GELAGAT CUCU

29 Julai 2021 (Khamis)

GELAGAT CUCU 14 JULAI 2021

14 Julai 2021 (Rabu)

KEBUN DURIAN 14 JULAI 2021

14 Julai 2021 (Rabu) : Aku menjalankan kerja-kerja membersih kebun durian. Alhamdulillah, sebuah bangsal dapat didirikan dengan bantuan Saudara Nawang Hussin.

GELAGAT LUTFAN

13 Julai 2021 (Selasa)

RAHIM KAHWIN LAGI

13 Julai 2021 (Selasa) : Rahim Mohamad telah sah menjadi suami kepada Cikgu Nor dalam majlis akad nikah yang dijalankan di Pejabat Agama Daerah Besut. Isteri pertama Rahim telah meninggal manakala suami Cikgu Nor juga telah kembali ke rahmatullah. Semoga Rahim dan Cikgu Nor berbahagia sehingga akhir hayat.

ITALI JUARA EURO 2021

12 Julai 2021 (Isnin) : Itali muncul sebagai Juara EURO 2021 setelah mengalahkan England 3-2 menerusi penentuan penalti. Kedua-dua pasukan seri 1-1 sehingga tamat perlawanan selama 120 minit. Penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma yang berusia 22 tahun pula dianugerahkan Anugerah Pemain Terbaik EURO 2021. Manakala Christian Ronaldo, Kapten Portugal dianugerahkan Kasut Emas selepas menjaring lima gol.

VAKSIN DOS 2

11 Julai 2021 (Ahad) : Alhamdulillah, aku selesai vaksin dos 2 pada jam 2.30 petang ini bertempat di Kota Putera Square, Kampong Raja.

TELATAH CUCU-CUCU

10 Julai 2021 (Sabtu)