Kem ini telah diadakan pada 15 - 17 September 2011 bertempat di D'Pinggiran Gunung Tebu, Besut. Seramai 65 orang pelajar tingkatan 4 dan 2 dipilih untuk menghadiri kem ini. Mereka terdiri daripada 40 orang pelajar perempuan dan 25 orang lelaki. Pihak penganjur, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Pendidikan) (JaHEAT) telah melantik 4 orang fasilitator untuk memimpin kem ini. Mereka ialah Cikgu Hamdan bin Hasbullah (SMA Maarif, Besut), Cikgu Razak bin Abd Rahman (SMA Maarif, Besut), Cikgu Roslan bin Muda (SMA Ittifakiah, Jerteh) dan Haji Rozlan bin Ahmad (PLKP, Batu Rakit).
Halaman
- Home
- Profil Diri
- Isteri
- Mohd Hamdan
- Nor Hafizah
- Nor Farihah
- Nor Hazwani
- Muhammad Hafizuddin
- Cucu
- Album Tahunan
- Album Sekolah
- Hari Raya Eidul Fitri
- Kenduri Kahwin
- Kematian
- Pak Nik Salleh
- Percutian
- Video
- Ziarah
- Perkahwinan
- Kad Perkahwinan
- Album Wajah
- Album PPK
- Album SMAM
- Album Jogjakarta
- Album APSSK 2015
- Surat
- Gambar Passport
- Sijil Penyertaan
- Sijil Penghargaan
- Abang Hamid
- 5N1 SMIP 1978
- Sahabat SM Seri Nering
- Pak Su Hasan
- Sepupu
- Besan
- Album Rakan-Rakan
- Album BTPNT
- video1
- Bil Utiliti
- Video 2022
- Kenderaan
KESSUMA 2011 - UUM, Sintok, Kedah Darul Aman
Kejohanan pada tahun 2011 telah diadakan pada 5 - 9 Jun 2011 bertempat di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah Darul Aman. Kejohanan kali ke 12 ini telah disertai oleh 7 buah negeri iaitu Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Terengganu. Tahun ini, Terengganu dan Kelantan diumumkan sebagai Johan Bersama setelah berjaya mengutip 3 emas, 2 perak dan 2 gangsa. Terengganu menjadi juara kali kelapan daripada 12 penyertaan. Negeri Terengganu muncul sebagai juara dalam permainan Bola Jaring, Ping Pong (perempuan) dan Badminton (perempuan). Pasukan Bola Tampar (lelaki) dan Bola Sepak berjaya menggondol pingat perak. Pasukan Bola Sepak Terengganu kalah kepada Kelantan 1-2 dalam perlawanan akhir yang cukup sengit di Stadium UUM. Manakala pasukan Bola Tampar kalah kepada Perlis dengan kiraan 0-2. Pasukan Badminton(Lelaki) dan Bola Tampar(perempuan) berjaya mengutip pingat gangsa. Pasukan Sepak Takraw menduduki tempat keempat setelah kalah 0-2 kepada Kedah dalam perlawanan menentukan tempat ketiga dan keempat. Manakala Pasukan Ping Pong (lelaki) kalah diperingkat awal.
Langgan:
Catatan (Atom)