Mini Re-Union Group SSN 1978

25 Disember 2019 (Rabu) : Group SSN 1978 berkumpul di Satay Lanang, Jabi, Besut, Terengganu untuk meraikan Saudara Baharum bin Jaafar yang telah menerima kenaikan pangkat sebagai Pegawai Hutan Daerah Setiu.

Menikmati Makanan Laut di Pantai Penarek, Setiu, Terengganu.

25 Disember 2019 (Rabu)

Hari Keluarga 2019 di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu

24 - 25 Disember 2019 : Aku dan keluarga berkumpul di Duyong Marina Resort.

Hari Pertama : 24 Disember 2019 (Selasa)

Berkunjung ke Drawbridge Kuala Terengganu

22 Disember 2019 (Ahad) : Aku dan Cikgu Che Daud Salleh berkunjung ke Drawbridge, Kuala Terengganu pada jam 9.00 malam. Kami menaiki aras dua dengan menggunakan lif. Setiap orang pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM5.00. Dari sini, pengunjung dapat menikmati pemandangan menarik Bandaraya Kuala Terengganu, muara sungai dan kampung Seberang Takir.

Percutian di Kuala Terengganu

21 - 24 Disember 2019 : Aku dan isteri menikmati hari-hari cuti di KualaTerengganu. Kami menginap di Bilik 628, Hotel Grand Puteri yang terletak berdekatan dengan Masjid Puteh.

Hari Pertama, 21 Disember 2019 (Sabtu) : Check-in di Bilik 628 di tingkat enam.

Berkunjung ke Kedai Keropok Pozi Catering

21 Disember 2019 (Sabtu) : Aku dan Cikgu Che Daud Salleh berkunjung ke Kedai Pozi Catering untuk bertemu dan beramah mesra dengan pemiliknya, Pozi Hassan yang merupakan bekas murid kami di SMA Maarif, Besut. Perbualan kami berlangsung dengan penuh ceria dan mesra. Apatah lagi dapat menikmati ABC dan Satar Bakar dengan percuma.

Majlis Perkahwinan Dr Amin dan Dr Ika

30 November 2019 (Sabtu) : Aku dan keluarga menghadiri Majlis Perkahwinan Dr Amin dan Dr Ika di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu, Terengganu.

Menghadiri Majlis Pernikahan Anak Sahabat

8 November 2019 (Jumaat) : 5.30 Petang - majlis berlangsung di rumah pengantin perempuan di Kampung Pasir Badak, Bukit Payong, Jerteh.

Jamuan Akhir Tahun Kelab Warga Tahun 2019

31 Oktober 2019(Khamis) : Jamuan Akhir Tahun Kelab SMA Maarif Warga Tahun 2019 telah diadakan di Demong Beach Resort, Besut.

Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi 2019

31 Oktober 2019 (Khamis) : Majlis ini diadakan untuk meraikan persaraan Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail (Pengetua), Encik Mohd Azami bin Abd Ghani (PK Pentadbiran), Encik Wan Zaki bin Mahmood (Guru Penolong), Ustazah Sabina binti Mohd Amin (Guru Penolong) dan empat orang kakitangan sokongan SMA Maarif.

Makan Malam Bersama Keluarga Abang Hamid

10 Oktober 2019 (Jumaat) : Makan Malam Bersama Keluarga Abang Hamid di Batu Burok, Terengganu.

Menerima Kunjungan Mat Zali dan Isteri

3 Oktober 2019 (Khamis) : Aku dikunjungi oleh Mat Zali dan isteri.

Program Mentor-Mentee

29 September 2019 (Ahad) : Program Mentor-Mentee diadakan di Dataran Ilmu melibatkan semua guru dan murid.

Kenduri Perkahwinan Anak Perempuan Kak Za

28 September 2019 (Sabtu) : Aku dan isteri menghadiri majlis perkahwinan anak Kak Zaharah di Perkarangan Desa Ukiran Kayu, Kampong Raja, Besut.

Hafizuddin mendaftar sebagai pelajar UPSI

2 September 2019 (Isnin) : Hari ini merupakan hari bersejarah bagi anakku Muhammad Hafizuddin yang bergelar mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) dengan Kepujian di UPSI.

Berkunjung ke UPSI

1 September 2019 (Ahad) : Aku dan keluarga berkunjung ke UPSI, Tanjung Malim, Perak untuk urusan pendaftaran Muhammad Hafizuddin.

Majlis Perkahwinan Tuan Muiz di Felda Tementi, Temerloh, Pahang

31 Ogos 2019 (Sabtu) : Satu majlis untuk meraikan perkahwinan Tuan Muiz dan pasangannya telah diadakan pada hari ini di kediaman ibu-bapanya di Felda Tementi, Temerloh, Pahang.

Kenduri Kesyukuran Zakaria

30 Ogos 2019 (Jumaat) : Satu majlis kesyukuran telah diadakan di rumah Zakaria Ahmad di Kampung Gong Resam, Pasir Akar, Jerteh. Majlis sholat hajat, tahlil dan doa selamat diadakan selepas sholat Jumaat. Majlis ini diadakan untuk menunaikan nazarnya apabila anak sulongnya dapat melanjutkan pengajian ke Universiti Utara Malaysia. Dua ekor kambing telah ditumbangkan untuk dijamu kepada tetamu yang hadir.

Jamuan Kelas 5 Muslim 2019

29 Ogos 2019 (Khamis) : Menghadiri jamuan kelas 5 Muslim 2019.

Majlis Kesyukuran Normah Yaakub

15 Ogos 2019 (Khamis) : Aku dan isteri menghadiri majlis kesyukuran sempena perkahwinan anak perempuan sepupuku, Normah Yaakub di Dewan Serbaguna Kampong Gong Nering, Jerteh.

Kenduri Kesyukuran Abd Ghafar Daud & Laila Bt Mat Sulaiman

29 Jun 2019 (25 Syawal 1440H) (Sabtu) : Aku dan isteri memenuhi jemputan Encik Ghafar bin Daud ke majlis kesyukuran sempena perkahwinan anak perempuan beliau di kediamannya di Lot 5537, Jalan Tembila, Kg Paya Raya, 22200 Besut, Terengganu.

Berkunjung ke Felda Jenderak Utara

19 Jun 2019 (Rabu) : Aku dan keluarga berkunjung ke rumah kakak di Felda Jenderak Utara, Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Berkunjung ke UPSI

18 - 19 Jun 2019 (Selasa) - Aku dan keluarga berkunjung ke Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak Darul Ridhuan. Anak bongsu aku, Muhammad Hafizuddin menjalani temu duga untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda di sini. Kami menginap di Bilik 509, Hotel Scholar's Suite yang terletak di dalam kampus UPSI.

Sambutan Hari Guru Tahun 2019

2 Mei 2019 (Khamis) : Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Majlis Sambut Menantu Adila Azeana

28 April 2019 (Ahad) : Majlis sambut menantu Adila Azeana binti Othman telah diadakan di rumah pasanganya, Amirul Arifin bin Ahmad di alamat No 10, Jalan 10, Taman Cempakasari 2, 42100 Klang, Selangor.

Zainon Latif Kembali ke Rahmatullah

11 April 2019 (Khamis) : Sepupuku, Zainon bt Latif telah kembali ke rahmatullah.