsiah Salleh

31 Januari 2020 (Jumaat) : Datin Shamsiah binti Salleh telah menjemput ahli group untuk menghadiri Majlis Hi-Tea yang diadakan pada jam 5.30 petang bertempat di Isma Cafe, Alor Lintah, Jertih.

Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Azam Ahmad

25 Januari 2020 (Sabtu) : Aku menghadiri Majlis Kenduri Perkahwinan Anak Perempuan Azam Ahmad telah diadakan pada hari ini di rumah beliau di Kampong Gong Kepas Dalam, Kampong Raja.

Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Mat Yazid

25 Januari 2020 (Sabtu) : Aku menghadiri Majlis Kenduri Perkahwinan Anak Perempuan Mat Yazid telah diadakan pada hari ini di rumah beliau di Kampong Bukit Kenak, Jerteh. 

Menziarahi Abangku

24 Januari 2019 : Aku berkunjung ke rumah abangku, Yahaya bin Abd Rahman di Kampong Gerai, Jertih. Beliau menghadapi masalah kesihatan selepas beberapa kali terlibat dalam kemalangan.

Minum Petang Bersama Mat Daud Majid

18 Januari 2020 (Sabtu) : Satu majlis minum petang bersama Mat Daud Majid telah diadakan jam 5.30 petang hari ini bertempat di Isma Cafe, Alor Lintah, Jertih, Terengganu. Majlis yang dihadiri 22 orang rakan-rakan berlangsung dalam suasana ceria dan mesra. Pelbagai cerita menarik dan lucu terutama diwaktu persekolahan diulang kembali menyebabkan suasana perjumpaan dipenuhi dengan hilai ketawa.