KUNJUNGAN PRIHATIN SSN'78 SIRI8

31 Oktober 2022, Isnin : Aku dan isteri bersama-sama ahli Group SSN'78 berkumpul di rumah Mat Daud bin Ab Majid di kediamannya di Jalan Empangan Jajar, Kampung Gong Duek, Jerteh, Besut, Terengganu.

Ngeteh di Kampong Raja

27 Oktober 2022, Khamis : Alhamdulillah, pagi ni dapat bertemu, berbual dan menikmati sarapan pagi di Kedai Roti Canai Leh, Kampong Raja, Besut, Terengganu. Aku menikmati 2 keping roti canai kosong dan gulai ayam + hati.

Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Ramli Mamat

25 Oktober 2022, Selasa : Aku dan isteri menghadiri Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Ramli Mamat di Desa Harmoni, Jalan Batu Tumboh, Kampung Raja, Besut, Terengganu. Ramli adalah jiran aku. Berjumpa dengan Abe Ali Omar yang datang mengiringi pengantin lelaki, orang Kampung Jerus, Pasir Puteh, Kelantan.

Menghadiri Majlis Kesyukuran Che Sazuki

24 Oktober 2022, Isnin : Aku dan isteri menghadiri Majlis Kesyukuran Encik Che Sazuki dan Puan Norazalita di Kampung Lahar, Gong Kepas, Besut, Terengganu.

Berkunjung ke Klinik Dr Nik Azmi

18 Oktober 2022, Selasa : Aku dan isteri berkunjung ke Klinik Dr Nik Amir - Azmi, Jelawat, Bachok, Kelantan untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Sarapan Pagi Bersama Ahli Group 5N1 SMIP 1978

2 Oktober 2022, Ahad : Aku menikmati sarapan pagi bersama ahli Group 5N1 SMIP 1978 di Kedai Kak Ma Nasi Sup, Kampung Pendek, Kota Bharu, Kelantan.