Jamuan Akhir Tahun 2016 GPM PKG Raja

7 November 2016, Isnin - Jamuan Akhir Tahun GPM sekolah-sekolah ahli PKG Raja, Besut telah diadakan pada hari ini bertempat di Isma Cafe, Alor Lintah, Besut, Terengganu.

PROGRAM RUMAH MATEMATIK TAMBAHAN SIRI 5 TAHUN 2016

17 September 2016 (Sabtu) : Program Rumah Matematik Tambahan Siri 5 Tahun 2016 telah berjaya diadakan di rumah Puan Norazalita binti Mahmood, Kampung Lahar, Besut, Terengganu.

Majlis Kesyukuran Cikgu Hashim Awang

15 September 2016, Khamis - Aku dan isteri telah menghadiri Majlis Kesyukuran Cikgu Hashim bin Awang sempena perkahwinan anak perempuan beliau. Majlis yang meriah dan bewarna-warni ini telah diadakan di kediaman beliau di Kampung Saujana, Setiu, Terengganu.

Majlis Kesyukuran Cikgu Sukeri Ibrahim

14 September 2016, Rabu - Aku dan isteri dapat memenuhi jemputan ke majlis kesyukuran sempena Majlis Menyambut Menantu Cikgu Sukeri bin Ibrahim, Penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut.

Majlis Kesyukuran Ustaz Wan Ahmad Rafidi

10 September 2016, Sabtu - Aku dan isteri berkunjung ke Majlis Menyambut Menantu Ustaz Wan Ahmad Rafidi bin Wan Ishak.

Bengkel Memperkasakan Kemahiran Literasi Maklumat (Komunikasi)

6 September 2016, Selasa - Aku menghadiri bengkel tersebut bertempat di Permai Hotel, Kuala Terengganu. Seramai 30 orang guru PSS dari 10 buah sekolah menengah agama negeri Terengganu telah menghadiri kursus selama 3 hari 2 malam ini.
Peserta bergambar bersama Urusetia dan Tuan Haji Wan Mohd Noor Wan Ismail

Percutian Keluarga ke Pulau Pinang dan Perlis 31 Ogos - 3 September 2016

31 Ogos 2016, Rabu

9.00 Pagi - Bertolak dari rumah menuju ke Pulau Pinang melaui jalan Jeli - Grik - Butterwoth - Geoge Town - Balik Pulau.

4.00 Petang - Selamat sampai di Masjid Al Malik Khalid, USM.

PROGRAM RUMAH MATEMATIK TAMBAHAN SIRI 4 TAHUN 2016

27 Ogos 2016 (Sabtu) : Program Rumah Matematik Tambahan Siri 4 Tahun 2016 telah diadakan pada hari ini bertempat di rumah Encik Sarbani bin Ishak, Kampung Baharu, Kuala Besut.

PROGRAM RUMAH MATEMATIK TAMBAHAN SIRI 3 TAHUN 2016

20 Ogos 2016 (Sabtu) : Program Rumah Matematik Tambahan Siri 3 Tahun 2016 telah berjaya diadakan pada hari ini bertempat di rumah Puan Hasmah bt Abdullah, No. 92, RAKR Alor Lintang 2, Besut, Terengganu.

PROGRAM RUMAH MATEMATIK TAMBAHAN SIRI 2 TAHUN 2016

13 Ogos 2016 (Sabtu) : Program Rumah Matematik Tambahan Siri 2 Tahun 2016 telah diadakan pada hari Sabtu, 13 Ogos 2016 bertempat di rumah Encik Zailani bin Awang, Kampung Cawangan, Hulu Besut, Terengganu.

PROGRAM RUMAH MATEMATIK TAMBAHAN SIRI 1 TAHUN 2016

6 Ogos 2016 (Sabtu) : Program Rumah Matematik Tambahan Siri 1 Tahun 2016 telah diadakan pada 6 Ogos 2016 di rumah Encik Mohd Sukri bin Abd Aziz, Kampung Limbongan, Besut, Terengganu.

Menerima Tetamu Lawatan Penanda Aras

27 Julai 2016 (Rabu) : Melayani tetamu yang berkunjung ke SMA Maarif. Mereka terdiri daripada guru pengiring dan murid-murid.

Kunjungan ke SMK Syed Abu Bakar, Kupang, Baling, Kedah.

