PROGRAM RUMAH MATEMATIK TAMBAHAN SIRI 5 TAHUN 2016

17 September 2016 (Sabtu) : Program Rumah Matematik Tambahan Siri 5 Tahun 2016 telah berjaya diadakan di rumah Puan Norazalita binti Mahmood, Kampung Lahar, Besut, Terengganu.

Majlis Kesyukuran Cikgu Hashim Awang

15 September 2016, Khamis - Aku dan isteri telah menghadiri Majlis Kesyukuran Cikgu Hashim bin Awang sempena perkahwinan anak perempuan beliau. Majlis yang meriah dan bewarna-warni ini telah diadakan di kediaman beliau di Kampung Saujana, Setiu, Terengganu.

Majlis Kesyukuran Cikgu Sukeri Ibrahim

14 September 2016, Rabu - Aku dan isteri dapat memenuhi jemputan ke majlis kesyukuran sempena Majlis Menyambut Menantu Cikgu Sukeri bin Ibrahim, Penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut.

Majlis Kesyukuran Ustaz Wan Ahmad Rafidi

10 September 2016, Sabtu - Aku dan isteri berkunjung ke Majlis Menyambut Menantu Ustaz Wan Ahmad Rafidi bin Wan Ishak.

Bengkel Memperkasakan Kemahiran Literasi Maklumat (Komunikasi)

6 September 2016, Selasa - Aku menghadiri bengkel tersebut bertempat di Permai Hotel, Kuala Terengganu. Seramai 30 orang guru PSS dari 10 buah sekolah menengah agama negeri Terengganu telah menghadiri kursus selama 3 hari 2 malam ini.
Peserta bergambar bersama Urusetia dan Tuan Haji Wan Mohd Noor Wan Ismail

Percutian Keluarga ke Pulau Pinang dan Perlis 31 Ogos - 3 September 2016

31 Ogos 2016, Rabu

9.00 Pagi - Bertolak dari rumah menuju ke Pulau Pinang melaui jalan Jeli - Grik - Butterwoth - Geoge Town - Balik Pulau.

4.00 Petang - Selamat sampai di Masjid Al Malik Khalid, USM.