Syarif Naik Rumah Baru

27 Mei 2022 (Jumaat) : Aku dan isteri menghadiri majlis kesyukuran Mohd Syarif Mat San, sepupuku, di PT 8502, Kampung Air Tawar, Mukim Bukit Keluang, Besut, Terengganu. 

Menikmati Sarapan Pagi di Warung D'Baruh

25 Mei 2022 (Rabu) : Aku dan tiga orang ahli Group SSN'78 menikmati sarapan pagi di Warung Kak Tie D'Baruh, Kampung Air Terjun, Jertih, Besut, Terengganu. Kami menikmati nasi puteh, gulai kambing, kari kepala ikan merah dan gulai ayam kampung.

Sambutan Hari Raya Eidil Fitri 1443H

22 Mei 2022 (Ahad)Group SSN'78 telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Eidil Fitri 1443H/2022M bertempat di Redux Kithen, Taman Koperat Putra, Besut, Terengganu. Jumlah yang hadir ialah 50 orang. Mereka terdiri daripada ahli dan ahli keluarga masing-masing. Majlis bertambah meriah dan berseri dengan kehadiran guru kami, Cikgu Hussein bin Yaakob, Cikgu Hussin bin Wahab dan Cikgu Siti Aishah.

Bertemu dan Menikmati Sarapan Pagi Di Gong Nering

20 Mei 2022 (Jumaat) : Aku dan 29 orang ahli Group SSN'78 telah bertemu dan bersama-sama menikmati sarapan pagi di Warung Nasi Kerabu Kambing Bakar, Kg. Gong Nering, Jertih, Besut, Terengganu. Kami memilih warna kuning sebagai warna utama pakaian kami, nampak lebih ceria dan meriah.

Bertemu dan Menikmati Sarapan Pagi Di Gong Duek

17 Mei 2022 (Selasa) : Aku dan  19 orang ahli Group SSN'78 Lelaki bertemu dan bersarapan pagi di Warung Ayam Kampung, Jalan Empangan Jajar, Gong Duek, Jertih, Besut, Terengganu.

Perbincangan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1443H

13 Mei 2022 (Jumaat) : Aku dan lima orang ahli Group SSN'78 mengadakan perbincangan untuk mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1443H di AMEER TOMYAM, Gong Nering.

Berkunjung ke Tanjung Malim, Perak.

9 Mei 2022 (Isnin) : Aku ke Tanjung Malim, Perak untuk menghantar anak yang belajar di UPSI. Kami pergi dengan menaiki kereta yang akan digunakan oleh anakku untuk berulang-alik dari rumah sewa ke kampus. Aku bertolak balik pada hari Selasa, 10 Mei 2022 dengan menaiki bas Queen Express. 

Majlis Kesyukuran Cikgu Fauzi Salleh

7 Mei 2022 (Sabtu) : Aku dan ahli Group SSN'78 menghadiri kenduri kesyukuran Cikgu Fauzi Salleh di Kampung Air Terjun, Jertih sempena majlis perkahwinan anak lelaki beliau.

Kenduri Kesyukuran Cikgu Wan Zaki Mahmud

6 Mei 2022 (Jumaat) : Aku dan isteri menghadiri kenduri kesyukuran Cikgu Wan Zaki Mahmud sempena majlis perkahwinan anak perempuan beliau.

Sambutan Hari Raya Eidil Fitri 1443H/2022M

2 Mei 2022 (Isnin) : Hari Raya Eidil Fitri 1443H disambut pada hari ini.