5 Jun 2016, Ahad - Pada hari ini, aku berpeluang untuk menjejakkan kaki di SMK Syed Abu Bakar, Kupang, Baling, Kedah. Kunjungan ini adalah untuk memenuhi jemputan Cikgu Yusof bin Md Saman, Guru Perpustakaan dan Media sekolah ini. Pada hari Khamis, 26 Mei 2016, Cikgu Yusof telah mengetuai rombongan seramai 42 orang guru dan pengawas PSS sekolah ini membuat lawatan penanda aras ke SMA Maarif, Besut.

Kedatangan aku dan keluarga ke sekolah ini telah disambut dengan penuh mesra oleh Cikgu Yusof. Kami dibawa ke pejabat sekolah dan bertemu bual dengan Encik Mohamad Zaidi bin Abu Bakar, PK Pentadbiran sekolah. Selepas itu, kami dibawa melawat Pusat Sumber Sekolah. Kami sempat mengadakan perbincangan ringkas dan bertukar-tukar idea untuk memajukan PSS.

Kunjungan ke Rumah Haji Ab Manaf di Sungai Petani

4 Jun 2016, Sabtu - Hari ini, aku dan keluarga berkunjung ke rumah Haji Ab Manaf bin Sulong, 432, Jalan Semarak, 1/4 Taman Semarak, 08000 Sungai Petani, Kedah. Tuan Haji Ab Manaf adalah ayah kepada Ahmad Ramzur Nazri, menantu kami yang kedua. Kami selamat sampai di rumahnya pada jam 8.45 malam setelah bertolak pada jam 5.00 petang di Taiping, Perak. Kami melalui Lebuhraya. Perjalanan memakan masa kerana banyak kenderaan yang menggunakan lebuhraya. Malam ini kami bermalam di sini. Ini adalah kali pertama, kami berkunjung ke rumah Haji Ab Manaf.

Majlis Sambut Menantu Nor Hanis

4 Jun 2016 (Sabtu)

12.00 Tengahari : Majlis Sambut Menantu dilangsungkan di Dewan Majlis Perbandaran Taiping, Perak.

Rosnah dan Keluarga Menunaikan Umrah

28 Mei 2016, Sabtu - Pada hari ini, Rosnah dan keluarga telah berangkat ke tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah. Turut serta dalam kumpulan ini ialah Wan Mandak bt Wan Ngah. Mereka telah melaporkan diri di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa pada jam 6.00 petang. Pada jam 8.00 malam, mereka telah menaiki pesawat Air Asia menuju ke KLIA.

Majlis Perkahwinan Nor Hanis bt Hasan

28 Mei 2016, Sabtu - Majlis perkahwinan Nor Hanis bt Hasan dan Ahmad Syukri telah diadakan pada hari ini. Majlis akad nikah telah dilangsungkan pada jam 10.30 pagi di Masjid Kampung Limbongan, Besut. Majlis kenduri kesyukuran telah diadakan di Demong Resort, Besut.

Lawatan Penanda Aras dari Kolej Vokasional Besut.

12 Mei 2016 (Khamis) : Pada hari ini, seramai 5 orang guru dari Kolej Vokasional Besut telah membuat lawatan penanda aras ke Pusat Sumber Dato' Haji Abbas, SMA Maarif, Besut. Rombongan yang diketuai oleh Cikgu Nor Asmadi bin Yaacob telah tiba pada jam 9.00 pagi. Kehadiran mereka telah disambut oleh GPM Razak bin Abd. Rahman.

Senarai ahli rombongan adalah

1.
NOR ASMADI BIN YAACOB (GPM)
2.
ROSLAN BIN MAT HASAN
3.
MOHD ZAKIRI BIN YUSOF
4.
NOOR AZIAM BIN MUHAMAD
5.
ASMAHALIM BIN HASAN

Menerima Anugerah GPM Terbaik Negeri Terengganu 2015

21 Februari 2016 : Hari ini aku menerima Anugerah Guru Perpustakaan dan Media Terbaik Negeri Terengganu 2015 (Kategori Sekolah Menengah). Anugerah disampaikan oleh YBhg Tuan haji Safrudden bin Ali Hassan, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Anugerah disampaikan dalam Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Negeri Terengganu 2015 yang diadakan di Dewan Besar, BTPN Terengganu.

Pameran Pusat Sumber Sekolah 2016

21 Februari 2016 (Ahad) - Pusat Sumber Dato' Haji Abbas, SMA Maarif telah diberi penghormatan untuk mengadakan pameran sempena Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Dewan Besar, BTPN Terengganu.

Persedian Untuk Mengadakan Pameran Pusat Sumber Sekolah 2016

20 Februari 2016 (Sabtu) - Persediaan untuk mengadakan pameran.