Majlis Perasmian Studio TV Mu'allim

31 Mac 2019 (Ahad) : Satu Majlis Perasmian Studio TV Mu'allim, SMA Maarif telah diadakan pada hari ini. Majlis yang sangat ringkas ini dihadiri beberapa orang guru sahaja. Studio baharu yang terletak di satu ruang di dalam Perpustakaan ini telah diusahakan oleh Cikgu Kahizah binti Abd Kadir, Penolong Setiausaha, Jawatankuasa Induk Pusat Sumber Dato" Haji Abbas (PSDHA). Cikgu Kahizah memilih untuk bersara pilihan mulai 1 April 2019.

Majlis Perkahwinan Nor Adila

30 Mac 2019 (Sabtu) : Aku dan isteri menghadiri majlis perkahwinan Nor Adila di Masjid Kampong Limbongan, Besut. Nor Adila adalah cucu saudaraku hasil perkahwinan Habsah dan Othman.

Menziarah Kak Yah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

10 Mac 2019 (Ahad) : Aku, isteri dan kakakku Fatimah berkunjung ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk menziarahi kakak iparku, Kak Yah yang menerima rawatan akibat penyakit kencing manis. Kak Yah adalah isteri kepada abangku, Daud bin Abd Rahman yang merupakan seorang peneroka di Felda 13, Jengka, Pahang.