Rosnah dan Keluarga Menunaikan Umrah

28 Mei 2016, Sabtu - Pada hari ini, Rosnah dan keluarga telah berangkat ke tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah. Turut serta dalam kumpulan ini ialah Wan Mandak bt Wan Ngah. Mereka telah melaporkan diri di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa pada jam 6.00 petang. Pada jam 8.00 malam, mereka telah menaiki pesawat Air Asia menuju ke KLIA.

Majlis Perkahwinan Nor Hanis bt Hasan

28 Mei 2016, Sabtu - Majlis perkahwinan Nor Hanis bt Hasan dan Ahmad Syukri telah diadakan pada hari ini. Majlis akad nikah telah dilangsungkan pada jam 10.30 pagi di Masjid Kampung Limbongan, Besut. Majlis kenduri kesyukuran telah diadakan di Demong Resort, Besut.

Lawatan Penanda Aras dari Kolej Vokasional Besut.

12 Mei 2016 (Khamis) : Pada hari ini, seramai 5 orang guru dari Kolej Vokasional Besut telah membuat lawatan penanda aras ke Pusat Sumber Dato' Haji Abbas, SMA Maarif, Besut. Rombongan yang diketuai oleh Cikgu Nor Asmadi bin Yaacob telah tiba pada jam 9.00 pagi. Kehadiran mereka telah disambut oleh GPM Razak bin Abd. Rahman.

Senarai ahli rombongan adalah

1.
NOR ASMADI BIN YAACOB (GPM)
2.
ROSLAN BIN MAT HASAN
3.
MOHD ZAKIRI BIN YUSOF
4.
NOOR AZIAM BIN MUHAMAD
5.
ASMAHALIM BIN HASAN