Jom Makan TeBu Kali 9 Tahun 2024

27 Julai 2024 (Sabtu) : Alhamdulillah. Bersama-sama ahli Group SSN'78 menjayakan program Jom Makan TeBu kali 9 di atas Cruise Boat, Taman Rekreasi Agro Darau, Besut. Kami bersama sama menikmati sarapan pagi sambil melihat keindahan alam semula jadi di tasik yang tenang airnya.

Sarapan Pagi Di Bandar Kuala Kangsar

7 Julai 2024 (Ahad) : Alhamdulillah. Menikmati sarapan pagi bersama ahli keluarga di Bandar Kuala Kangsar, Perak sebelum bertolak balik ke Besut.

Majlis Sambut Menantu Anak Saudara di Perak

6 Julai 2024 (Sabtu) : Alhamdulillah. Aku dan keluarga menghadiri Majlis Sambut Menantu Anak Saudara, Inspektor Mohd Asyraf bin Apandi di Kampong Cheh, Kati, Kuala Kangsar, Perak.

Makan Pulut Durian di Kedah

5 Julai 2024 (Jumaat) : Alhamdulillah. Aku dan isteri dapat menikmati keenakan pulut durian di Sungai Petani, Kedah. Satu kedai yang luas dan selesa untuk penggemar durian. Pelbagai jenis durian dijual di sini termasuk musang king.